Isnin, 20 Mei 2024

HELI PRESIDEN IRAN TERHEMPAS ?



Helikopter bawa Presiden Iran terhempas

TEHRAN – Sebuah helikopter dalam konvoi yang membawa presiden Iran dipercayai terhempas.

Setakat berita ini ditulis, masih belum dapat dipastikan sama ada Presiden Iran, Ebrahim Raisi berada di atas helikopter tersebut, yang didakwa sukar mendarat.

Nahas dikatakan berlaku ketika Ebrahim dalam perjalanan pulang selepas merasmikan sebuah empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan.

Ebrahim dan rakan sejawatannya dari Azerbaijan Ilham Aliyev merasmikan Empangan Qiz Qalasi yang dibina bersama oleh kedua-dua negara.

Pembinaan Empangan Qiz Qalasi bermula dua dekad lalu bagi meningkatkan rizab air di huluan berhampiran Empangan Khoda Afarin sebanyak dua bilion meter padu setahun melalui saluran dan rangkaian yang menuju ke dataran di wilayah Iran di Azarbaijan Timur dan Ardebil serta Azerbaijan
.
Empangan Qiz Qalasi juga membantu meningkatkan pembangunan dalam sektor pelancongan dan pertanian sambil membuka jalan untuk penjanaan kuasa hidro dengan matlamatnya adalah untuk menghasilkan 270 GW/j elektrik setahun.

Menteri Dalam Negeri berkata. anggota penyelamat masih berusaha untuk sampai ke lokasi kerana keadaan cuaca yang sukar. – Agensi

BELUM ADA

KEPASTIAN

AMIN

Tiada ulasan: