Rabu, 11 Februari 2026

AZAM BAKI WAJB DIEHATKAN !


AZAM BAKI

WAJIB DI REHATKAN

AMIN

KERENAH AZAM BAKI BERTERUSAN


KERENAH 

 AZAM BAKI

BERTERUSAN

AMIN

AZAM BAKI JUAL BONTOT ?


WOIT

TONI PUA

TAK FAHAM

AMIN

AZAM BAKI

JUAL BONTOT

PADA BENGALI

DI RAWANG

KAH KAH KAH

KHALAS




Miliki saham lebih RM100,000, Pua tanya Azam mana dapat duit?

Menegaskan bahawa isu utama bukanlah sekadar pengisytiharan pegangan saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, bekas ahli parlimen DAP, Tony Pua, lebih mempersoalkan bagaimana seorang penjawat awam kerjaya mampu membiayai pembelian saham dan waran tersebut.

“Persoalannya bukan tentang sama ada kamu mengisytiharkan pembelian dan pelupusan saham tersebut. Persoalannya ialah bagaimana kamu mampu memperoleh semua saham dan waran ini sebagai seorang penjawat awam.

Bagaimana kamu, sebagai penjawat awam kanan, memperoleh kekayaan sedemikian?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook.

Semalam, Bloomberg mendedahkan bahawa Azam disenaraikan memegang 17.7 juta saham dalam syarikat perkhidmatan kewangan, Velocity Capital Bhd, berdasarkan penyata tahunan yang difailkan pada 3 Feb tahun lalu.

Mengikut harga penutup pada Isnin, pegangan tersebut bernilai kira-kira RM800,000.

Susulan pendedahan itu, ketua pesuruhjaya berkenaan berkata dia telah mengisytiharkan pegangan sahamnya kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), namun tidak menyentuh isu kegagalannya mematuhi had RM100,000 bagi setiap syarikat yang ditetapkan untuk penjawat awam.

Azam juga menyatakan bahawa dia telah melupuskan saham tersebut dalam tahun yang sama ia dibeli.

Walaupun jumlah bayaran sebenar oleh Azam tidak diketahui, harga terendah saham Velocity Capital Bhd didagangkan tahun lalu pada RM0.015 seunit, bermakna pegangan ketua pesuruhjaya SPRM itu bernilai sekurang-kurangnya RM265,500.

Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa Azam turut memiliki saham dalam sebuah lagi syarikat yang mungkin tidak mematuhi peraturan had pemilikan saham oleh penjawat awam dalam sesebuah entiti.

Rekod daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bahawa, setakat 13 Jan tahun ini, Azam memiliki lebih sedikit daripada 4.52 juta saham dalam Awanbiru Technology Berhad, yang mewakili 1.08 peratus pegangan.

Saham tersebut bernilai RM0.305 setiap satu pada 13 Jan, menjadikan pegangan Azam bernilai hampir RM1.38 juta pada ketika itu.

Meskipun tarikh pembelian tidak diketahui, harga terendah stok Awanbiru Technology dalam tempoh lima tahun lalu adalah RM0.175 sesaham pada 12 Julai 2023. Pada harga itu, 4.52 juta saham berkenaan akan bernilai lebih RM790,000.

Pendedahan tersebut mencetuskan desakan agar Azam meletak jawatan serta tuntutan agar Perdana Menteri Anwar Ibrahim—yang telah menyambung kontrak Azam sebanyak tiga kali—untuk bertindak.


BARUA JADI SETIA - BARUA YANG ADA MASALAH


BARUA YANG

SETIA ADALAH

BARUA YG

IKUT ARAHAN

AMIN

BARUA JADI SETIA

ADALAH BARUA

YG ADA MASAALAH

AMIN

KHALAS


PM pertegas komitmen banteras rasuah, tapi 'membisu' isu saham Azam
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian kerajaan "tidak akan berkompromi apabila integriti institusi strategik dipersoalkan."

"Tindakan tegas terhadap salah laku dan penyelewengan dalam sektor pertahanan, di samping pembongkaran kartel serta rasuah berprofil tinggi, menegaskan prinsip bahawa tiada sesiapa yang kebal daripada undang-undang,” kata Anwar pada hantaran di media sosial malam tadi.

Kenyataan perdana menteri itu dibuat susulan peningkatan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dari tangga 57 kepada 54 bagi tahun 2025.

Namun, pengumuman keputusan CPI itu berlaku serentak dengan laporan Bloomberg yang mendedahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki disenaraikan memiliki 11.7 juta saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan.

Saham dalam Velocity Capital Partners Berhad itu dianggarkan bernilai hampir RM800,000 semalam.

Walaupun penjawat awam tidak dilarang membeli saham, pekeliling tatatertib perkhidmatan awam menetapkan mereka tidak boleh membeli lebih RM100,000 saham dalam satu syarikat.

Azam berkata dia telah membeli dan melupuskan saham tersebut pada waktu yang tidak dinyatakan tahun lalu. Rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) masih menyenaraikan Azam sebagai pemegang saham Velocity Capital Partners setakat 26 Dis 2025.

Tidak diketahui berapa harga pembelian saham itu namun harga terendah saham Velocity Capital Partners tahun lalu sekitar RM0.015 sesaham, bermakna pegangan ketua pesuruhjaya SPRM itu mungkin bernilai sekitar RM265,500 pada kadar terendah.

SPRM dan Azam menafikan sebarang salah laku serta memaklumkan pegangan saham itu telah diisytiharkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam. Namun, isu pematuhan terhadap had pembelian RM100,000 tidak disentuh.

Malaysiakini telah menghubungi Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar untuk mendapatkan maklum balas berhubung kes Azam.

Ini kali kedua ketua pesuruhjaya SPRM itu menjadi perhatian berhubung portfolio dagangan sahamnya.

Pada hujung 2021, dia turut menjadi perhatian susulan pegangan saham dalam sebuah syarikat yang melebihi had RM100,000.

Pada Januari 2022, Azam berkata dia telah memaklumkan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM bahawa saham tersebut dibeli oleh adiknya yang meminjam namanya dan dia percaya tidak melakukan sebarang kesalahan.

Pengisytiharan itu mencetuskan siasatan Suruhanjaya Sekuriti yang akhirnya mendapati tiada bukti perdagangan proksi kerana Azam mempunyai “kawalan” ke atas akaun dagangannya sendiri.

Pada 20 Januari 2022, Anwar yang ketika itu ketua pembangkang berjanji akan membangkitkan perkara tersebut dengan perdana menteri ketika itu Ismail Sabri Yaakob.

Ia berlaku selepas Pemuda PKR menyerahkan memorandum kepadanya yang antara lain menggesa ketua SPRM mengisytiharkan aset mereka.

Namun sejak mengambil alih jawatan perdana menteri pada November 2022, Anwar menjadi penyokong kuat Azam dan pernah menyatakan ketua pesuruhjaya SPRM itu satu-satunya individu yang berani mengambil tindakan terhadap pemimpin rasuah.

Anwar juga telah melanjutkan kontrak Azam sebagai ketua SPRM sebanyak tiga kali selepas usia persaraan.



PROJEK BERANCUK


PROJEK 

BERANCUK

YANG MENARIK

AMIN

LULUSAN  PERLU

MUDA CUN 

BERGETAH

AMIN

AKAN DAPAT 

KADI WARGA

KHALAS


Pegawai parti kerajaan dipecat kerana cadangkan import wanita muda dari Vietnam, Sri Lanka

SEOUL: Pegawai parti kerajaan Korea Selatan yang mencadangkan negara itu mengimport wanita muda dari Vietnam atau Sri Lanka untuk dipasangkan dengan lelaki tempatan bagi meningkatkan kadar kelahiran, dipecat daripada partinya.

Kim Hee Soo yang juga Ketua Daerah Jindo, wilayah selatan Korea Selatan, membuat kenyataan itu dalam sesi dialog awam minggu lalu, mencadangkan wanita warga negara berkenaan untuk dikahwinkan dengan lelaki muda di kawasan luar bandar.

Ia diutarakan ketika Korea Selatan bergelut dengan kadar kelahiran rendah, bahkan terendah di dunia dan boleh menyebabkan populasi negara itu yang berjumlah 50 juta orang berkurang separuh dalam tempoh 60 tahun.

Bagaimanapun, kenyataan Kim yang disiarkan di televisyen tidak diterima baik oleh orang ramai sehingga mencetuskan bantahan diplomatik daripada Vietnam.

Kemarahan orang awam yang memuncak sekali gus membawa kepada pemecatannya daripada Parti Demokratik yang memerintah selepas Majlis Tertinggi parti itu sebulat suara mengundi untuk memecat Kim.

Sebelum itu, usaha Kim untuk meredakan kemarahan dengan memohon maaf sehari selepas sesi dialog itu dilihat gagal.

Menurut media tempatan yang dipetik BBC, Kim dilapor mendakwa kenyataan dibuatnya bertujuan menonjolkan isu populasi di kawasan luar bandar, namun mengakui bahasa yang digunakan adalah tidak sesuai.

Sesi dialog awam itu diadakan bagi membincangkan kemungkinan penggabungan wilayah Jindo dengan sebuah bandar berhampiran atas sebab pentadbiran.

Wilayah Jeolla Selatan turut mengeluarkan permohonan maaf rasmi atas 'kenyataan tidak sesuai' Kim yang dikatakan menyebabkan kesakitan mendalam kepada rakyat Vietnam dan golongan wanita.

Sementara itu, Kedutaan Vietnam di Seoul mengecam kenyataan Kim, dengan berkata ia bukan sekadar soal ungkapan tetapi membabitkan nilai dan sikap terhadap wanita migran serta kumpulan minoriti.

Pihak berkuasa Sri Lanka pula tidak mengulas secara terbuka mengenai kontroversi itu.





KUIL HINDU TIDAK ADA HAK SPESIAL !

 


KUIL HINDU

TAK ADA SPESIAL

SAMA SAJA

AMIN

JANGAAN CEROBOH

BUAT KUIL HARAM

AMIN

RAKYAT & SULTAN

 MARAH 

NANTI KENA

BELANGKONG

KHALAS

YDPA titah isu kuil ditangani ikut peraturan sama seperti masjid, gereja, tokong



KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah menegaskan sebarang isu berkaitan agama tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak sehingga boleh menjejaskan keharmonian, perpaduan serta kestabilan negara yang berbilang kaum.

Baginda turut menegaskan semua pihak wajib mematuhi undang-undang yang termaktub, termasuk dalam perkara berkaitan penggunaan tanah serta pembinaan rumah ibadat.

Baginda bertitah Malaysia sebuah negara yang dibina atas asas keharmonian, dan kekuatan negara terletak pada semangat saling menghormati, toleransi serta pematuhan kepada undang-undang.

Katanya, setiap rakyat bertanggungjawab memelihara nilai-nilai berkenaan demi kepentingan bersama.

Berhubung isu pembinaan kuil, titah Seri Paduka Baginda, hendaklah ditangani mengikut peraturan dan saluran undang-undang yang sama seperti pembinaan masjid, gereja dan tokong.

Sultan Ibrahim mengimbas kembali pengalaman baginda pada Januari 2018 apabila Seri Paduka Baginda bertindak sebagai pendamai dalam menyelesaikan isu perobohan sebuah kuil di Johor secara baik, berhemah dan berlandaskan undang-undang.

“Saya sendiri menyelesaikan masalah berkenaan secara baik serta menasihatkan semua pihak yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini serta menjaga ketenteraman awam.

“Agama Islam menekankan prinsip saling hormat-menghormati antara sesama manusia, dan Islam tidak menghalang penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan serta ibadat masing-masing.

“Penganut agama lain juga wajar menunjukkan sikap hormat terhadap Islam. Pendekatan saling menghormati ini penting bagi mengelakkan salah faham, ketegangan dan provokasi, sekali gus memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang agama dan budaya.

“Oleh demikian, apabila timbul sebarang isu berkaitan pembinaan kuil atau rumah ibadat, semua pihak hendaklah memahami serta menghormati undang-undang negara, di samping menyelesaikan perbezaan menerusi saluran yang sah demi mengekalkan keharmonian, toleransi dan semangat muhibah,” titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.


Seri Paduka Baginda turut mengingatkan semua pihak agar mengelakkan sebarang kenyataan atau tindakan yang boleh menimbulkan salah faham, perpecahan serta menggugat keamanan negara. -MalaysiaGazette

JEMPUTAN FORUM


JUMAAT MALAM

13 FEBUARI 2026

FORUM TERBUKA

UNTUK SEMUA

AMIN

PENCERAHAN 

PERJANJANJIAN

ANWAR-TRUMP

KHALAS