Rabu, 18 Disember 2024

KENA TIPU ?



40 sindiket penipuan lumpuh, 425 orang ditahan

KUALA LUMPUR – Operasi Khas yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman selama 12 hari bermula 25 November hingga 6 Disember lalu berjaya menumpaskan 40 sindiket penipuan dan menahan 426 individu.

Pengarahnya, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sindiket itu melibatkan operasi pusat panggilan yang melakukan pelbagai jenayah penipuan di seluruh negara.

Operasi yang melakukan 63 serbuan besar-besaran itu turut melakukan rampasan pelbagai barangan dianggarkan RM1.48 juta.

“Individu yang ditahan terdiri daripada 331 lelaki dan 95 wanita berusia antara 16 hingga 55 tahun dan seramai 146 individu merupakan warga tempatan, manakala selebihnya warga asing termasuk China, Thailand, Indonesia, Nigeria dan beberapa negara lain.

“Siasatan mendedahkan kumpulan ini beroperasi dalam pelbagai bentuk penipuan seperti judi dalam talian, pelaburan palsu, e-dagang, penipuan cinta (Love Scam) serta kegiatan berkaitan derma dan promosi video lucah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Tambahnya, sindiket ini bukan hanya menyasarkan mangsa tempatan tetapi juga mangsa di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Jepun, China, India dan beberapa negara Asia Tenggara lain.

Menurut Ramli, 35 premis kediaman seperti rumah teres, kondominium dan apartmen dijadikan markas operasi sindiket berkenaan dan mereka yang ditahan berperanan sebagai pengurus, penyelia, pegawai khidmat pelanggan, pengaturcara komputer dan pegawai kewangan.

Turut dirampas adalah 1,240 telefon bimbit, 302 komputer riba, 187 set komputer, 41 kad ATM, enam kenderaan, wang tunai berjumlah RM79,451 serta barangan lain yang dianggarkan bernilai RM1.48 juta.

Ramli mengeaskan, pemilik premis perlu lebih berhati-hati dalam menyewakan kediaman mereka bagi mengelak ia digunakan sebagai pusat operasi jenayah.

Menurutnya, pemilik yang membenarkan premis mereka digunakan untuk kegiatan jenayah boleh dianggap bersekongkol dan tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Setakat ini, 261 individu sudah didakwa manakala bakinya masih dalam siasatan di bawah pelbagai akta termasuk Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – MalaysiaGazette

WOIT

BADAIMANA

 DENGAN

RAKYAT YANG

KENA TIPU 

JANJI MINYAK

TURUN HARGA?

AMIN

BAGAIMANA

DENGAN PELAJAR

KENA TIPU

PTPTN AKAN

DI HAPUS? 

AMIN

INI PUN TIPU

AMAT BESAR

KENAPA POLIS

TAK TANGKAP

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini cerita nak bagi rakyat yang bodoh asyik memikir pasai akhirat dan puki yang cukop jumloh..untuk alpa dengan citer gisb..tup tup semua balik cam biasa berjubo sakan. Ahhhhh this is life.