Rabu, 25 Februari 2026
TANGKAP AZAM BIN BAKI
AWAS!!!
DESAK SIASATAN
DIRAJA OK
AMIN
JANGAN DESAK
AZAM BIN BAKI
LETAK JAWATAN
AMIN
SPRM: DAP
terus
desak tubuh RCI
KUALA LUMPUR — DAP akan terus mendesak supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan ‘mafia korporat’ yang dikaitkan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh media asing Bloomberg.
Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo, berkata walaupun SPRM menyatakan dakwaan itu sebagai tidak berasas, ia masih tidak memadai dan prinsip asas keadilan menegaskan tiada sesiapa pun boleh menjadi hakim bagi menentukan kes sendiri.
“Apabila integriti agensi utama pencegahan rasuah negara dipersoal, pengesahan yang dikeluarkan oleh pihak itu sendiri tidak memadai. Ia tanpa sebarang tindakan lanjut, tidak banyak membantu memulihkan keyakinan awam mahupun pelabur.
Pendirian kami yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung, Anthony Loke pada Selasa (lalu) adalah jelas. Apa yang diperlukan adalah satu siasatan yang bebas dan telus.
“Dakwaan yang dibangkitkan adalah bersifat khusus. Ia menamakan individu, syarikat serta merujuk kes-kes boleh dikenal pasti,” kata Menteri Digital itu.
Gobind berkata ada asas mencukupi untuk satu siasatan dimulakan dan pilihan terbaik adalah menubuhkan RCI kerana ia mempunyai kuasa statutori yang diperlukan untuk menjalankan siasatan yang wajar dan bermakna berhubung perkara itu.
Katanya , sama ada dakwaan itu benar atau tidak dan tindakan susulan yang perlu diambil, adalah perkara yang harus diputuskan oleh RCI.
Semalam, dua Ahli Parlimen kerajaan turut menggesa supaya pengawasan terhadap SPRM diperkukuh susulan laporan mengenai kontroversi pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki, serta dakwaan salah laku dalam agensi itu.
Gesaan itu dibuat RSN Rayar (Jelutong) dan Hassan Abdul Karim (Pasir Gudang) selepas Bloomberg melaporkan mengenai pegangan saham Azam dan menggambarkan dakwaan salah laku dalam SPRM yang dikaitkan dengan istilah ‘mafia korporat’.
Hassan dari PKR mencadangkan sekiranya RCI ditubuhkan, ia perlu dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara seperti Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Gobind berkata ia bukan soal mencari kesalahan atau menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya untuk memastikan SPRM kekal bebas daripada sebarang keraguan dan bersih daripada dakwaan yang boleh menjejaskan integriti atau kewibawaannya.
“Ini juga bukan bertujuan untuk melemahkan SPRM, sebaliknya untuk memperkukuhkannya dengan menegaskan bahawa semua agensi yang diberi kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan di negara ini sentiasa tertakluk kepada siasatan dan kedaulatan undang-undang.
“Pendirian kami kekal. Satu siasatan mesti dijalankan terhadap dakwaan yang dibuat. Siasatan itu wajar dilaksanakan melalui RCI yang dilengkapi dengan segala kuasa yang perlu bagi memastikan penyiasatan yang berkesan dan telus dapat dijalankan. Ia mesti dilakukan secepat mungkin,” katanya.
Semalam Loke berkata, DAP akan mencadangkan pada mesyuarat Kabinet Jumaat ini supaya RCI ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan kewujudan “mafia korporat”.
Katanya, Kabinet telah membincangkan dakwaan terkini melibatkan SPRM dalam mesyuarat sebelumnya pada 13 Februari lalu, dan bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat , Azam namun langkah itu sahaja tidak mencukupi.
“Terdapat dua dakwaan berasingan. Satu berkaitan isu pegangan saham yang perlu disiasat – dan pasukan petugas khas telah ditubuhkan untuk tujuan itu.
Satu lagi dakwaan berkaitan ‘mafia korporat’. Saya menyatakan (dalam mesyuarat Kabinet) bahawa kerajaan perlu mempertimbangkan penubuhan RCI.
“Kami mula mengemukakan cadangan ini dalam mesyuarat Kabinet lalu dan akan terus mendesaknya. Ini pendirian DAP,” kata Menteri Pengangkutan itu dalam wawancara dengan Malaysiakini kelmarin.
Loke berpendapat dakwaan mengenai “mafia korporat” itu merupakan isu yang jauh lebih serius berbanding kontroversi pemilikan saham.— BebasNews
RAKYAT LAWAN MAFIA SEMPADAN
JANGAN
TOLAK ANSUR
DENGAN
MAFIA SEMPADAN
BEDIL & MUSNAH
AMIN
JANGAN
TOLAK ANSUR
DENGAN
MAFIA KORPORAT
TANGKAP & SUMBAT
KHALAS
Ancaman, ugutan atau serangan terhadap petugas keselamatan jenayah yang tak boleh diterima - Shuhaily
PUTRAJAYA: Sebarang bentuk ancaman, ugutan atau serangan terhadap petugas keselamatan negara adalah satu perbuatan jenayah yang tidak boleh diterima.
Perkara itu ditegaskan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Mohd Shuhaily Mohd Zain, susulan kes dua suspek melepaskan tembakan ke arah kenderaan dinaiki Komander AKPS Bukit Kayu Hitam di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Kedah, pagi tadi.
"Insiden pagi tadi adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab yang dipandang serius dan sama sekali tidak akan dikompromi.
"AKPS menegaskan bahawa sebarang bentuk ancaman, ugutan atau serangan terhadap petugas keselamatan negara adalah satu perbuatan jenayah yang tidak boleh diterima," katanya melalui kenyataan hari ini.
Dalam kejadian pagi tadi, dua das tembakan dilepaskan ke arah kenderaan dinaiki Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, dengan satu daripadanya nyaris terkena muka pegawai kanan AKPS itu.
Mohd Shuhaily sendiri turun padang ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Kedah pagi tadi bagi meninjau sendiri situasi, mendapatkan maklumat terperinci berhubung insiden yang berlaku, memastikan tahap keselamatan terkawal serta menyatakan sokongan penuh kepada pegawai dan anggota barisan hadapan yang bertugas.
Dalam pada itu, Mohd Shuhaily berkata tindakan tegas akan diambil selaras peruntukan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba menggugat keselamatan serta kedaulatan pintu masuk negara.
"Insiden ini sama sekali tidak akan melemahkan semangat warga AKPS. Sebaliknya, terus memperkukuh iltizam seluruh pegawai dan anggota untuk terus berdiri teguh, berani dan profesional dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan sempadan negara.
"AKPS akan terus memastikan setiap pintu masuk negara kekal selamat, terkawal dan berdaulat, serta tidak akan sesekali berkompromi terhadap sebarang ancaman yang cuba menggugat keselamatan, keamanan dan kedaulatan tanah air," katanya.
Mengulas keadaan Mohd Nasaruddin, beliau berkata Komander AKPS Bukit Kayu Hitam itu disahkan dalam keadaan selamat, stabil dan kekal bersemangat tinggi untuk meneruskan tanggungjawab dan amanah demi keselamatan negara.
BERITA BAIK - WARGA KOREA SELATAN MULA BERANCUK
WARGA
KOREA SELATAN
MAKIN
SUKA BERANCUK
AMIN
BERANCUK
TAK GUNA
KONDOM
KHALAS
Kadar kelahiran Korea Selatan meningkat semula
SEOUL: Kadar kelahiran Korea Selatan meningkat untuk tahun kedua berturut-turut pada 2025, sekali gus menunjukkan tanda bahawa negara yang menghadapi krisis demografi hampir sedekad mungkin sedang mula menunjukkan pemulihan.
Menurut data awal Kementerian Data dan Statistik, kadar kesuburan keseluruhan Korea Selatan, iaitu purata bilangan anak yang dijangka dilahirkan oleh seorang wanita sepanjang hayat reproduktifnya, mencatat 0.80 pada 2025, meningkat daripada 0.75 pada 2024.
Kelahiran baharu di negara Asia itu mula meningkat pada 2024 berikutan lonjakan pasca-pandemik dan disokong oleh dasar kerajaan, selepas lapan tahun berturut-turut mencatat penurunan yang menjadikan negara itu mempunyai kadar kelahiran terendah di dunia pada 0.72 pada 2023.
Terdapat 5.0 kelahiran baharu bagi setiap 1,000 penduduk pada 2025, meningkat daripada 4.7 pada 2024.
Untuk perbandingan, kadar kelahiran di China ialah 5.6 pada tahun lalu, Taiwan 4.6 dan Jepun 5.7 pada 2024, di mana trend masih menurun.
Menurut pegawai di kementerian itu, Park Hyun-jung, kadar pemulihan ini lebih pantas daripada unjuran optimistik kerajaan iaitu 0.75 pada 2025 dan 0.80 pada 2026, yang meramalkan kadar kesuburan keseluruhan akan melebihi 1.0 seorang wanita menjelang 2031.
