Sabtu, 30 November 2024

TENTERA HIZBULLAH



Hizbullah akan bantu tentera Lubnan memperkasakan keupayan pertahanan

BEIRUT: Ketua Hizbullah, Naim Qassem, berjanji untuk bekerjasama dengan tentera Lubnan dan membantu membina keupayaan pertahanan negara itu, ketika usaha dipergiatkan bagi melaksanakan gencatan senjata berkekalan dengan Israel.

Qassem bercakap buat pertama kali sejak bermulanya gencatan senjata pada Rabu lalu, yang menetapkan syarat Hizbullah dan tentera Israel menarik diri dari selatan Lubnan dan tenteranya dikerah bekerjasama dengan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB).

"Kami akan berusaha untuk mengukuhkan keupayan pertahanan Lubnan," kata Qassem, pengganti pemimpin Hizbullah terdahulu, Hassan Nasrallah, yang terbunuh dalam serangan udara besar-besaran Israel di selatan Beirut, September lalu.

Katanya, Hizbullah akan bersedia untuk menghalang musuh daripada memanfaatkan kelemahan Lubnan bersama rakan-rakan lain, terutamanya tentera Lubnan.

Tambah beliau, dalam ucapan yang disiarkan di televisyen, koordinasi penentangan dan strategi tentera Lubnan akan berada pada tahap tertinggi untuk melaksanakan komitmen perjanjian itu serta menegaskan tiada siapa yang mengharapkan masalah atau perselisihan dengan tentera.

Qassem turut mengisytiharkan bahawa kumpulannya sudah mencapai 'kemenangan besar' ke atas Israel yang 'mengatasi kemenangan pada Julai 2006', merujuk kepada kali terakhir Hizbullah berperang dengan Israel.

"Kami menang kerana kami menghalang musuh daripada memusnahkan Hizbullah dan daripada memusnahkan atau melemahkan penentangan," katanya.

Qassem berjanji bahawa sokongan pihaknya terhadap Palestin tidak akan berhenti dan akan diteruskan melalui pelbagai cara.

Dalam pada itu, semalam tentera Israel berkata mereka sudah menyerang tapak pelancar roket milik Hizbullah di selatan Lubnan selepas mengesan kegiatan pejuang di kawasan berkenaan.

"Tadi, aktiviti pejuang dan pergerakan pelancar roket mudah alih Hizbullah dikenal pasti di selatan Lubnan.

"Ancaman terbabit berjaya digagalkan dalam serangan (Tentera Udara Israel)," kata tentera dalam kenyataan yang disertakan dengan video serangan udara.

Israel berjanji untuk terus bertindak terhadap sebarang ancaman meskipun selepas gencatan senjata 60 hari diisytiharkan.

Tentera juga mengumumkan perintah berkurung pada waktu malam di selatan Lubnan untuk hari ketiga berturut-turut, sekali gus memberi amaran melarang penduduk tempatan 'bergerak atau pergi ke selatan Sungai Litani' antara jam 5 petang dan 7 pagi pada hari berikutnya.

Menurut perjanjian gencatan senjata, tentera Israel akan mempertahankan kedudukan mereka tetapi dalam tempoh 60 hari, tentera Israel dan pasukan keselamatan Lubnan akan mula berundur dari kedudukan mereka menuju ke selatan," kata seorang pegawai Amerika Syarikat kepada wartawan.

Katanya, Israel sepatutnya memulakan pengunduran secara berperingkat tanpa membiarkan berlakunya kelompangan yang boleh dimasuki oleh Hizbullah atau pihak lain. - AFP


TENTERA

HIZBULLAH

LEBIH RAMAI

SENJATA LEBIH

CANGGIH

DARI ASKAR

LEBANON

AMIN

SEBENARNYA ASKAR

LEBANON IALAH

HIZBULLAH

AMIN

Tiada ulasan: