Ahad, 23 Jun 2024

BAHAYA CHINA MERAH



Situasi di Laut China Selatan membimbangkan-Diplomat Kanan AS untuk Asia Timur

HANOI: Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) bagi Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Daniel Kritenbrink, berkata situasi di Laut China Selatan amat membimbangkan dan menyifatkan tindakan China di laluan air yang dipertikaikan baru-baru ini adalah "amat tidak stabil."

Kritenbrink membuat kenyataan itu ketika lawatan ke Hanoi, di tengah-tengah peningkatan ketegangan antara China dan Filipina di Laut China Selatan, yang mana Vietnam antara negara yang turut membuat tuntutan di perairan itu.

"Kami berpendapat tindakan China, terutama baru-baru ini, di sekitar Second Thomas Shoal, vis-à-vis Filipina tidak bertanggungjawab, agresif, berbahaya, sangat tidak stabil," "Kami akan terus berdiri bersama sekutu kami Filipina," kata Kritenbrink pada taklimat dengan media terpilih di Hanoi.

Kritenbrink memaklumkan, Washington sudah menjelaskan kepada Beijing secara terbuka dan persendirian bahawa obligasi perjanjian pertahanan bersama yang dimilikinya dengan Filipina adalah "kukuh."

Semalam, pegawai Filipina berkata, mereka kini menimbang menggunakan perjanjian pertahanan bersama AS selepas menuduh China secara agresif mengganggu misi bekalan semula di Laut China Selatan yang dipertikaikan awal bulan ini.

Kementerian Luar China mempertikaikan kenyataan Filipina, dengan seorang jurucakap dilaporkan Khamis, lalu berkata langkah yang diambil adalah sah, profesional dan tidak boleh dikritik.

"Kami berpendapat setiap negara di rantau ini, termasuk China, perlu menghormati undang-undang antarabangsa dan berkelakuan secara bertanggungjawab dalam kawasan maritim yang dikuasai," kata Kritenbrink.

China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan, laluan bagi lebih AS$3 trilion (RM14.13 trilion) perdagangan yang dibawa kapal setiap tahun, termasuk bahagian yang dituntut Filipina, Vietnam, Indonesia, Malaysia dan Brunei.

Pada 2016, Mahkamah Timbang Tara Tetap di The Hague berkata, tuntutan China tidak mempunyai asas undang-undang, namun keputusan itu ditolak Beijing.

Kritenbrink tiba di Hanoi semalam selepas lawatan Presiden Russia, Vladimir Putin ke Vietnam, yang dikecam teruk Washington.

"Hanya Vietnam boleh memutuskan cara terbaik untuk menjaga kedaulatannya dan memajukan kepentingannya," kata Kritenbrink ditanya pandangannya mengenai dasar luar Vietnam dan penerimaan kunjungan Putin itu.

CHINA MERAH

MULA TUNJUK

TARING

AMIN

BULI PILIPINA

BULI MALAYSIA

KLIM LAUTAN SUNDA

YANG INI KITA

BERSAMA AMERIKA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: