Israel gugur bom seismik ketika rakyat AS didesak tinggalkan Syria
DAMSYIK: Tentera Israel mengugurkan bom seismik 'gempa bumi' ke atas Syria bagi mencetuskan letupan lebih besar serta gegaran gempa bawah tanah sehingga dilaporkan berkekuatan pada 3.0 skala Richter.
Video yang dikongsi dalam talian menunjukkan, letupan besar berlaku ketika Israel menumpukan pengeboman di barat laut Syria berhampiran bandar Tartus, kata Badan Pemantau untuk Hak Asasi Manusia.
"Pesawat perang Israel melancarkan 'serangan' yang menyasarkan beberapa pangkalan termasuk unit pertahanan udara dan 'depot peluru berpandu permukaan-ke-permukaan'.
"Pengeboman pada Ahad itu adalah 'serangan paling berat' di wilayah pantai Syria sejak permulaan serangan pada 2012. Letupan besar mungkin boleh menunjukkan keberadaan sejumlah besar senjata yang disimpan," kata pemantau perang itu.
Tentera Israel sebelum ini pernah menjatuhkan bom seismik yang menyebabkan berlaku gegaran dengan kekuatan 3.5 skala Richter di Semenanjung Gaza.
Berdasarkan maklumat, bom seismik biasanya dijatuhkan dari altitud tinggi untuk mencapai kelajuan maksimum bagi menembusi permukaan tanah dan meletup jauh di bawahnya.
Selain menghasilkan gegaran dan gelombang kejutan yang kuat, letupan bom konvensional ini turut menghasilkan kawah besar. Bom ini pernah digunakan secara meluas untuk memusnahkan dinding konkrit, binaan bawah tanah, terowong, gua dan jambatan.
Penggunaan bom seismik ini dibuktikan apabila tentera Israel mendakwa berjaya memusnahkan 130 terowong Hamas di Tebing Gaza sejak operasi darat dimulakan 30 Oktober lalu.
Sehingga kini, tentera Israel enggan mengulas mengenai serangan berkenaan.
Dalam pada itu, kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Damsyik menasihatkan rakyatnya meninggalkan Syria sambil menjelaskan keadaan keselamatan di sana masih tidak menentu dan tidak dapat diramalkan dengan konflik bersenjata serta 'keganasan di seluruh negara'.
Kedutaan yang ditutup sejak 2012 menyiarkan kenyataan di X, memberi amaran kepada warga AS yang tidak dapat meninggalkan negara itu untuk menyediakan 'pelan kontingensi untuk situasi kecemasan', namun tidak memberikan butiran lanjut.
Kenyataan itu juga menyatakan kerajaan AS tidak dapat menyediakan sebarang perkhidmatan bantuan atau kecemasan yang diberikan oleh kedutaan atau konsulat kepada warganya.
Sekumpulan individu dari kumpulan Daesh mengaku bertanggungjawab atas serangan maut sejak beberapa bulan lalu di bahagian berlainan Syria.
Walaupun mengalami kekalahan pada Mac 2019, puak pelampau masih menimbulkan ancaman di negara yang dilanda perang itu.
Israel menyasarkan serangan ke atas pangkalan tentera di Syria selepas kejatuhan pemerintahan Presiden Bashar al-Assad, menghapuskan pertahanan udara dan sebahagian besar senjata bekas tentera Syria.
Tentera Israel juga merampas zon penampan sempadan, mencetuskan kecaman dengan pengkritik menuduh rejim Zionis melanggar gencatan senjata 1974 dan mungkin mengeksploitasi keadaan huru-hara di Syria untuk rampasan tanah.
Pemerintahan keluarga Assad yang bertahan lebih setengah abad tumbang lebih seminggu lalu berikutan kemaraan pemberontak.
4 ulasan:
Masa utk letupkan ajen.. teingat arwah sadam…
Ada saekor malaon kuat bohong apabila ditanya:
Does Israel have a right to exist and defend itself? Yes, says Anwar
Malaon celaka yang jawab Yes itu patut duduk di Gaza atau Syria yang dibom oleh zionis Israel.
Biar mulut pembohong dan punggung beliau terkoyak dibom juga.
Sekali dengan malaon fahmi menteri komunikasi tak berguna itu.
Biar dua ekor itu mereput kalau dah sokong sangat.
Tu la pasal lain kali jangan tunjuk pandai cam ezam 6 kote, pepandai gi jolok sarang jubo zionis..ni la padah...kalau diam tingkatkan ekonomi dan rakyat kan senang..pundek punya orang.
TT kata israel dah musnah, angkat bendera putih? kenapa syria yang jahanam? cuba pusing lagi. Kah kah kah!
Catat Ulasan