Isnin, 9 Disember 2024

SAPA KEPALA RASUAH ?



2,337 belia ditahan terlibat rasuah

IKEMAS KINI] Seramai 2,337 individu terdiri daripada golongan belia ditahan terlibat dalam pelbagai kesalahan rasuah dalam tempoh lima tahun lalu.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Azam Baki berkata, keseluruhan angka ini melibatkan individu berumur antara 16 hingga 40 tahun.

Beliau berkata, statistik direkodkan itu merupakan jumlah yang dicatatkan bermula 2020 sehingga tahun ini.

"Sebanyak 1,073 pertuduhan dan 575 orang yang telah disabitkan atas kesalahan rasuah tersebut.

"Antaranya melibatkan kesalahan menerima dan memberi rasuah, membuat tuntutan palsu, menggunakan jawatan atau kedudukan, penggubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain," katanya.

Beliau berkata demikia ketika perasmian penutup Hari AntiRasuah Antarabangsa di Auditorium Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Kelana Jaya pada Isnin.

Menurutnya, data yang dicatatkan itu memberikan gambaran aktiviti rasuah dalam kalangan golongan belia ini adalah serius.

"Perbuatan rasuah ini secara langsung perlu dibendung supaya tidak dinormalisasikan dalam kehidupan.

Dalam pada itu, Azam berkata, SPRM sentiasa memainkan peranan penting dalam mencegah rasuah dan mendidik masyarakat terutamanya belia agar meningkatkan integriti serta membenci rasuah.

"SPRM telah menjalankan pelbagai aktiviti pendidikan secara bersemuka antaranya program-program berbentuk forum, konvesyen, diskusi meja bulat, seminar, bengkel, pameran, ceramah, program turun padang dan lawatan.

"Kesemua program ini dijalankan untuk meningkatkan kesedaran dan keyakinan masyarakat terhadap usaha-usaha pencegahan rasuah," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 257 program melibatkan 38,807 peserta dicatatkan dalam program pendidikan masyarakat bersama belia sejak 2022 sehingga November tahun ini.

"Bagi Program Pendidikan Masyarakat Ibu Pejabat dan SPRM Negeri bersama NGO/Pertubuhan sepanjang tempoh berkenaan mencatatkan 152 program dan 15,083 peserta.

"Masa depan negara bergantung kepada sejauh mana kita berjaya membanteras rasuah, jika dibiarkan berterusan, rasuah akan menghakis keyakinan rakyat, ketidakadilan sosial akan berlaku dan rasuah mengehadkan peluang ekonomi kepada rakyat," ujarnya.

WOIT

KAH KAH KAH

AZAAM BAKI

UMUR BERAPA?

KAH KAH KAH

ZAHID UMUR

BERAPA?

KAH KAH KAH

ISA SAMAD

UMUR BERAPA

KAH KAH KAH

YANG MUDA

RASUAH APA?

BERI DUIT PADA

POLIS BILA

KAPCAI DI TAHAN

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: