Peneroka haram Israel bakar bakar rumah, kenderaan penduduk Palestin
RAMALLAH: Peneroka haram Israel menyerang beberapa kawasan Palestin di Tebing Barat yang diduduki dengan membakar rumah, kedai, dan kenderaan, ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyuarakan keraguan gencatan senjata di Gaza dapat bertahan.
Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau yakin ketiga-tiga fasa perjanjian yang dipersetujui itu akan dilaksanakan sepenuhnya.
Bercakap kepada wartawan di Pejabat Oval ketika menandatangani perintah eksekutif, Trump berkata kawasan Palestin yang padat penduduk itu kelihatan seperti 'tapak pembersihan' dan perlu dibangunkan semula dengan cara yang berbeza.
Sementara itu di Tebing Barat, Datuk Bandar Al-Funduq, Loui Tayem, memberitahu Anadolu bahawa puluhan pendatang haram menyerang rumah dan kenderaan penduduk di pinggir kampung, membakar sebuah kereta dan kenderaan lain serta merosakkan banyak kedai.
Penyerang Saif Ali Khan tak sentuh barang berharga, apa motifnya?
Beliau menggambarkan suasana di kawasan itu sebagai tegang, sambil menambah: "Kami mendengar bunyi tembakan dari semasa ke semasa, tetapi tidak dapat mengenal pasti puncanya".
Stesen radio kerajaan Palestin, 'Voice of Palestine' melaporkan bahawa pendatang haram melakukan serangan ke atas kampung Al-Funduq dan Jinsafut, menyebabkan kerosakan besar termasuk membakar rumah, kenderaan dan premis perniagaan.
Serangan berlaku di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak di rantau itu, dengan kekerapan pertempuran dan peningkatan keganasan oleh pendatang Yahudi.
Ketegangan meningkat di Tebing Barat yang diduduki akibat perang Israel di Semenanjung Gaza, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 47,000 nyawa sejak 7 Oktober 2023.
Serangan di Tebing Barat itu berterusan walupun perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tawanan antara Hamas dan Israel berkuat kuasa pada Ahad di Gaza.
Pada Julai lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad ke atas tanah Palestin sebagai haram dan menuntut semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur dikosongkan. - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan