Rabu, 1 Januari 2025

ZELENSKY AKAN DI KORBANKAN




Ukraine akan melakukan segala-galanya pada 2025 untuk menghentikan Russia - Zelensky


UKRAINE: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, semalam berikrar bahawa negaranya akan menggunakan tahun 2025 untuk berjuang dengan segala cara bagi mengakhiri pencerobohan Russia yang hampir mencecah tiga tahun.

Ucapan pemimpin Ukraine itu menandakan penutup tahun yang sukar bagi negara dilanda peperangan, yang sudah bertahan daripada serangan tentera Russia.

"Semoga 2025 menjadi tahun kita. Kita tahu bahawa keamanan tidak akan diberikan sebagai hadiah, tetapi kita akan melakukan segala-galanya untuk menghentikan Russia dan menamatkan perang," kata Zelensky dalam ucapan kepada negara.

Ukraine kehilangan wilayah tujuh kali lebih banyak kepada Russia tahun ini berbanding 2023, menurut analisis AFP, dan kini menghadapi kemungkinan pengurangan sokongan ketenteraan dan politik dari AS apabila Donald Trump mengambil alih Rumah Putih.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, mengumumkan hampir AS$6 bilion (RM26.82 bilion) bantuan ketenteraan dan bajet untuk Ukraine dalam usaha menyokong Kyiv sebelum Trump memegang jawatan pada Januari.

Trump, seorang Republikan, berjanji untuk menamatkan konflik dalam masa "24 jam" setelah memegang kuasa, menimbulkan kebimbangan di Ukraine bahawa negara itu mungkin terpaksa menyerahkan semua wilayah yang kini dikuasai Kremlin sebagai pertukaran untuk keamanan.

Dalam ucapan Tahun Baharunya, Zelensky menegaskan bahawa Ukraine perlu terus berjuang untuk mendapatkan kelebihan - baik di medan perang mahupun dalam sebarang rundingan damai yang berpotensi.

"Setiap hari pada tahun yang akan datang, saya dan kita semua mesti berjuang untuk sebuah Ukraine yang cukup kuat.

"Hanya Ukraine yang sebegini dihormati dan didengar. Sama ada di medan perang mahupun di meja rundingan," kata pemimpin Ukraine itu.

Namun, Zelensky kelihatan tenang mengenai kepulangan Trump.

"Saya tidak ragu bahawa Presiden Amerika yang baharu bersedia dan mampu mencapai keamanan serta menghentikan pencerobohan (Presiden Russia Vladimir) Putin," kata Zelensky.

Dalam ucapan malam Tahun Baharunya, Putin tidak secara langsung menyebut perang di Ukraine tetapi memuji askar-askar Russia atas "keberanian dan ketabahan" mereka.

"Kamu adalah wira sejati yang telah menjalankan tugas ketenteraan besar untuk mempertahankan Russia," katanya.

Menteri Pertahanan Russia, Andrei Belousov, memberi penghormatan kepada "askar yang gugur" dalam ucapannya, dengan mengatakan mereka telah mati dalam perjuangan melawan "Nazisme" - alasan yang digunakan Putin untuk melancarkan pencerobohan itu.

Sejak pencerobohan bermula pada Februari 2022, Moscow hampir setiap hari melancarkan serangan udara pada waktu malam ke atas Ukraine. - AFP

DULU MAMAT

INI CAKAP BESAR

NAK KALAHKAN

PUTIN

KAH KAH KAH

SEKARANG BARU

SEDAR

KAH KAH KAH

TAHUN 2025 

JIKA MAMAT INI

MASIH DEGIL 

SILAP SILAP AKAN

 DIKORBANKAN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kau nak ganti ke? kenapa dengki? lanciao punya tua kutuk. Kah kah kah!