PAGI INI
PAGI INI
AHAD 8 JUN 2025
HARI RAYA KE DUA
RAYA HAJI
Pasti masih ada lagi lembu dan kambing yang di korbankan untuk di agih-agih pada orang ramAi. Ini budaya kita. Tak kira sapa – semua mendapat rezeki.
HARGA BARANG MAHAL
Kemarin gua di kampung lalu bersembang hal harga barang. Gua tidak merasakan tekan harga barang naik. Tapi gua silap. Orang kampung merasakan tekanan ini.
Pak Tani kata – harga baja mahal. Harga racun serangga naik. Ini Akan membebankan bajet mereka. Maka tanaman tidak dapat tidak akan di naik harga.
Kuih jualan juga harga naik. Tepung minyak dan gula naik harga maka kuih juga akan naik.
APA AKAN JADI BILA HARGA RON NAIK – jeng jeng jeng
PETRONAS
Sembang punya sembang orang kampung pun tahu tentang harga minyak Harga Ron akan naik. Orang kampung juga tahu ramai pekerja Petronas kena buang kerja.
WOW!!! BUANG KERJA - PASAI APA ???
Apa dah jadi – jeng jeng jeng
GERMAN
Kerajaan mula menggali kubu-kubu awam. Ini persediaan untuk selamat dari serangan Rusia. Ini cara kerajaan German menakut-nakut rakyat kerana masalah ekonomi makin meruncing.
AMERIKA
Gaduh antara Trump dengan Elon makin merebak. Trump beri amaran perniagaan Elon akan disekat jika Elon kempen yang menyokong Parti Demokrat.
AFGHANISTAN
Kabul akan menjadi kota pertama dalam dunia yang tidak ada air untuk penduduk.
ITALI
Ratusan ribu kapir laknat makan babi tak percaya Tuhan turun ke jalan raya di Itali. Mereka menuntut hentikan perang di Gaza.
SIAM
Kerajaan Siam tutup sempadan Siam – Kemboja. Krisis sempadan masih panas.
CHINA
Trump bercakap dengan Xi Jin Ping melalui talipon. Hal tarif. Trump umum China akan benarkan nadir bumi di eksport ke Amerika.
HOKKIEN
Pagi Ini agak muram. Matahari tak nampak. Lagi kelam pucat. KL & KL Sentral berjerebu. Kemarin cuaca tak menentu. Panas ada. Angin kuat. Hujan pun ada. Masa gua nak ke Jelebu hujan lebat lepas Kajang. Kemudian cahaya cerah. Malam berangin kuat.
Ha ha ha – pagi ini gua bernasib baik ketika gua bersenam seekor gagak muda hinggap atas pohon Kemboja depan wakaf tempat gua bersenam. Gagak muda ini bersuara kuat – amat kuat kerana dekat dengan gua. Agak lama dia diatas pokok sebelum terbang hilang.
Ha ha ha- di belakang Pokok Ara suara Murai bersiul. Dari gaung suara Tekukur. Pagi ini jadi indah.
Hari ini akan panas. Tak tak dah berjemur di Balkoni. Gua nak hampai kain yang abru di basuh, Gua ada alat pengering tapi gua nak beri matahari minum agar dai muntah jadi hujan. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI RAYA
Pergi ke pasar beli kerang
Kain tersangkut koyak tercarik
Mahal sungguh harga barang
Apa akan teradi bila Ron naik
Bila dahaga cari telaga
Telaga jumpa pintu terkatup
Bila petrol Ron naik harga
Barang meledak harga meletup
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERAYA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan