Perjanjian pertahanan Korea Utara-Russia berkuatkuasa
SEOUL: Perjanjian pertahanan bersejarah antara Korea Utara dan Russia, yang dimeterai pada Jun lalu, kini berkuat kuasa selepas kedua-dua negara bertukar dokumen ratifikasi, lapor agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA, pada Khamis.
Pengukuhan perjanjian itu berlaku ketika Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan menuduh Korea Utara menghantar lebih 10,000 askar untuk membantu Russia dalam konflik di Ukraine.
Penganalisis berpendapat, pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, berusaha mendapatkan teknologi canggih dari Moscow serta pengalaman tempur untuk tenteranya sebagai pertukaran.
Perjanjian itu, yang ditandatangani oleh Jong-un dan Presiden Russia, Vladimir Putin, ketika lawatan pemimpin Kremlin ke Pyongyang, mewajibkan kedua-dua negara memberikan bantuan ketenteraan 'tanpa berlengah' jika salah satu diserang, selain bekerjasama menentang sekatan Barat.
Perjanjian tersebut berkuat kuasa pada Rabu dengan pertukaran dokumen ratifikasi antara Timbalan Menteri Luar Korea Utara, Kim Jong-gyu, dan rakan sejawatnya dari Russia, Andrei Rudenko, di Moscow.
Minggu lalu, Jong-un menyatakan komitmen negaranya untuk menyokong dasar Russia dalam mempertahankan kedaulatan dan integriti wilayahnya semasa kunjungan Menteri Pertahanan Russia, Andrei Belousov, ke Pyongyang.
Putin menyifatkan perjanjian itu sebagai 'lembaran baharu' pada Jun lalu, manakala KCNA menegaskan perjanjian itu akan menjadi pemangkin kepada pembentukan 'dunia multi polar tanpa penguasaan sebelah pihak yang bebas dan adil'.
Penganalisis turut mencadangkan bahawa langkah Korea Utara ini mungkin bertujuan menyusun semula dasar luar negara itu, dengan meletakkan dirinya sebagai pembekal senjata, sokongan ketenteraan dan buruh kepada Russia, sekali gus berpotensi mengatasi pergantungan tradisionalnya kepada China.
Sejak pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada Februari 2022, hubungan ketenteraan antara kedua-dua negara semakin erat.
Kedua-duanya kini menghadapi pelbagai sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) – Korea Utara kerana program senjata nuklearnya dan Russia akibat konflik Ukraine. - AFP
3 ulasan:
tak pernah ada impian atau angan2 nak dapat bidadari,
sebab dosa gwa banyak, gwa boleh terlepas daripada azab kubur dan api neraka sudah cukup bagus.
bersiaplah dengan kain kafan, liang lahad serta batu nesan. setiap hari pandanglah persiapan itu. Kah kah kah!
"SEOUL: Perjanjian pertahanan bersejarah antara Korea Utara dan Russia"
gwa konpius. kenapa mesti diberitakan dari Seoul?
bukan Pyongyang?
gwa bukan pengamal media. lu jangan mai lempang gwa dah le.
tanya saje.
Catat Ulasan