Isnin, 16 Disember 2024

INI BUKAN KATAK BARU



Tidak pelik kalau Tengku Zafrul lompat


Oleh A Kadir Jasin

SAYA tidak hairan ura-ura Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz lompat parti. Kalau baca senarai jawatan (CV) dia, memang dia kerap lompat dari jawatan ke jawatan masa dalam dunia korporat.

2. Yang hairan sikit adalah mengapa Presiden PKR merangkap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berani ambil risiko terima Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu sedangkan untungnya tidak banyak. Tengku Zafrul tidak ada kerusi dalam Dewan Rakyat. Dia hanyalah Senator.

3. Boleh jadi ada perkiraan lain. Ada tekanan dan wayang kulit yang kita tidak nampak. Misalnya, Menteri Besar Selangor sekarang, Amirudin Shari, akan diberhentikan, kerusi DUN Sungai Tua dikosongkan dan Tengku Zafrul bertanding. Amirudin kekal Ahli Parlimen Gombak dan boleh dilantik Menteri. Tengku Zafrul ambil alih tempat dia sebagai Menteri Besar.

4. Anwar sudah pun sahkan wujudnya perbincangan awal berhubung penyertaan Tengku Zafrul dalam PKR.

5. Tengku Zafrul terkenal sebagai orang yang mahu naik cepat dan sentiasa dalam sanjungan. Boleh jadi ini adalah perwatakan Melayu elit berdarah raja.

6. Dalam dunia korporat, dengan nama keluarga yang hebat dan lobi yang kuat, memang mudah dia naik. Wikipedia bahasa Melayu merakamkan yang dia sudah pegang 14 jawatan sejak 1996.

7. Tapi dalam dunia politik, apatah lagi politik Umno, hendak naik cepat tidak mudah. Pertama risiko kena cantas dan kedua, Umno sendiri sedang bernyawa ikan. Bukan macam zaman Anwar masuk tahun 1982. PKR pun bukanlah hebat sangat.

8. Jadi, cerita dan ramalan kata Tengku Zafrul akan melompat dari Umno ke PKR tidaklah memeranjatkan.

9. Umno boleh cakap sajalah. Ancam itu dan ancam ini. Realitinya, setelah Anwar selamatkan Ahmad Zahid Hamidi daripada pintu penjara dan angkat dia jadi Timbalan Perdana Menteri, apa sangatlah yang dia (Ahmad Zahid) boleh buat kalau betul PKR terima Tengku Zafrul?

10. Saya rasa Tengku Zafrul pun bukanlah hormat sangat kepada Ahmad Zahid atau komited kepada Umno sebab dia (Tengku Zafrul) lebih berupa ahli politik diraja.

11. Para pembesar Umno bolehlah terpekik terlolong bantah. Tapi kalau PKR terima juga Tengku Zafrul, apa mereka nak buat? Nak keluar Kerajaan Malaysia Madani? Kalau anak jantan, itulah yang mereka patut buat. Tapi ada berani?

Sekian.

Terima kasih.

WOIT

INI BUKAN

KATAK BARU

KAH KAH KAH

INI KATAK DAH

BANYAK LOMPAT

KAH KAH KAHI

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukan katak tapi teungku noo melayu mudah picaya & teruja dengan nama gelaran kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

sampah tu boleh sumbang apa selain bau busuk serta menyakitkan hidung? Kah kah kah!

Tanpa Nama berkata...

Katak ini cari air, kalau kolam dah kering kerana kemarau kena cari kolam baru, tak salah tak pelik tak merungut semuanya demi kelangsungan hidup mencari nafkah mencari peluang kehidupan yang lebih baik, tak semestinya cerdik tak semestinya cemerlang asal orang kita agama sama bangsa sama apa masalahnya? Kah kah kah kah budaya lembu mencari rumput segar