Isnin, 20 Mei 2024

QUI BONO ??



Polis dedah fotofit suspek simbah asid Faisal Halim

KUALA LUMPUR – Polis hari ini mengeluarkan lakaran wajah individu yang dikehendaki berkaitan kes penyerang Harimau Malaya Muhammad Faisal Abdul Halim yang disimbah asid baru-baru ini.

Ketua Polis Negara,  Razarudin Husain berkata, berdasarkan lakaran wajah itu, individu berkenaan dianggarkan berusia 30 tahun, tinggi 165 sentimeter, susuk badan sedernana dan kulit sawo matang.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat lelaki ini diminta menghubungi Inspektor Jagachandran A/L Murugesen, Pegawai penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di talian 012-684 8166 / 03-2266 6071.

Dalam kejadian 5 Mei lalu, Faisal disimbah asid ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Damansara.

Difahamkan Faisal telah didekati oleh dua suspek yang menaiki motosikal dan salah seorang menyimbahnya dengan asid tersebut.

Serangan itu menyebabkan Faisal mengalami kecederaan pada badan, tangan dan muka. –

TAK PERLU

MAIN TEATER

AMIN

MUKA DAH ADA

BENTUK BADAN

DAH ADA

KES SENANG

AMIN

CUI BONO?

SAPA UNTUNG?

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: