Selasa, 30 April 2024

ASKAR ISRAEL ENGGAN BERPERANG




Tentara Israel enggan ikut perintah ceroboh Rafah

TEL AVIV – Seramai 30 anggota tentera Israel enggan menurut perintah agar bersedia untuk melakukan pencerobohan darat di bandar Rafah.

Anggota tentera terbabit memberi alasan kepenatan dengan menyatakan mereka rasa tidak mampu untuk terus bertempur di Gaza selepas tujuh bulan, lapor rangkaian televisyen, Channel 12.

Angkatan tentera simpanan payung terjun yang diletakkan di bawah Briged Payung Terjun dilaporkan menerima arahan siap siaga untuk ke Rafah, lapor Channel 12, namun mereka kemudian memaklumkan kepada pegawai atasan ‘tidak akan pergi kerana mereka tidak lagi berdaya untuk melakukannya’.

Para pegawai tentera berkata, mereka tidak akan memaksa anggota simpanan untuk menyertai pencerobohan tersebut, yang mana keengganan itu dikatakan gambaran jelas anggota simpanan keletihan.

Beberapa hari lalu rangakaian televisyen, Channel 7, melaporkan beberapa ratus anggotan tentera wanita enggan menyertai tentera pengawasan berhampiran sempadan Gaza.

Media Israel melaporkan ia merupakan kali ketiga anggota yang disenaraikan sejak 7 Oktober lalu enggan berkhidmat. – Agensi

DAH MASUK

7 BULAN PERANG

HAMAS MASIH

BELUM KALAH

AMIN

RAMAI NAK BELOT

RAMAI NAK LARI

TAK NAK PERANG

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: