Isnin, 24 Jun 2024

TERJERAT DENGAN KUIH PAU



Ini kes mudah difahami, katakan 'tidak' kepada BlackRock, Anwar diberitahu


Sebanyak 22 pertubuhan masyarakat sivil hari ini menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengambil "keputusan betul dan beretika" dengan menolak sebuah syarikat dimiliki dana pelaburan kontroversi AS BlackRock daripada menyertai konsortium menguruskan lapangan terbang tempatan.

Dalam kenyataan bersama diketuai cawangan tempatan gerakan global boikot Israel, BDS Malaysia, mereka berkata gesaan agar kerajaan membatalkan rancangan itu adalah wajar.

"Situasinya yang sedang berlaku di Palestin adalah sebenarnya agak mudah untuk difahami dan diketahui umum iaitu satu entiti Zionis sedang berkuasa di bumi Palestin. Untuk menghentikan kekejaman ini, semua pihak yang bencikan kezaliman yang sedang berlaku ini mesti bertindak secara kolektif untuk menyekat entiti Zionis ini dari terus melakukan jenayah kemanusiaan terhadap warga Palestin," kata kenyataan yang ditandatangani itu pelbagai kumpulan Islam dan pro-Palestin.

"Salah satu cara yang boleh dilakukan ialah dengan tidak mengadakan sebarang kerjasama atau melabur dalam entiti yang terlibat dalam jenayah Israel." 

Ia muncul ketika Putrajaya melancarkan kempen media secara agresif memburuk-burukkan pengkritik rancangan itu, yang akan menyaksikan Global Infrastructure Partners (GIP) milik BlackRock mengambil 30% kepentingan dalam konsortium untuk mengurus Malaysia Airports Holdings (MAHB), bersama-sama Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dua entiti di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan diterajui Anwar.

Ketika tekanan memuncak, Anwar minggu lepas mempertahankan rancangan menjual saham kepada GIP, sambil memberi alasan kerajaan tidak berupaya memutuskan hubungan dengan syarikat yang mempunyai hubungan dengan Israel kerana ia akan "menjejaskan ekonomi".

Anwar turut menuduh pengkritik perjanjian itu cuba menjadi jaguh konflik Palestin dan meraih markah politik.

Kenyataan bersama hari ini bagaimanapun menyeru Anwar bertindak konsisten dengan pendiriannya terhadap Palestin selama ini dengan menyekat "entiti yang terlibat dalam kekejaman di Palestin bertapak di negara kita".

"Umum mengetahui bahawa BlackRock telah dikenal pasti terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusia yang berterusan di Gaza," kata mereka, merujuk kenyataan dikeluarkan lebih 30 pakar PBB minggu lalu.

"Tersirat dalam kenyataan PBB ialah kewajipan bagi negara anggota untuk memberikan tekanan, dengan apa-apa cara yang ada, kepada pihak yang terlibat dalam atau membolehkan jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, agar menghentikan tindakan mereka serta-merta. 

"Malaysia sebagai negara anggota PBB harus mengambil kira seruan itu. Malaysia wajib dengan segera memberitahu BlackRock bahawa ia bukan rakan kongsi yang dialu-alukan dalam pemilikan dan pengendalian lapangan terbang kita," tambah kenyataan itu.

Isu BlackRock dilihat antara cabaran utama Anwar sejak dilantik sebagai perdana menteri, di sebalik tuduhan beliau lebih mesra dengan Amerika Syarikat dan Israel berdasarkan kenyataan lampau, termasuk wawancaranya dengan Wall Street Journal pada 2012 yang memetiknya sebagai berkata akan "menyokong usaha mempertahankan keselamatan Israel".

Anwar bagaimanapun dilihat berusaha mengubah persepsi tersebut dengan pelbagai ucapan dan kenyataan yang mengkritik sokongan  Washington terhadap Israel, di samping menghadiri pelbagai forum pemimpin dunia Islam sejurus selepas Israel melancarkan serangan besar-besaran di Gaza tahun lalu, yang sehingga kini membunuh sekurang-kurangnya 35,000 rakyat Palestin.

NEGARA DALAM

BAHAYA BILA

PEMIMPIN MAKAN

KUIH PAU

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa susah, guna airport di Thailand atau Singapore. Nak bising apa? Bukan telur kau yang dia jual!

abu qassim berkata...

KAH KAH KAH
Nuar ni bangang..
Org tknk tahu marin nyor hal..
Ajar aswad labur dlu itu dlu..
Kito cito yg skrg ni..
Jaman jinosaid...
Apo dh tkdo ati poghuit ko?
Sejak bilo matlamat bulih halalkn cagho?
Ni duit punyo pasal ko?
Poodah.. tiu na ma..
KAH KAH KAH