"Perkahwinan yang biasanya menjadi petunjuk awal kelahiran dengan tempoh masa satu hingga dua tahun, meningkat 8.1 peratus pada 2025, selepas mencatat lonjakan terbesar pernah direkodkan sebanyak 14.8 peratus pada 2024," katanya.
Beliau turut menyatakan peningkatan bilangan individu berusia 30-an, iaitu golongan utama yang berkahwin dan mempunyai anak serta perubahan sikap sosial.
Peningkatan paling ketara dalam kelahiran baharu berlaku di ibu kota, dengan kadar kesuburan Seoul mencatat 0.63, meningkat 8.9 peratus daripada 0.58 pada 2024, walaupun masih terendah di negara itu.
Bagaimanapun Profesor Sosiologi di Universiti Hallym, Shin Kyung-ah, berkata data itu perlu dikaji lebih lanjut kerana kesan statistik seperti perubahan komposisi penduduk turut menyumbang kepada peningkatan.
"Namun ia bermakna sebagai petunjuk yang menunjukkan perubahan positif, sekurang-kurangnya secara tidak langsung, akan membantu orang menjadi lebih positif untuk mempunyai anak," katanya.
Dalam tinjauan kerajaan dua tahun sekali pada 2024, 52.5 peratus rakyat Korea Selatan menyatakan pandangan positif terhadap perkahwinan, meningkat daripada 50.1 peratus pada 2022.
Purata bilangan anak yang diingini ialah 1.89.
Tahun lalu, kelahiran baharu meningkat 6.8 peratus kepada 254,457, kenaikan peratus terbesar sejak 2007, manakala kematian meningkat 1.3 peratus kepada 363,389, menjadikan populasi menyusut secara semula jadi untuk tahun keenam berturut-turut.
Sebelum ini, media melaporkan pentadbiran Presiden Lee Jae Myung merancang menyediakan pelan dasar lima tahun tahun ini bagi menangani perubahan demografi, berikutan kebimbangan terhadap kejutan ekonomi akibat populasi yang menua dengan cepat.
Ia juga bercadang memperluas sokongan dasar yang dilaksanakan untuk kelahiran dan memperkenalkan langkah menarik pekerja asing mahir bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja.
Beliau turut menggesa kerjasama serantau mengenai perubahan demografi dan mencadangkan pada sidang kemuncak Asia-Pacific Economic Cooperation tahun lalu untuk menganjurkan forum dasar penduduk pertama kumpulan itu di Korea Selatan tahun ini.
Populasi Korea Selatan sebanyak 51.8 juta dijangka menyusut hampir satu pertiga kepada 36.2 juta menjelang 2072, menurut unjuran kerajaan terkini pada 2022.
MAFIA SEMPADAN MULA MENGGANAS
INI JENAYAH
MAFIA
DI RANCANG
AMIN
INI MAFIA
SEMPADAN
NIAGA SELUDUP
MANUSIA
AMIN
DI KL ADA
MAFIA KORPORAT
NIAGA
DI BURSA SAHAM
KHALAS
Peluru lintas muka Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, brek mengejut selamatkan nyawa
BUKIT KAYU HITAM: Satu daripada dua das tembakan yang dilepaskan ke arah kenderaan dipandu Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam nyaris terkena muka pegawai kanan itu.
Tembakan dilepaskan ke arah tingkap pemandu yang terbuka sebelum menembusi pintu kiri kenderaan Proton X70 yang dipandu Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, berkata kejadian berlaku ketika kenderaan utiliti sukan (SUV) itu sedang bergerak menghala ke Masjid Al Muhajirin awal pagi tadi.
Brek sebabkan tembakan tersasar
Ketika tembakan pertama dilepaskan, Mohd Nasaruddin sempat mengambil tindakan membrek kenderaan yang dipandunya itu menyebabkan tembakan itu tersasar.
"Tembakan pertama terkena pintu belakang kanan Proton X70 dipandu mangsa manakala tembakan kedua melintasi muka mangsa yang ketika itu membuka tingkap kenderaan.
"Mungkin disebabkan terkejut dengan tembakan pertama, beliau sempat membrek kenderaan yang menyebabkan pelurunya tersasar dan terkena pintu belakang," katanya pada sidang media di lokasi kejadian di sini hari ini.
Adzli berkata, susulan daripada itu, pihaknya melakukan Ops Tutup termasuk di sempadan Kota Putra, Durian Burung di Padang Terap untuk mengesan suspek.
Siasatan lanjut sedang dilakukan termasuk mengesan kelongsong peluru di tempat kejadian dan suspek dipercayai menggunakan senjata jenis separa automatik.
