KEPALA LAWAN
RASUAH MALYSIA
AMIN
KEPALA PENGAMAL
RASUAH MALAYSIA
AMIN
SAMAN BLOOMBERG
KALAU TAK SAMAN
ERTINYA LAPORAN
TEPAT SAHIH
KHALAS
Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, didapati memiliki saham bernilai ratusan ribu ringgit dalam sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, sekali gus melanggar pekeliling kerajaan yang melarang penjawat awam memiliki saham melebihi RM100,000, menurut laporan Bloomberg dalam pendedahan baharu yang mengingatkan kembali kontroversi empat tahun lalu yang mencetuskan desakan supaya beliau ditangkap.
Laporan itu memetik dokumen syarikat yang menunjukkan Azam, yang tempoh jawatannya sebagai ketua SPRM dilanjutkan tiga kali oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim, memegang 17.7 juta saham Velocity Capital Partner Bhd setakat 3 Februari tahun lalu, dengan nilai semasa hampir RM800,000.
Selain melepasi nilai maksimum saham yang dibenarkan kepada penjawat awam berdasarkan pekeliling kerajaan pada 2024, Azam juga berkemungkinan gagal mematuhi arahan mengisytiharkan aset sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun, kesalahan sama yang membawa kepada siasatan SPRM terhadap individu lain.
Menurut Bloomberg, Azam belum membuat pengisytiharan harta secara terbuka, sambil menambah pejabat Azam belum menjawab pertanyaan wartawan mengenai perkara itu.
Pendedahan tersebut muncul ketika Azam memberikan publisiti luas berhubung siri siasatan oleh SPRM, di mana beliau berikrar mengejar individu kaya dan berpengaruh walaupun berdepan tekanan untuk meletak jawatan.
"Ada yang menyuruh saya berundur, tetapi persoalannya adakah kita sendiri mahu mengalah? Saya tidak pernah mengalah," katanya dalam satu wawancara bulan lalu.
Sebelum ini, Azam kerap menerima pujian daripada Anwar, yang menyifatkannya sebagai "berani" dalam apa yang dipanggilnya perang melawan rasuah.
Azam, 62, merupakan ketua pesuruhjaya paling kontroversi sejak penubuhan SPRM, di sebalik dakwaan beliau menyasarkan musuh politik Anwar tetapi pada masa sama melindungi mereka yang rapat dengan kerajaan.
Pada 2022, beliau terlibat dalam kontroversi mengenai pemilikan saham dalam syarikat tersenarai awam. Azam menjelaskan ia dibeli oleh adiknya menggunakan akaun dagangannya.
Dua tahun kemudian, beliau menjadi tumpuan laporan Bloomberg pada September 2024 yang memetik sumber SPRM sebagai berkata Anwar mengarahkan Azam untuk tidak menyiasat Farhash Wafa Salvador, bekas pemimpin PKR yang kini ahli perniagaan jutawan, berhubung pembelian saham dalam sebuah syarikat yang diberikan kontrak berbilion ringgit membangunkan sistem imigresen.
Laporan itu memetik sumber sama yang mengatakan Azam diarahkan menyiasat dua tokoh yang dilihat sebagai musuh politik Anwar, Dr Mahathir Mohamad dan Daim Zainuddin.
Ia disusuli laporan polis difailkan balu Daim, Na'imah Khalid, yang menggesa Anwar disiasat atas kesalahan salah guna kuasa. Bagaimanapun, pihak berkuasa mengumumkan "tiada tindakan lanjut" terhadap laporan itu.
Tahun lalu, Azam mencetuskan kemarahan selepas pengumuman mengejut bahawa Farhash telah dibersihkan daripada sebarang salah laku berhubung kelulusan lesen cari gali membabitkan kawasan hutan simpan yang luas di Sabah.
Beliau turut dikritik kerana menggunakan istilah "tohmahan" apabila merujuk kepada dakwaan melibatkan Farhash.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan