Isnin, 24 Jun 2024

MALAPETAK IKLIM



1,301 jemaah haji

 meninggal dunia
RIYADH – Sebanyak 1,301 orang jemaah haji meninggal dunia pada musim haji tahun ini yang baru sahaja berakhir.

Menteri Kesihatan Arab Saudi, Fahd Al-Jalajel berkata, 83% daripada kematian adalah jemaah haji tanpa kebenaran yang menunaikan haji dan berjalan jauh di bawah cahaya matahari tanpa tempat tinggal yang selesa.

Antara yang maut ialah beberapa orang warga emas dan pesakit kronik.

Menteri itu menekankan usaha penting yang dilakukan oleh pihak berkuasa untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya tekanan haba dan kepentingan langkah pencegahan.

Beliau menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga waris.

“Semoga Allah mengampuni dan merahmati arwah. Takziah kami sampaikan kepada keluarga mereka. Semoga Allah menerima amal mereka dan membalas penderitaan mereka,” katanya samnil menyatakam semua laporan telah disusun dan keluarga si mati dimaklumkan walaupun pada awalnya kekurangan maklumat peribadi atau dokumen pengenalan namun proses yang betul telah diikuti untuk pengebumian dan penghormatan si mati, dengan sijil kematian disediakan.

Beliau menegaskan, sistem kesihatannya menangani banyak kes tekanan haba tahun ini, dengan beberapa individu masih dalam penjagaan.

Al-Jalajel menambah, bahawa musim haji berakhir dengan jayanya tanpa mencatatkan wabak atau penyakit yang berleluasa.

Sistem kesihatan menyediakan lebih 465,000 perkhidmatan rawatan khusus, termasuk 141,000 perkhidmatan kepada mereka yang tidak mendapat kebenaran rasmi untuk menunaikan haji.

Dalam temu bual media, beliau menyatakan jaminan tentang keadaan kesihatan keseluruhan jemaah haji, walaupun suhu tinggi yang dialami di Tapak Suci.

Beliau menekankan kesan positif tindak balas pantas pihak berkuasa kesihatan dan sokongan berkesan pasukan keselamatan haji dalam mengurus dan mengurangkan kesan tekanan haba.

Al-Jalajel juga memperincikan, penyediaan perkhidmatan kesihatan percuma kerajaan kepada jemaah haji bermula sebelum ketibaan mereka, dengan program kesedaran di lintasan sempadan udara, laut dan darat.

Kira-kira 1.3 juta perkhidmatan pencegahan telah disampaikan, termasuk pengesanan awal, vaksinasi dan rawatan perubatan semasa ketibaan.

Perkhidmatan penjagaan kesihatan yang ditawarkan termasuk pembedahan jantung terbuka, kateterisasi jantung, dialisis dan penjagaan kecemasan, lebih 30,000 perkhidmatan ambulans, dengan 95 operasi ambulans udara memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan lanjutan di bandar-bandar perubatan di seluruh

Selain itu, sistem penjagaan kesihatan menyediakan hampir 6,500 katil dan bilik serta langkah-langkah untuk memerangi tekanan haba termasuk pembangunan peranti yang membolehkan penyelamatan pantas dan berkesan bagi individu yang terjejas. – Agensi


AL- FATIHAH

CABARAN

NAIK HAJI

MUSIM PANAS

AMIN

DITAMBAH PULA

MALAPETAKA

IKLIM

AMIN

Tiada ulasan: