Rabu, 22 Mei 2024

TALIBARUT MELAYU




Penipuan tanah rizab Melayu, mohon segera dilucut hak

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) hari ini tampil membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung Tanah Rizab Melayu (TRM) seluas 649.2 hektar yang dipertikaikan di Sitiawan, Manjung, Perak.

MHO mencadangkan supaya ia dilucutkan hak dan dilupuskan kepada kerajaan Persekutuan.

Menurut Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, sudah termaktub bawah perundangan negara kerana pindah milik lot rizab Melayu itu kepada individu bukan Melayu tersebut berlaku akibat daripada aktiviti penipuan haram.

“Pihak kami telah dimaklumkan oleh pengadu-pengadu yang terlibat dengan isu tanah rizab Melayu ini, mereka menyatakan bahawa tanah yang dipertikaikan tersebut adalah masih dipegang dan dimiliki oleh individu bukan Melayu.

“Kita juga telah dimaklumkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak hanya memasukkan kaveat pendaftar ke atas tanah tersebut tanpa ada sebarang tindakan yang lanjut dari mereka berkenaan perkara ini,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurut Hishamuddin, keputusan hanya memasukkan kaveat pendaftar kerana hasil daripada tanah itu masih diguna pakai oleh bukan Melayu yang memegang TRM secara salah kita pertikaikan.

Sepatutnya perlu ada tindakan untuk melupuskan, melucutkan hak tanah 649.2 hektar ini dan dikembalikan kepada kerajaan Persekutuan.

“Untuk makluman  ini adalah salah satu undang-undang di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA),” katanya.

Bulan lalu, bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Ipoh atas pertuduhan menipu agensi kerajaan negeri sehingga menyebabkan pemecahan lot TRM kawasan seluas 649.2 hektar di Sitiawan pada 12 tahun lalu.

Hishamuddin berkata, selain menyerahkan cadangan itu kepada SPRM, pihaknya juga mempunyai bukti baharu bahawa pemindahan TRM itu bukan hanya membabitkan 649.2 hektar tanah di Sitiawan sahaja sebaliknya ada bukti baharu ribuan lagi hektar tanah yang belum dikenal pasti SPRM di Perak.

“Kita serah kepada SPRM supaya siasatan bukan hanya kepada 649.2 hektar sebaliknyaada ribuan hektar tanah yang masih dipegang bukan Melayu dipindah milik secara tidak sah di sisi undang-undang,” ujarnya. – MalaysiaGazette


TANAH RIZAB

MELAYU KENA

REMBAT TOWKAY

CHINA BUKAN BARU

AMIN

INI KERANA ADA

MELAYU JADI

TALIBARUT

AMIN

INI KES MELAYU

JUAL MELAYU

YANG KAYA CHINA

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Talibarut yg kena tangkap tu kes di Perak ...

Yeoppp buat Pape Asal bergaye yeoppp...!!