Sabtu, 20 Disember 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SABTU 20 DISEMBER 2025

KRISMAS SAMPAI


HOKKIEN
Pagi ini cerah kering indah. Langit biru berawan putih. Matahari  bersinar lemah. KL & KL Sentral cerah.

Dari atas flet gua dengar Jantan berkokok. Buka Pintu Masuk Cengkerik bersimponi. Sekumpulan Pipit Uban 20 ekor ++ melintas. Ha ha  di pagi hari  dah mula cari rezeki.

Pagi ini  hanya Jantan Baik dan 2 Puppy – yang berlari bila gua sampai. Yang lain tak nampak – Mana  mereka hilang – mana mereka bertandang?

Lalu gua tabur Friskies untuk mereka. Enjoi!

Jantan Baik ikut kami berjalan arah ke  Wakaf Tiga – nampaknya makin mesra dah berani berjalan hampir dengan gua. Dia dah tahu gua bukan  musuh.

Jap lagi gua nak ke Chow Kit – nak lihat BUAH apa yang ada. Malam kemarin gua ke NSK – sayur gua  dah beli – tapi buah masih perlu ke Chow Kit

Ketika gua menulis ini matahari dah bersinar. Hari ini akan panas – balkoni gua telah di limpahi cahaya matahari pagi yang enak – gua nak berbogel sekejap – mandi cahaya untuk Vitamin D – baik untuk nyenyak tidur. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SABTU

BRO
Jika lu tak memiliki harta – tak mengapa asalkan lu meraya hari ini untuk hidup.

BRO
Bila lu  berjalan  masuk belukar atau taman – jangan lupa buka mata. Lihat ulat dan unggas.  Buka telinga dengar  seribu satu macam suara.
Ini nikmat hidup.

BRO
Bila lu seorang diri  lu ingatkan kembali apa lu buat tahun 2025. Amin

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jika lu ingat lagi maknanya lu ok tak dementia(nyanyuk) jadi boleh berfikir dan bertindak waras & menikmati kehidupan lancar seharian ! fikiran baik teman hidup!

Tanpa Nama berkata...

Pundek friskies untuk kuching daa...lu tak pi skolah ka? Frieskies haram untuk anjing bahan tak halal ..