Rabu, 1 Januari 2025

AJARAN SESAT YANG BETUL


Houthi berikrar terus serang Israel, sokong Gaza

NEW YORK: Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Danny Danon, semalam memberi amaran yang dikatakan terakhir kepada kumpulan Houthi di Yaman supaya berhenti melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Israel.

Danon mendakwa kononnya kumpulan pejuang disokong Iran itu berisiko mengalami 'nasib malang' yang sama seperti Hamas, Hizbullah dan Bashar al-Assad yang digulingkan sebagai Presiden Syria, sekiranya Houthi terus berdegil.

Selain itu, Danon turut memberi amaran kepada Tehran dengan mendakwa bahawa Israel berupaya menyerang sebarang sasaran di Asia Barat, termasuk di Iran.

Katanya, Israel tidak akan bertolak ansur terhadap serangan daripada proksi Iran.

Bagaimanapun beberapa jam kemudian, tentera Israel mengumumkan pihaknya telah memintas sebuah peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman sehingga menyebabkan bunyi siren amaran bergema di seluruh Israel.

Serangan Houthi itu menyasarkan Lapangan Terbang Ben Gurion berhampiran Tel Aviv dan sebuah stesen jana kuasa di selatan Baitulmaqdis dengan menggunakan peluru berpandu hipersonik serta peluru berpandu balistik Zulfiqar, kata jurucakap tentera kumpulan pejuang berkenaan, Yahya Saree, hari ini.

Sejurus pengumuman Israel memintas peluru berpandu itu, ketua jawatankuasa revolusi tertinggi Houthi, Mohamed Ali al-Houthi menegaskan kumpulan pejuang terbabit tidak akan berhenti menyerang Israel dan akan terus memberi sokongan kepada Gaza.

SHIAH DITUDUH

AJARAN SESAT

AMIN

NASIB PALESTIN

BAIK KERANA ADA

AJARAN SESAT

YG TERUS LAWAN

ZIONIS

BLACKROCK

AMIN

SUNNI KLIM

AJARAN BETUL

TAPI JADI BARUA

ZIONIS

BLACKROCK

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

klaim saja sunni tapi tak sunni pun di klaim syiah tapi bukan syiah musuh menyerang bukan hanya senjata bkackrock tapi propaganda jahat. Kezalilman kekal ada sebab ramai orang baik diam x buat apa2. Reformasi x reformasi pun madani ayat saja terhormat tetap banduan 3R belum akta pun sakau47 plus 40 cuma teater dll.

Tanpa Nama berkata...

nak hapus akta hasutan tak hapus pun tambah 3R pulak kahkahkah