'Ada perjanjian, bukan Umno saja sorong tengkuk pada DAP'
Umno menegaskan penyertaan parti itu dalam kabinet bersama DAP dibuat berasaskan perjanjian yang jelas dan bukan sekadar berkompromi tanpa syarat atau “menghulur tengkuk”.
Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata perkara itu perlu sentiasa diingatkan, terutama kepada pihak yang mungkin terlupa dengan syarat-syarat kerjasama tersebut.
“Kita berada dalam kerajaan ini kita ada perjanjian, kita bukan saja sorong tengkuk kita, ada garis merah yang kita letakkan dan itu sebabnya saya ingatkan semula jika ramai orang yang terlupa.
“Contohnya rakan-rakan kita saya sebut dalam ucapan perasmian Pemuda, Wanita dan Puteri, bahawa walaupun kita dalam kabinet yang sama tetapi jangan ambil mudah,” tegasnya kepada media di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur, hari ini.
Mohamad mengulas gesaan pemimpin PAS yang menggesa Umno meninggalkan DAP bagi menjayakan agenda “rumah bangsa” yang dicadangkan parti itu.
Terdahulu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Syahir Sulaiman, dilaporkan mencadangkan Umno memulakan langkah pertama dengan meninggalkan DAP bagi membolehkan agenda penyatuan ummah menerusi konsep rumah bangsa direalisasikan.
Ahli parlimen Bachok itu turut mendakwa agenda DAP tidak boleh diterima oleh orang Melayu, meskipun parti itu kini bekerjasama dengan Umno melalui kerajaan perpaduan.
Bagaimanapun, Mohamad yang juga menteri luar negeri menafikan dakwaan bahawa Umno bekerjasama dengan DAP.
Menurutnya, Umno tidak pernah “bersama” DAP tetapi hanya memeterai satu perjanjian bagi memastikan urusan pentadbiran negara dapat diteruskan selepas Perikatan Nasional (PN) menolak pembentukan kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH).
“Kita tak pernah bersama pun dengan DAP, kita buat perjanjian untuk mengurus negara. Umno atau BN berjanji kerana kita nak selamatkan negara, kerana negara tidak berkerajaan lebih lima hari selepas PRU untuk pertama kalinya.
“Selepas PRU ke-15, Malaysia tiada siapa yang boleh tubuhkan kerajaan, dan saya telah menyatakan dua hari selepas PRU supaya PH dan PN tubuhlah kerajaan. Tetapi mereka tak boleh nak tubuh kerajaan.
“Apabila mereka tak boleh nak tubuh kerajaan PN menolak, jadi kami dipanggil (Yang di-Pertuan Agung).
Semalam, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penubuhan jawatankuasa penyatuan rumah bangsa bagi menerima kemasukan atau penyertaan semula mana-mana pihak, sama ada secara individu atau secara berkelompok.

4 ulasan:
pelir kau tak disorong sama? kah kah kah!
Bangkitlah UMNO : Hanya 28%
Melayu sokong kita – Mail Blur PM9
Yang kena kantoi RM170 juta tunai dgn jongkong2 emas dan Pegawai2 Khas semua kena igat SPRM dan didakwa Mahkamah atas kekayaan luar biasa bukan Menteri Cina DAP le dgn tema curi Keluarga Malaysia lah.
Inilah sebab Melayu tak sokong.
Tok Mat punya krisis identiti yg serious sindron Jackyl and Hyde!
Rasanya dah lama PMX dan Presiden UMNO perati kiblat politik dia condong kpd PN.
Dia sokong dan tak sokong Akmal dalam masa yang sama.
Kerana tadak prinsip yang jelas, Tok Mat adalah liabiliti kepada UMNO kerana kelihatan spt pro Geng PN dalam
UMNO dan tidak sealiran dgn pendirian dan wawasan Presiden UMNO.
Hanya pura2 berlakon pro-Presiden.
Baik Datuk Jo pulak, bulat pendirian yang realis, pragmatik dan matang ikut Presiden UMNO.
Datuk Jo dah boleh cabar Tok Mat utk No.2 tuntas Team yang satu kepala dgn Presiden UMNO!
Kenapa perlu takut dengan DAP, soal Johari
53 MINS AGO
Nora Mahpar, Anne Muhammad, Faiz Zainudin dan Nur Alif Hazmi
Share
Naib presiden Umno berkata, parti itu sebelum malah tak pernah gentar dengan mana-mana parti bukan Melayu lain.
Naib Presiden Umno Johari Ghani berkata, tiada sebab untuk parti itu ‘takut’ dengan DAP.
DOK PEMBOHONG BUDAK BUDAK WALAUN N MACAI…DUA DUA EKOQ NI CARI KAWASAN MANA MANA CALON DAP DAN LAWAN PRU 16. KALAU TAK ..SEMBANG KARI.
Sama-sama ketua pemuda parti masing-masing. Dan sama-sama kelakar. Bagus anak muda.
Harakahdaiy
‘You Never Walk Alone’, kita sama-
sama lawan DAP- Afnan
January 15, 2026
X
Macamana tak kelakar. Cakap sama-sama nak lawan DAP. Tapi tiba pilihanraya, PAS lawan UMNO. Tak pun Bersatu lawan UMNO. DAP senang lenang jumpa MIC atau MCA, dua parti yang ada takde macam takde.
Ni semua cakap politik je. Hakikatnya dorang bukan nak lawan DAP. Tapi nak membodohkan penyokong dengan jadikan DAP kambing hitam. Maklumlah kan, kalau tak guna DAP, apa lagi isu nak direka.
Yang curi berbilion duit 1MDB tu Melayu UMNO, yang buat tuntutan palsu jual nama Raja, Melayu PAS. Yang rembat dana untuk bantu usahawan Melayu masuk ke dalam akaun parti, Melayu Bersatu.
Tak setakat politik. Tu pegawai tentera yang disiasat SPRM pun Melayu belaka. Pegawai imigresen yang lepaskan pendatang masuk pun Melayu. Yang gadai tanah orang Melayu berdekad lamanya pun Melayu. Tapi demi politik, cakap je DAP nak hapuskan Melayu walaupun Malayu hancur sebab sifat tamak sendiri.
Yang perasuah, penyamun, pencuri duit rakyat, dia sibuk nak bela. Itu yang kelakar tu. Kadang-kadang tengok ada sifat syaitan sebab menyokong perbuatan jahat dan berdosa. Lepas tu acah hero. Guane boh?
Reply
Anonymous Avatar
Anonymous
18 January 2026
DAP DAP DAP salah bacaan Akmal tetapi DAP adalah pelampung penyelamat UMNO!
UMNO salah lagi ditipu Akmal supaya guna bom nuklear kepada masaalah2 mereka telah hilang kepercayaan pengundi Melayu dari PRU13 dan berlanjutan PRU14 lagi dibawah Bossku!
Semua berlaku bukan kerana DAP pung tetapi salah bacaan sindrom penafian impak kesalahan 1MDB Bossku sendiri!
Jika UMNO terperangkap lagi dalam salah bacaan politik PRU16, lagi bala bencana bunuh diri menunggu mereka.
Ironinya, kelihatan DAP adalah pelampung penyelamat UMNO!
Sayang tengok No. 2 Tok Mat turut terpedaya dgn Akmal!
Catat Ulasan