Isnin, 20 Mei 2024

BLACKROCK - PROJEK ZIONIS TEMPATAN




Wan Fayhsal gesa henti penjualan saham MAHB kepada GIP

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa supaya menghentikan penjualan saham Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kerajaan perlu memutusakan hubungan dengan mana-mana syarikat atau sekutunya yang dikaitkan dengan Israel.

“Dalam hal ini, kami menggesa kerajaan untuk menghentikan penjualan saham MAHB kepada konsortium yang merangkumi dana pelaburan yang berpangkalan di New York GIP sebuah entiti yang dimiliki oleh BlackRock, sebuah syarikat yang membiayai pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

“Walaupun penafian awal (Menteri Pengangkutan) Anthony Loke, penjualan itu dijadualkan berlangsung. Adakah kerajaan ditekan untuk menjual saham MAHB berikutan lawatan wakil tertinggi Perbendaharaan AS ke Kuala Lumpur baru-baru ini, menyebabkan penjualan mengejut itu?” soal beliau dalam kenyataan.

Ahli Parlimen Machang itu turut menyelar kenyataan Setiausaha Rendah Perbendaharaan AS bagi Keganasan dan Risikan Kewangan AS, Brian Nelson yang dilihat sebagai campurtangan terhadap urusan Malaysia.

“Adalah penting bagi AS untuk memupuk sikap penglibatan yang penuh hormat apabila ia berkaitan dengan cara negara lain mengurus kepentingan politik dan ekonomi mereka sendiri.

“Kami menegaskan hak kami yang sedia ada untuk terlibat dalam perdagangan dengan mana-mana negara yang kami anggap sesuai,” kata Wan Ahmad Fayshal.

Pada 17 Mei, Anthony menafikan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) akan menjual MAHB kepada syarikat asing.

Sebaliknya, menurut beliau, kerajaan menyokong langkah Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengambil alih semua saham dalam MAHB yang belum dimiliki mereka.

Anthony berkata, langkah penswastaan itu membolehkan Khazanah dan KWSP menerusi konsortium diterajui mereka meningkatkan lagi pegangan dalam syarikat berkenaan.

GIP dalam kenyataan di laman sesawangnya pada 15 Mei mendakwa Khazanah dan KWSP memegang 70 peratus saham manakala syarikat itu dan Abu Dhabi Investment Authority memegang 30 peratus lagi kepentingan.

Penyertaan GIP dalam kepentingan MAHB mencetuskan kontroversi kerana syarikat itu dimiliki sepenuhnya oleh BlackRock Inc yang juga berpangkalan di New York.

Banyak pihak termasuk badan bukan kerajaan antarabangsa The People’s Forum mendakwa BlackRock terlibat secara tidak langsung membantu Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Syarikat itu mempunyai pelaburan besar-besaran di Israel dan dalam syarikat termasuk Lockheed Martin, RTX, Northrop Grumman, Boeing dan General Dynamics yang menjadikan senjata yang digunakan Israel untuk membunuh rakyat Palestin.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Larry Fink, didakwa sebagai penyokong lantang rejim aparteid di Israel.

Sehingga kini lebih 35,000 penduduk Gaza maut dalam serangan berterusan Israel selama lapan bulan di wilayah Palestin itu.-MalaysiaGazette

WOIT

TONY LOKE

TAK TAHU APA

AMIN

INI PROJEK

ANWAR IBRAHIM

KAH KAH KAH

WAYANG SANA

TEATER SINI

KAH KAH KAH

PELOK 

ISMAIL HANIYEH

AMIN

SEMUA NAK KABUR

MATA RAKYAT

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: