Rabu, 22 Mei 2024

BULAN DEPAN DISEL NAIK HARGA


CIMB jangka lancar rasionalisasi subsidi diesel pertengahan Jun, kata laporan

CIMB Investment Bank Bhd menjangkakan pelancaran rasionalisasi subsidi bahan api paling awal akan bermula pada pertengahan Jun 2024.

Unjuran ini sejajar dengan rancangan kerajaan baru-baru ini bahawa rasionalisasi akan bermula dengan diesel, katanya seperti yang dilaporkan Bernama.

“Tarikh pelaksanaan tidak dinyatakan, walaupun kami difahamkan pendaftaran untuk sistem kad diesel armada akan dibuat pada bulan depan, meletakkan Jun sebagai tarikh mula paling awal.

“Memandangkan proses permohonan untuk kad armada, kami menjangkakan pelancaran akan dilakukan pada pertengahan Jun paling awal,” katanya.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam ucapan malam tadi mengumumkan keputusan Kabinet untuk memulakan rasionalisasi subsidi bahan api bermula dengan diesel.

Bagaimanapun garis masa tertentu belum didedahkan sementara menunggu pengumuman daripada kementerian berkaitan.

Sebelum ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Armizan Mohd Ali pada Februari berkata pelaksanaan subsidi diesel bersasar dijangka dilakukan menjelang Jun 2024.

Jangkaan penjimatan daripada subsidi diesel dianggarkan RM4 bilion bersamaan 0.2% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setahun.

CIMB Investment Bank menggariskan dua peringkat aplikasi di bawah sistem kawalan diesel bersubsidi (SKDS) 2.0.

Ini termasuk permohonan kepada KPDN untuk mendapatkan kebenaran dengan kelulusan mengambil masa sehingga dua hari dan permohonan kepada syarikat minyak untuk pengeluaran kad armada dianggarkan memerlukan sehingga empat minggu.

Proses permohonan SKDS 2.0 untuk syarikat yang mengendalikan sembilan jenis kenderaan pengangkutan barang bermula pada 7 Mac dan berkembang kepada 14 jenis kenderaan komersial tambahan setakat 13 Mei.

“Pada peringkat ini, masih tidak jelas sama ada individu yang layak memiliki kenderaan berkuasa diesel perlu memohon bantuan tunai, atau jika kerajaan akan menggunakan maklumat daripada pangkalan data PADU,” tambah nota itu.

Pangkalan Data Utiliti Nasional atau PADU berfungsi sebagai repositori berkomputer untuk menyimpan dan mengurus maklumat mengenai utiliti dan butiran berkaitan. – 22 Mei, 2024.

MINYAK DISEL

NAIK HARGA

AMIN

MINYAK DISEL

UNTUK LORI

BAS DAN VAN

AMIN

BILA NAIK

MAKA HARGA

BARNAG AKAN

NAIK

JENG JENG JENG

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Woit tt yg memerintah nampak buat reja yg d perintah faham2 sajalah apa yg turun & hapus.. wayang cop geliga

Tanpa Nama berkata...

Perkara paling mudah dalam dunia ini bercakap, bercakap siang malam tetapi orang-orang yang banyak bercakap hasil kerja tarak kosong tin kosong bunyi kuat kempang kuda kah kah kah