Sabtu, 20 Disember 2025

IMRAN KHAN BEKAS PM DI PENJARA 17 TAHUN



Bekas PM Pakistan, Imran Khan dan isteri kena penjara 17 tahun


ISLAMBAD: Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dan isterinya, Bushra Bibi, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 17 tahun.

Menurut laporan Anadolu Ajansi (AA), hukuman itu dijatuhkan susulan pembabitan mereka dalam kes penjualan dan pembelian hadiah negara atau lebih dikenali sebagai kes Toshakhana II.

Keputusan itu dibacakan dalam Penjara Adiala di bandar Rawalpindi dekat timur laut Pakistan, tempat Imran dan Bushra kini ditahan.

Hakim Khas Pusat, Shahrukh Arjumand, membacakan penghakiman kes berkaitan penjualan dan pembelian hadiah asing secara haram pada harga terlalu rendah.

Selain hukuman penjara 17 tahun, mahkamah turut mengenakan denda sekitar AS$35,600 (RM145,141) ke atas setiap seorang.

Imran dan Bushra didakwa dalam kes terbabit pada tahun lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka menafikan semua pertuduhan dan menyifatkan kes berkenaan sengaja direka serta bermotifkan politik, menjadikan ia sabitan ketiga Imran dalam kes berkaitan Toshakhana.

Pada Ogos 2023, sebuah mahkamah tempatan menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadapnya, manakala pada Januari tahun lalu, Imran dan Bushra masing-masing dihukum penjara 14 tahun membabitkan kes Toshakhana I.

Sejak dipenjarakan pada Ogos 2023, Imran berdepan puluhan kes terkait dakwaan rasuah dan keganasan yang beliau sifatkan sebagai palsu.

Sejak itu, kerajaan memfailkan lebih 200 kes terhadap Imran, namun beliau berjaya mendapatkan jaminan dalam banyak kes. - BERNAMA


BILA ASKAR

MEMERINTAH

SAPA BIJAK 

SAPA BERILMU

DI ANGGAP MUSUH

AMIN

ZULFIKAR BHUTTO 

GRADUAN OXFORD

DI GANTUNG MATI

AMIN

BENAZIR  BHUTTO

GRADUAN HAVARD

DI TEMBAK MATI

AMIN

IMRAN KHAN

GRADUAN OXFORD

DI PENJARA

AMIN

MAKA

PAKISTAN JADI

NEGARA GAGAL

KHALAS

Tiada ulasan: