Khamis, 5 Disember 2024

MENJAGA BONTOT



'Tekanan tak dapat dibayangkan': Yusoff rayu percepatkan bicara kes, bertegas tidak bersalah

Seorang pemuda yang mendakwa dirinya dianiayai oleh mereka di tampuk kuasa hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengedar kanabis seberat 300.1 gram di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Dalam kenyataan kepada mahkamah, Yusoff Rawther, 31, turut menggesa mahkamah mempercepatkan perbicaraan dan memberikan keadilan kepadanya. 

Yusoff yang dalam proses menyaman Perdana Menteri Anwar Ibrahim atas dakwaan serangan seksual terhadapnya pada 2018, berkata dia kini mengalami tekanan dalam penjara sejak ditangkap pada September lalu setelah dikepung sekumpulan polis yang kemudian mendakwa menjumpai ganja dan pistol di dalam kenderaannya.

Insiden itu berlaku seminggu selepas memfailkan senarai saksi dalam samannya terhadap Anwar. 

"Dinafikan hak saya, saya merana dalam penjara. Tekanannya tidak boleh dibayangkan," katanya dalam kenyataan mahkamah.

"Saya berdepan serangan seksual oleh seseorang yang pernah saya kagumi, dipukul, dicedera, diugut, diancam untuk dianiayai dan dibunuh, difitnah, diikuti dan diganggu sejak dua tahun lalu."

Mahkamah menetapkan serahan dokumen kes pada 13 Disember iaitu pada tarikh sama sebutan kes memiliki senjata api di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 

Pada 9 Oktober lalu, Yusoff, cucu kepada aktivis pengguna terkenal Pulau Pinang Allahyarham SM Mohamed Idris, turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki senjata tiruan di bawah Akta Senjata Api, yang jika disabitkan boleh membawa kepada hukuman penjara setahun, denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Yusoff memberitahu mahkamah hari ini bahawa kehidupannya hanya terhad kepada keluarga, kerja dan latihan fizikal. 

"Saya tidak pernah terlibat dengan apa-apa yang haram mahupun melakukan apa-apa jenayah sepanjang hidup saya. 

"Pertuduhan yang dipalsukan ini adalah dendam terhadap saya kerana bercakap benar," tambahnya. 

Yusoff yang pada 2018 pernah bekerja sebagai pembantu penyelidik untuk Anwar di sebuah pejabat bungalow di Petaling Jaya, memfailkan saman pada Julai 2021 mendakwa beliau telah diserang presiden PKR itu secara seksual pada Oktober tahun itu, beberapa hari sebelum Pilihan Raya Kecil Port Dickson yang menyaksikan Anwar kembali ke Dewan Rakyat empat tahun selepas disabitkan kesalahan liwat. 

Yusoff turut memfailkan saman sivil terhadap bekas setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak selepas diserang secara fizikal. Dia juga menyaman setiausaha akhbar Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah susulan kenyataan mengenai saman terhadap Farhash.

Tunku Nashrul diperintah membayar ganti rugi RM200,000 kepada Yusoff oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Selepas penangkapannya, Yusoff dan ahli keluarganya telah membuat dua laporan polis dengan menamakan beberapa individu terkenal yang perlu disiasat. 

Bagaimanapun, polis masih belum membuat sebarang kenyataan mengenai status laporan itu.

WOIT

KAH KAH KAH

LU JAGA BONTOT

SEKARANG LU

KENA SEKSA

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: