Isnin, 16 Disember 2024

ZAFRUL AKAN LAWAN RAFIZI ?


Saya belum buat keputusan -Zafrul

KUALA LUMPUR- Tengku Zafrul Aziz mengaku pernah mengadakan perbincangan untuk menyertai PKR namun menegaskan masih belum membuat sebarang keputusan muktamad.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu menjelaskan, perbincangan tersebut juga masih di peringkat awal dan tidak menyentuh sebarang agenda berhubung jawatan di peringkat negeri mahu pun pilihan raya kecil.

“Walau apa pun, saya tiada pun membuat apa-apa keputusan lagi. Saya berpegang kepada prinsip apabila saya membuat sesuatu keputusan sudah tentu saya akan membuatnya dengan penuh adab dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti saya.

“Saya merupakan anggota satu pasukan yang sedang dan akan terus melaksanakan dasar-dasar yang terbaik untuk rakyat.

“Saya juga percaya dan yakin khemah besar Kerajaan Perpaduan yang telah dibina selama ini mempunyai semangat kerjasama yang utuh dan toleransi yang tinggi. Kerajaan yang mampu menerima perbezaan pandangan dan pendapat di kalangan parti komponen, tanpa mengganggu gugat objektif utama iaitu mengemudi negara ke arah kesejahteraan yang terbaik buat rakyat,” katanya menerusi hantaran di media sosial, malam ini.

Beliau yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri mengaku terkejut dengan khabar angin yang tersebar berhubung keahlian politiknya.

Malah lebih mengejutkan katanya, pemimpin-pemimpin UMNO membuat kenyataan mengenai isu tersebut sedangkan beliau tidak pernah dipanggil oleh pucuk pimpinan untuk menjelaskan perkara sebenar.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan khabar angin yang mengatakan tindakannya untuk keluar parti kerana tidak berpuas hati dengan UMNO Selangor.

“Saya juga percaya bahawa hak individu untuk memilih landasan perjuangan merupakan hak asasi dan mutlak kerana tanpa keserasian mustahil untuk seseorang individu itu untuk memberi perkhidmatan yang terbaik.

“Saya percaya rakyat Malaysia sudah muak dengan politik remeh dan tidak sihat ini. Ini termasuk serangan belakang tabir tanpa asas, agenda cah keting dan sebagainya, terutama sekali kerana saya yakin apa yang rakyat mahu bukan politik ekstrem, tetapi usaha kita semua untuk membina rakyat dan negara.

“Ramai maklum isu-isu ini semua telah saya ketengahkan sebelum ini dalam konteks UMNO Selangor tetapi malangnya perkara ini masih membelenggu UMNO Selangor,” katanya lagi.

Untuk rekod,  Anwar Ibrahim pagi tadi mengesahkan, wujudnya perbincangan awal berhubung penyertaan Tengku Zafrul ke dalam PKR..

Presiden PKR itu berkata, prinsip parti adalah terbuka kepada mana-mana pemimpin yang mampu memberi sumbangan kepada parti tetapi ia perlu dilakukan dengan cara baik supaya hubungan dengan rakan parti lain termasuk Umno tidak terjejas.- 

ZAFRUL ADALAH

SOSOK HEBAT

YANG AKAN

MELAWAN RAFIZI

KAH KAH KAH

SAIFUDIN DAH

CUBA TAPI

GAGAL MELESET

AMIN

HANYA BUDAK 

KOLEQ BERANI

LAWAN BUDAK

KOLEQ

KAH KAH KAH

AMIN

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hanya budak kolek gay yang melalak 24/7 gaya sewel sambil main bontot anjing2 dia.

Cari siam je bagi dia sedor.

Tanpa Nama berkata...

budak umno budak mckk elok tu baginda queen kahkahkah lawak omputih

Tanpa Nama berkata...

Apa agenda? Nak perkasakan diri atau nak perkasakan rakyat? Akhirnya melihat apa keuntungan diri sendiri dahulu, apa dapat apa jawatan apa keuntungan kewangan apa untungnya menjadi Pak Turut? Siapa bagi keuntungan disitu akan menuju sokong kah kah kah politik turun temurun asal usul kita jangan malu-malu ambil peluang perkasakan kewangan sendiri demi agama bangsa negara sendiri sudah tak payahlah sibuk berguling macam Akmal Cendol kah kah kah ngam

Tanpa Nama berkata...

Dua dua sohai..lawan la jaduh la kita tak amik pot..dont waste our time with stupid fools. Tadbir negara pon tak reti..podah la..mirandi.kakakaka