Isnin, 16 Disember 2024

BUMI ARAB TERUS DI JAJAH


Israel sasar 'ganda penduduk' di Bukit Golan - Netanyahu

BAITULMAQDIS: Kerajaan Israel meluluskan rancangan meningkatkan penduduk di Bukit Golan, selain menegaskan tidak berhasrat untuk berkonfrontasi dengan Syria selepas merampas zon penampan dipantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dalam kenyataan semalam, berkata kerajaan sudah meluluskan rancangan menggandakan penduduk di Bukit Golan yang dikuasai rejim Zionis.

Katanya, kerajaan 'sebulat suara meluluskan' rancangan bernilai 40 juta shekel (RM49.39 juta) bagi 'pembangunan demografi di Bukit Golan susulan peperangan dan pentadbiran baharu di Syria serta hasrat menggandakan penduduk'.

Netanyahu berkata, 'pengukuhan Bukit Golan bertujuan mengukuhkan Israel dan ia amat penting ketika ini, selain pihaknya akan terus memantapkan kedudukan, membangunkan, dan menetap di kawasan terbabit'.

Bukit Golan menempatkan hampir 30,000 warga Israel dan kira-kira 23,000 penduduk Arab Druze, yang kehadirannya mendahului pendudukan rejim Zionis, dengan kebanyakannya masih mengekalkan kewarganegaraan Syria.

Netanyahu sebelum ini, mengarahkan tentera menguasai zon bebas tentera di Bukit Golan, ketika Presiden Syria, Bashar al-Assad digulingkan, minggu lalu, selain mengisytiharkan ia akan kekal menjadi milik Israel.

Ia susulan arahan diberikan Netanyahu supaya tentera melintasi zon penampan dipantau PBB yang memisahkan pasukan Israel dan Syria, sejak 1974.

Rejim Zionis sudah beroperasi di beberapa kawasan di luar zon penampan, dikatakan 'bagi memastikan kestabilan, seperti dilaporkan tentera Israel (IDF).

Israel memberi gambaran tindakan yang mendapat kecaman antarabangsa itu sebagai langkah sementara dan bersifat pertahanan susulan 'vakum di sempadan Israel dan di zon penampan', ekoran kejatuhan Assad, seperti didakwa pejabat Netanyahu.

Israel menduduki sebahagian besar Bukit Golan, sejak 1967, dan menawan kawasan itu pada 1981, dengan ia hanya diiktiraf Amerika Syarikat (AS).

Arab Saudi dan Qatar bagaimanapun mengecam tindakan Israel itu.

Kementerian Luar Riyadh dalam kenyataan, 'mengecam dan mengutuk' rancangan itu, selain menyifatkannya sebagai sebahagian daripada 'sabotaj berterusan bagi peluang memulihkan keamanan dan kestabilan di Syria'.

Doha pula berkata, pengisytiharan Israel itu adalah 'episod baharu dalam siri pencerobohan ke atas wilayah Syria dan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa'.

Sementara itu, pegawai PBB berpangkalan di New York mengesahkan Pasukan Pemerhati Pemisahan PBB (UNDOF) 'mencatatkan beberapa kejadian harian membabitkan operasi IDF di timur zon penampan'.

Israel sebelum ini, mengumumkan rancangan untuk meningkatkan bilangan peneroka di Bukit Golan, dengan kerajaan Perdana Menteri ketika itu, Naftali Bennett, meluluskan program selama lima tahun, bernilai AS$317 juta (RM391.4 juta).

rancangan pasa Disember 2021 itu berrtujuan untuk menggandakan penduduk, yang ketika itu berjumlah sekitar 25,000 orang. - AFP

BUMI ARAB

TERUS DIJAJAH

AMIN

SATU DEMI SATU

NEGARA ARAB

DIMANDULKAN

AMIN

SEKARANG

YANG BERANI 

LAWAN  ZIONIS

HANYA IRAN

DAN YAMAN

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

joloklah sarang tebuan lagi. bagus dan padan muka! seranglah israel dengan 5000 roket. tangkap, bunuh serta rogol rakyat mereka lagi. sekarang mereka sedang mengamuk. Kah kah kah!