Ahad, 23 Jun 2024

UMNO KEMBALI BERJUANG !!!



UMNO mahu jualan saham MAHB kepada BlackRock tak diteruskan

JASIN – UMNO mahu Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) tidak meneruskan jualan pegangan saham dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat pro-Israel, BlackRock Inc melalui Global Infrastructure Partners (GIP).

Timbalan Presiden UMNO,  Mohamad Hasan berkata, walaupun keputusan itu dibuat tanpa melalui Kabinet, beliau berharap keputusan itu dapat dikaji semula.

“Kita menteri-menteri UMNO memberikan pandangan jika boleh perkara ini (penswastaan kepada syarikat pro- Israel) tidak diteruskan tapi dia punya transaction itu sudah terlampau advanced.

“Jadi kita tengoklah macamana (tapi) kira harap…kita tak tahu sama ada ia diteruskan atau pun tidak (keputusan) bukan di kalangan kita,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jasin di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Mohamad yang juga Menteri Luar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar supaya keputusan itu dibawa kepada Jemaah Menteri kerana yakin menteri-menteri daripada UMNO akan membantah cadangan tersebut.

Menurut Khairy lagi, tindakan Khazanah menjual 30 peratus pegangan saham kepada konsortium itu menentang dasar kerajaan yang selama ini memperjuangkan soal kemanusiaan Palestin.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, Khazanah sebagai sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan (MoF) perlu menilai semua keputusan itu.

“MoF perlu melihatnya, baik buruk apa sahaja impaknya untuk perkara ini,” katanya. – MalaysiaGazette

TABIK PADA

UMNO

AMIN

BERANI BUAT

KEPUTUSAN

UNTUK SELAMTKAN

39 AIRPORT KITA

DARI DI JUAL OLEH

ANWAR IBRAHIM

KEPADA SYARIKAT

YAHUDI ZIONIS

BLACKROCK

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: