Ahad, 8 Jun 2025

SIAM BERGADUH DENGAN KEMBOJA




Thailand tutup sementara sempadan dengan Kemboja bagi pelancong tempatan

BANGKOK : Thailand menutup sementara sempadan terbesarnya dengan Kemboja kepada pelancong tempatan semalam, selepas seorang askar Kemboja terbunuh dalam pertempuran tentera baru-baru ini.

Terdapat keganasan terbaru tercetus di sempadan Thailand-Kemboja itu, sejak pertempuran pertama tercetus pada 2008, mengakibatkan sekurang-kurangnya 28 kematian.

Seorang askar Kemboja terbunuh dalam insiden terbaru pada 28 Mei lalu, di kawasan yang dikenali sebagai segitiga Zamrud, di mana sempadan Kemboja, Thailand dan Laos bertemu.

Tentera Thailand dan Kemboja bersetuju untuk meredakan ketegangan pada hari berikutnya, namun Kemboja kemudian berkata, mereka akan mengekalkan tenteranya di kawasan itu, biarpun Thailand mendesaknya untuk berundur.

Tentera Diraja Thailand sudah mengawal pembukaan dan penutupan semua lintasan sempadan yang dikongsinya dengan Kemboja semalam, bagi mengekang sebarang ancaman terhadap kedaulatan dan keselamatan Thailand.

Tentera Thailand juga melarang laluan trak beroda enam dan mengurangkan waktu operasi lintasan sempadan antara Aranyaprathet di tenggara Thailand dan Poipet di barat Kemboja.

Menurut satu kenyataan semalam, rakyat Thailand dan Kemboja hanya dibenarkan menyeberang untuk tujuan kerja dan perdagangan.

Lintasan sempadan Aranyaprathet-Poipet menyaksikan trafik darat paling sibuk dengan ribuan orang menggunakannya setiap hari, kebanyakan mereka warga Thailand yang mahu berjudi di kasino di Kemboja.

Tentera Diraja Thailand memberitahu sekatan hanya dikenakan kepada rakyat kedua-dua negara tetapi pelaksanaan itu mungkin berbeza dari satu tempat ke satu tempat.

Enam pusat pemeriksaan sempadan lain turut mengetatkan waktu operasi mereka dan mengeluarkan larangan ke atas kenderaan beroda enam.

Tentera Thailand berkata, perdagangan kekal tidak terjejas dan pekerja Kemboja masih dibenarkan memasuki Thailand.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Thailand, Phumtham Wechayachai dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, amat dikesali bahawa Kemboja sudah menolak cadangan untuk menarik balik angkatan tenteranya selepas insiden 28 Mei lalu.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet berkata pada Isnin kerajaannya akan memfailkan aduan dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung pertikaian sempadan.

Pihak berkuasa Thailand pula berkata, Jawatankuasa Sempadan Bersama akan bermesyuarat minggu depan untuk menyelesaikan isu itu. - AFP

SIAM INI

AMBIK BANYAK

TANAH

NEGARA ORANG

AMIN

UTARA AMBIK

BURMA

AMIN

TIMUR AMBIK

KAMBOJA

AMIN

SELATAN

AMBIK 

PATANI

KHALAS

Tiada ulasan: