Rabu, 17 Disember 2025

KUASA DAP !!!


𝐑𝐨𝐦𝐛𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐛𝐢𝐧𝐞𝐭,
𝐏𝐞𝐦𝐮𝐬𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐀𝐏 – 𝐊𝐚𝐭𝐚 𝐏𝐀𝐒
KUALA LUMPUR, 17 DIS 25 — PAS menegaskan keprihatinan serius terhadap rombakan kabinet terbaru yang diumumkan Perdana Menteri, khususnya pelantikan Hannah Yeoh (DAP) dan Lo Su Fui (GRS) sebagai Menteri dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, serta pengekalan portfolio perumahan dan kerajaan tempatan di tangan seorang lagi pemimpin DAP.
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata, pemusatan kuasa di tangan satu parti dan etnik berpotensi menimbulkan ketidakseimbangan dan pemusatan kuasa melampau, khususnya dalam dasar perbandaran, perumahan dan kerajaan tempatan.
“Perlu ditegaskan bahawa Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, bukanlah wilayah atau portfolio biasa, sebaliknya ia mewakili jantung politik dan pentadbiran negara. Katanya.
Lebih membimbangkan, pelantikan ini dilihat berasaskan tawar-menawar politik, termasuk dakwaan tekanan DAP berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).
“Sekiranya jawatan kabinet digunakan sebagai ‘bunga emas’ politik untuk mengekalkan sokongan dan kesetiaan mana-mana pihak, maka jelas ia merupakan hakisan serius terhadap idea dan institusi kerajaan berprinsip, sekali gus melemahkan integriti proses penggubalan dasar negara. Ujarnya.
PAS menekankan risiko pelantikan ini terhadap rakyat, khususnya orang Melayu bandar dan kumpulan berpendapatan rendah, termasuk pelaksanaan inisiatif kontroversial seperti Akta Pembangunan Semula Bandar (URA), yang berpotensi meminggirkan penduduk tertentu.
Selain itu, PAS menyorot pelantikan beberapa menteri dan timbalan menteri lain yang menimbulkan keraguan serius berkaitan kompetensi, kredibiliti dan pengalaman, terutama untuk portfolio penting berkaitan pendidikan, belia dan hal-ehwal Islam.
Seperti ditegaskan Takiyuddin, “Rombakan kabinet sepatutnya memulihkan keyakinan, bukan menyuburkan keraguan; menyembuh luka, bukan menggaraminya; merapatkan retak, bukan menambah belah.”
PAS menegaskan bahawa kabinet perlu dibentuk berdasarkan merit, kedewasaan, dan pandangan jauh, bukan semata-mata percaturan politik untuk mengekalkan kuasa elit, serta mestilah mencerminkan kemajmukan masyarakat dan kepentingan rakyat keseluruhan. @politiko.my

GERTAK CHINA

MENAKUTKAN

ANWAR

BIN IBRAHIM

AMIN

TAKUT KERAJAAN

RUNTUH

AMIN

LALU ANUGERAH

LAGI  BANYAK

KUASA PADA DAP

KHALAS

Tiada ulasan: