Sabtu, 30 November 2024

PENGGUNA NAK TAHU BERAPA HARGA SEKAMPIT ?



Bernas turunkan harga beras putih import mulai esok

KUALA LUMPUR – Beras putih import (BPI) yang dibeli secara terus dengan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) di Semenanjung Malaysia diturunkan harga daripada RM3,000 kepada RM2,800 per tan metrik, berkuatkuasa esok.

Bernas dalam kenyataannya berkata, penurunan itu selaras dengan pengumuman oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu, semalam, selain meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia.

“Selaras dengan pengumuman oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Bernas akan melaksanakan penurunan harga Beras Putih Import di pintu gudang Bernas di Semenanjung Malaysia daripada RM3,000 kepada RM2,800 per tan metrik, berkuatkuasa 1 Disember 2024,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Bernas, pelarasan harga ini sejajar dengan pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (ASD) dan didorong oleh faktor penurunan harga semasa pasaran beras dunia ekoran penarikan balik larangan eksport serta pemansuhan duti eksport bagi beras putih bukan basmati oleh kerajaan India baru-baru ini.

Bernas, pada Mac 2024 telah menurunkan harga BPI daripada RM3,200 kepada RM3,000 per tan metrik di Semenanjung Malaysia, walaupun pada masa itu trend harga BPI masih berlegar di paras tertinggi dalam tempoh 15 tahun lepas.

Ia jelas membuktikan komitmen Bernas yang sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan pemain industri bagi menjamin ketersediaan produk dan mendokong agenda keterjaminan makanan.

Pada masa ini, Malaysia masih kekal menawarkan harga import beras terendah di rantau Asia Tenggara.

Tambahnya, Bernas akan terus mengamalkan pendekatan proaktif dalam memantau keadaan pasaran global dan menyesuaikan harga mengikut keperluan. – 

PENGGUNA

NAK TAHU

BERAPA  HARGA

SEKARANG?

AMIN

RAKYAT TAK

BELI BERTAN

RAKYAT BELI

SEKAMPIT 

AMIN

JANGAN BUAT

TEATER

JANGAN BUAT

SANDIWARA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: