BERITA BAIK
KEMBALI
ANGKAT SENJATA
AMIN
DAMAI 2025
HANYA TIPU
HELAH ZIONIS
UNTUK
BEBASKAN
TAWANAN
AMIN
HAPUSKAN ISRAEL
AMERIKA AKAN
LUNGKUP
KHALAS
Hamas bangkit kembali mengangkat senjata di Gaza susulan serangan Israel
GAZA : Hamas bangkit kembali mengangkat senjata di Gaza, apabila masing-masing enggan mengalah susulan pertempuran terbaru yang berlaku antara mereka dengan tentera Israel.
Ia selepas tentera Yahudi semalam mengesahkan pembunuhan empat pejuang bersenjata yang keluar dari terowong di selatan Gaza dan menyerang tenteranya, sambil menuduh kumpulan itu melakukan pelanggaran terang-terangan terhadap perjanjian gencatan senjata.
Biarpun gencatan senjata diusahakan Amerika Syarikat (AS) memasuki fasa kedua bulan lalu, keganasan terus berlanjutan di wilayah Palestin itu, dengan Israel dan Hamas saling bertukar tuduhan.
Pegawai kesihatan Gaza berkata, enam orang terbunuh pada Isnin susulan tembakan Israel dalam beberapa serangan berasingan di Rafah, termasuk empat maut dalam serangan udara ke atas sebuah pangsapuri di bandar Gaza.
Dalam satu kenyataan mengenai insiden terowong itu, tentera Israel berkata mereka terserempak dengan empat pejuang bersenjata keluar dari sebuah lubang terowong bawah tanah.
"Mereka melepaskan tembakan ke arah tentera Israel di kawasan Rafah di selatan Semenanjung Gaza, yang membalas tembakan dan menewaskan mereka," katanya.
Tentera Israel berkata, tiada anggotanya cedera dalam serangan itu, yang disifatkan sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap perjanjian gencatan senjata.
Tentera Israel turut menambah, pasukan mereka masih meneruskan operasi di kawasan berkenaan bagi mengesan, selain untuk menghapuskan semua pejuang di sepanjang laluan terowong bawah tanah berkenaan.
Sayap bersenjata Hamas pula menyifatkan kejadian itu sebagai satu 'tentangan hebat'.
"Pejuang sebaliknya menolak penyerahan diri di Lembah Rafah yang dikepung serta memilih untuk rela mati berbanding menyerah kalah," kata Briged Ezzedine al-Qassam dalam satu kenyataan.
Menurut pihak tentera Israel, ramai pejuang terbunuh dalam pertempuran dengan tenteranya dalam operasi yang menyasarkan terowong berhampiran Rafah.
Rafah terletak di kawasan dikuasai tentera Israel selepas mereka berundur ke ke belakang apa yang dirujuk sebagai 'garis kuning' di bawah terma gencatan senjata diusahakan AS, berkuat kuasa sejak 10 Oktober lalu.
Tentera Israel masih menguasai lebih separuh wilayah Gaza, sementara selebihnya berada di bawah kawalan Hamas.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, tentera Israel melancarkan beberapa gelombang serangan ke atas Gaza atas apa yang didakwanya sebagai pelanggaran terhadap gencatan senjata yang rapuh itu.
Rabu lalu, Pegawai Kesihatan Gaza berkata, serangan udara Israel mengorbankan 24 orang, sementara tentera Israel menyatakan serangan dilakukan sebagai tindak balas terhadap seorang pegawainya yang cedera akibat tembakan musuh.
Kementerian Kesihatan Gaza yang beroperasi di bawah pentadbiran Hamas memaklumkan sekurang-kurangnya 581 orang dibunuh oleh tentera Israel sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
Tentera Israel pula berkata, empat anggota tenteranya terbunuh dalam tempoh sama.
Hamas berulang kali menegaskan bahawa pelucutan senjata adalah sesuatu yang belum boleh mereka fikirkan, biarpun ia memberi isyarat boleh pertimbangkan penyerahan senjata kepada pihak berkuasa Palestin yang akan mentadbir Gaza selepas ini.
Pegawai Israel berkata, Hamas masih mempunyai kira-kira 20,000 pejuang dan sekitar 60,000 raifal Kalashnikov di Gaza.
Satu jawatankuasa teknokrat Palestin sudah ditubuhkan dengan matlamat mengambil alih pentadbiran harian di wilayah itu, namun masih belum jelas bagaimana isu pengunduran tentera Israel akan ditangani. - AFP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan