Sabtu, 20 Disember 2025

 

Menurut maklumat yang diberi oleh laman PKR dan Mohammed Taufiq Johari sendiri semasa kempen PRU15k serta maklumat yang diberikan oleh dia sendiri dan dilaporkan oleh media, latar belakang pendidikan dan kerjaya dia adalah seperti berikut:
Pendidikan:
2014: Universitas Padjadjaran (UNPAD) - (masa dia usia 18 tahun)
2020: Universiti Islam Bandung, Fakulti Perubatan
Kerjaya:
2020: Doktor Am, Jabatan Kecemasan, Hospital Dr Slamet, Garut, Indonesia
2021: Program Internship, Hospital Al-Ihsan, Bandung, Indonesia
2022: Pengamal Perubatan Am (GP), Klinik Dr Hadi, Sungai Petani
2022: Pegawai Seranta, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sungai Petani
2022: Dipilih Ahli Parlimen Sungai Petani
2025: Dilantik Menteri Belia dan Sukan Malaysia
Untuk seseorang digelar sebagai doktor berdaftar dan layak berkhidmat sebagai General Practitioner (GP) di Malaysia, syaratnya jelas dan tidak boleh dirunding:
1. Memiliki ijazah perubatan yang diiktiraf oleh Malaysian Medical Council (MMC).
2. Berdaftar secara sementara (provisional registration) dengan MMC.
3. Menjalani housemanship selama 24 bulan di hospital latihan Malaysia yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan MMC.
4. Memperoleh pendaftaran penuh dengan MMC.
5. Memegang Sijil Amalan Tahunan (Annual Practising Certificate, APC) yang sah.
Namun, semakan di laman web rasmi MMC mendapati Universiti Islam Bandung tidak tersenarai sebagai institusi perubatan yang diiktiraf oleh MMC. Malah dia juga tidak pernah disenaraikan sebagai doktor berdaftar dengan MMC.
Rekod dan kronologi yang dikemukakan oleh dia sendiri serta oleh parti dia juga tidak menunjukkan bahawa dia pernah menjalani housemanship di Malaysia walau sehari pun- tetapi dia terus kerja sebagai GP di klinik?
Housemanship yang dijalani di luar negara tidak diambil kira bagi tujuan pendaftaran dan kelayakan untuk beramal sebagai doktor di Malaysia. Mengikut peraturan MMC, housemanship mesti dibuat di Malaysia dan dilaksanakan di hospital latihan yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta MMC.
Housemanship yang dibuat di luar negara tidak boleh dipindahkan, ditukar, atau diiktiraf untuk tujuan pendaftaran dan amalan perubatan di Malaysia. Tiada sistem credit transfer, tiada pengecualian, dan tiada “pengiktirafan setara” untuk housemanship luar negara. Walaupun seseorang telah menamatkan housemanship sepenuhnya di negara lain (jika ada buat pun), ia tetap tidak dikira di Malaysia.
Oleh itu, dari sudut undang-undang, dia tidak layak langsung untuk bekerja sebagai GP atau mengamalkan perubatan di mana-mana klinik di Malaysia, apatah lagi untuk bergelar doktor berlesen.
Persoalannya sekarang, bagaimana dia boleh menggelarkan dirinya sebagai doktor berdaftar, dan bagaimana pula dia boleh bekerja sebagai GP di Klinik Dr Hadi di Sungai Petani selama kira-kira setahun?
Di bawah Akta Perubatan 1971, mengamalkan perubatan tanpa pendaftaran MMC merupakan satu kesalahan jenayah. Hukuman yang diperuntukkan bukan kecil.
Pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000, atau penjara sehingga 3 tahun, atau kedua-duanya sekali.
Klinik yang membenarkan individu tidak berdaftar mengamalkan perubatan juga boleh dikenakan tindakan undang-undang, termasuk penutupan premis.
Ini bukan soal politik, dan bukan soal niat baik. Ini soal keselamatan pesakit dan pematuhan undang-undang. Dalam bidang perubatan, tidak wujud konsep “lebih kurang boleh”.
Dan sekarang dia terus dilantik sebagai Menteri penuh oleh kerajaan Madani pula ketika ayah dia adalah Speaker Dewan Rakyat biarpun dia masih dalam penggal parlimen pertama dan tak pernah menjawat sebagai Timbalan Menteri pun?

KITA TAK ADA

PILIHAN

KHALAS



Tiada ulasan: