Jumaat, 6 Disember 2024

TRUMP MAHU GENCATAN SENJATA DI GAZA



Trump mahu gencatan senjata di Gaza dilaksanakan sebelum 20 Januari - PM Qatar

GENEVA: Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thanipada, semalam berkata Presiden dipilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mahu gencatan senjata di Gaza dilaksanakan sebelum majlis pelantikannya pada 20 Januari depan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Dalam satu temu bual dengan Sky News, Sheikh Mohammed mengesahkan bahawa Trump telah menyatakan dengan jelas akan hasratnya untuk melihat konflik di wilayah Palestin itu diselesaikan sebelum beliau mengangkat sumpah jawatan.

"Ya, beliau menyatakannya dengan jelas.

"Kami telah mendengar perkara ini daripada pasukannya, sekurang-kurangnya berdasarkan perbualan yang saya terbabit, bahawa mereka mahu perkara ini diselesaikan sekarang – hari ini juga," kata Sheikh Mohammed.

Sebagai tokoh utama dalam rundingan itu, Perdana Menteri Qatar berkata, beliau memilih untuk tidak berkongsi banyak butiran bagi 'melindungi proses berkenaan sebaik mungkin.'

"Kami cuba yang terbaik. Kami telah melakukan yang terbaik.

"Kami semua bersetuju dan kami berharap dapat mengatasi situasi ini sebelum Presiden (Trump) memulakan tugas, kerana kami mempunyai keutamaan untuk menstabilkan keadaan. Kami mempunyai keutamaan untuk memulihkan keselamatan serantau," katanya.

Usaha pengantaraan yang diketuai AS, Mesir dan Qatar untuk mencapai perjanjian gencatan senjata serta pertukaran tawanan antara Israel dengan Hamas, gagal susulan keengganan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk menghentikan peperangan.

Serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023 telah membunuh lebih 44,530 orang yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 105,500 lagi mengalami kecederaan. – BERNAMA-AA


APAKAH TRUMP

AKAN TUNAIKAN 

JANJI ?

AMIN

ATAU TRUMP

BUKAK MULUT

MOHONG

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: