Laporan polis gesa siasat PM, isteri dan 2 menteri 'berbohong' isu Batu Puteh
Beberapa laporan polis dibuat bagi menyiasat pemimpin tertinggi Pakatan Harapan termasuk Anwar Ibrahim, mendakwa pembohongan dan penyelewengan fakta berkait laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai isu Batu Puteh baru-baru ini yang disasarkan terhadap pemimpin veteran Dr Mahathir Mohamad.
Laporan-laporan polis dibuat sejak dua hari lalu itu turut menamakan isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Anthony Loke dan Mohamad Sabu, ketiga-tiganya menteri yang pernah berkhidmat di bawah pentadbiran PH pimpinan Mahathir pada 2018 ketika keputusan dibuat untuk menggugurkan permohonan Malaysia menyemak semula penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memberikan hak kedaulatan Batu Puteh kepada Singapura.
Laporan itu juga menyasarkan bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali yang mengetuai pasukan Malaysia bagi tujuan semakan penghakiman ICJ, dengan mendakwa wujud persoalan tentang pembaziran wang rakyat.
Menurut peguam Rafique Rashid, laporan-laporan polis itu menggesa polis menyiasat tuduhan pemimpin kerajaan yang melabel mereka yang terlibat dalam isu Batu Puteh sebagai "pengkhianat" walaupun tidak disebut dalam dapatan RCI itu.
"Tindakan ini adalah cubaan menipu dan menyeleweng laporan RCI serta membuat tuduhan palsu secara sengaja untuk menimbulkan ketakutan
dan kegentaran pada orang awam serta ketenteraman awam," kata Rafique.
Menurut laporan polis yang difailkan di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, tindakan Wan Azizah, Loke dan Mohamad Sabu mendakwa kononnya mereka tidak bersetuju dengan keputusan Kabinet pada 2018 menggugurkan permohonan Malaysia kepada ICJ "menampakkan unsur-unsur penipuan serta pembohongan".
Menurut Rafique, kesalahan yang disebut dalam laporan itu perlu disiasat di bawah Seksyen 415(b), Seksyen 504 dan 505(b) Kanun Keseksaan.
Laporan polis itu beberapa hari selepas pendedahan minit mesyuarat Kabinet yang diadakan pada hari keputusan diambil untuk menggugurkan permohonan Malaysia menyemak semula keputusan ICJ.
Minggu lalu, Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan mendedahkan dokumen minit mesyuarat bertarikh 23 Mei 2018 yang dihadiri 13 menteri ketika itu.
Minit itu menyatakan Kabinet "bersetuju supaya permohonan semakan dan permohonan tafsiran keputusan 'Sovereignty over Pedra Branca, Middle Rocks and South Ledge' oleh Malaysia di hadapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa, tidak diteruskan".
Laporan RCI bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan itu antara lain mengesyorkan Mahathir disiasat di bawah Kanun Keseksaan kerana menarik balik permohonan Malaysia untuk menyemak semula keputusan ICJ.
Syor itu dialu-alukan Anwar, yang mendakwa tindakan Mahathir sebagai pengkhianatan kepada negara.
Mahathir bagaimanapun berkata keputusan pada 2018 untuk menarik balik permohonan Malaysia merupakan keputusan kolektif, sambil mempersoalkan keahlian dan cara RCI itu dikendalikan.
"RCI yang sepatutnya terbuka dijadikan siasatan tertutup. Orang yang akhirnya jadi sasaran hanya menjadi saksi. Tidak ada pemeriksaan balas. Laporan 270 muka disedia. Tetapi 47 muka dihitamkan," kata Mahathir.
Semalam, Mahathir dilaporkan berkata Wan Azizah, Loke dan Mohamad Sabu berbohong apabila mendakwa mereka tidak terlibat dalam keputusan kerajaan menggugurkan permohonan Malaysia mengenai kes Batu Puteh.
3 ulasan:
Pertama Kali aku bersetuju dengan pendapat TT.
Tangkap la si apandi..dia yang sohai mengaggalkan kes batu putih..amik gambar photosop..tunjuk kat hakim kapiaq..dia ingat hakim kapiaq bodoh cam dia ka?
Kesemua ahli politaik tu sah penyakau tak kira penbangkang ka atau yang memerintah..dua kali lima...yang terterterrrrjubo sekali adalah pekerja gomen yang kesemua pemalas sebab akhirat diutamakan we dont fuck care you want to fire me? Lu ingat lu trump ka? Kakaka..mai isap kote aku la..i nak buat apa yang i suka lu pon sama menyakau bertopeng isle kunon alim warak dahi 2 dot pakai ala arab..padahal culture arab pon tak tau..memang sohai la..dah 65 taun merdeka masih ber pak chu cheng dan berjubo..gisb per citer? Semua beres. Fuck off la...dont waste my time.
Catat Ulasan