Polis buka kertas siasatan kes resit pesanan makanan segera hina Islam
JOHOR BAHRU – Polis membuka kertas siasatan gambar resit pesanan makanan segera yang tular tertera perkataan menghina kaum Melayu dan Islam dikesan berlaku di Kluang, Batu Pahat dan Muar.
Ketua Polis Johor, M Kumar berkata, pesanan pada resit bertarikh 19 dan 20 Disember itu dipercayai membabitkan individu yang sama walaupun berlaku di tiga daerah berbeza di negeri itu.
“Laporan polis mengenai penularan itu telah diterima. Kes masih peringkat siasatan dan usaha untuk mengesan serta menangkap suspek yang terlibat sedang giat dijalankan.
“Tiga kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tegas Kumar, Polis Johor memandang serius serta memberi amaran sekerasnya terhadap mana-mana pihak yang memainkan sentimen agama dan menyentuh sensitiviti kaum terutama dalam media sosial.
“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil mengikut peruntukkan undang-undang terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya.
Sebelum itu, tular dalam media sosial apabila paparan resit pesanan yang tertera tarikh 19 Disember lalu di sebuah restoran makanan segera di Kluang dimuat naik dan dikongsi pengguna.-
3 ulasan:
Aparcik mula bekerja, ingat lagi isu stokin 12 keping sudah reda, ramai bijak pandai sekarang memang tahu ada udang sebalik mee ketam kah kah janji ketam akhir sampai udang Tesco kah kah kah, apapun modal tak banyak sangat sekarang, yang tak sangka menjadi pemimpin hebat akhir zaman, entahlah apa lagi nak dicapai, sistem British yang amalkan dasar pecah perintah berjaya mengaut segala kekayaan bumi negara ke negaranya, dasarnya diteruskan untuk kaut apa lagi dan tinggal hutang trillion kepada rakyat, kenapa mereka tidak sedar akhir sekali tak bawa apa-apa bersama macam Mahathir Mohamad sekarang, kroni dia semua balik kosong tak bawa emas Bond beg kapal terbang kapal selam apa pun tak bawa kah kah kah atau kena buat piramid tanam segalanya di makam mereka juga kah kah kah
bagaimana dengan mastura? itu dikira cerdik? tanya je.
Ini pon trigerred..pi mampus la...tak yah buang okisgen..cepat go to puki cukop jumloh...semua aman.
Catat Ulasan