Pasukan K-9 di lokasi
Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian mendapati, pasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah serta Unit Anjing Pengesan (K-9) berada di lokasi sedang melakukan pemeriksaan.
Media sebelum ini melaporkan, kenderaan Proton X70 yang dinaiki Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam dipercayai ditembak dengan dua das tembakan awal pagi tadi.
Bagaimanapun dalam kejadian jam 5.40 pagi itu, Mohd Nasaruddin terselamat daripada terkena peluru selepas tembakan dilepaskan suspek tidak dikenali.
Kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 kerana melepaskan tembakan daripada senjata api dengan niat hendak menyebabkan kematian atau kecederaan kepada seseorang walaupun tiada kecederaan berlaku.
PETANG INI
PETANG INI
LEPAS JAM TIGA PETANG
HUJAN MULA TURUN
TIDAK LEBAT
TAPI MEMBASAHI
GURUH BERDENTAM DENTUM
TAK TAK KETAKUTAN
MENYOROK DALAM BILIK GELAP
HUJAN BAWA SEJUK
ALAM MEMBANTU PUASA PETANG INI
KALAU HUJAN BERHENTI
PASTI BAZAR RAMADAN
JADI RANCAK
JIKA HANYA GURUH BERBUNYI
TAPI AIR TAK TURUN
PASTI CUACA SEJUK INI
MENJEMPUT RAMAI
PELANGGAN KE BAZAR
LUMAYANLAH
HENDAKNYA PERNIAGAAN
PAK CIK MAK CIK KAKAK ABANG
DI BAZAR RAMADAN
PETANG INI GUA BERBUKA
SEPERTI BIASA
TOURJOUR LE MEME CHOOSE
BAK KATA ORANG BELGIUM
TAPI BUAH KUNDANG DAH LEMBIK
BUAH DUKU MASIH OK
MALAM KEMARIN
GUA MAKAN CAPATI
DI MAMAK CAFE
SAMBIL BUAT CERITA DARI BRICKFEILD
INI BARU BETUL
CERITA DARI BRICKFEILD DI RAKAM
DI BRICKFEILD
MUDAH ENTENG DAN SANTAI
MALAM INI
GUA MUNGKIN MAKAN
DI WARUNG TOMYAM
BELAKANG YMCA BRICKFEILD
GUA PELANGGAN TETAP
GUA BAWA IKAN
GUA BAWA UDANG
GUA BAWA SOTONG
GUA BAWA CENDAWAN
MINTA DI MASAKAN
GUA WAJIB BAYAR HARGA MEMASAK
IKAN UDANG SOTONG
GUA BELI DI CHOW KIT
GUA TAK BANYAK MODAL
INI CARA B40
GUA HARAP DALAM MASA
TIGA JAM RENYAI AKAN KERING
MALAAM SEJUK SANTAI
JAP LAGI GUA WAJIB
BAWA TAK TAK KE HOKKIEN
SELAMAT BERBUKA PUASA
SELAMAT BERSAHUR
AMIN
GUNA AZAM BIN BAKI UNTUK HASUT ORANG RAMAI
GUNAKAN
AZAM BIN BAKI
UNTUK
HASUT RAKYAT
BENCI KEPADA
ANWAR
BIN IBRAHIM
AMIN
MACAM KITA GUNA
JO LO UNTUK NAJIB
KHALAS
Unknown commented on
"YB PKR BERONTAK LAWAN
ANWAR BIN IBRAHIM"
Tunggu lah sekejap, Anwar Ibrahim dah memikirkan semua nanti dia tukar orang, kepala lain masuk nanti, Ketua Pengarah ini akan diberikan taraf Menteri pulak, ini semuanya biasa berlaku jangan risau jangan gundah gulana woit kah kah kah sabar apapun duit sara RM 100 dah masuk pergi shopping sekejap dahulu nanti banyak lagi.akan masuk sebelum hari raya Aidilfitri kah kah kah
Unknown commented on
"TENDANG KELUAR AZAM BIN BAKI"
Wei sekejap cakap jangan buang,. sekejap lagi cakap buang, mana satu ini? Kan dia modal ampuh untuk kita? Tak banyak modal nak lawan Madafaka? Stokin tidak berjaya, kandang babi pun hampir tidak berjaya, sekarang pakai kuil haram rasa macam tidak berjaya juga? Jadi simpan modal ini dahulu nanti.tak.ada.modal untuk perniagaan pilihanraya woit kah kah kah
JANGAN JAGA BURIT DAN KOTE ORANG LAIN
JANGAN JAGA
BURIT & KOTE
ORANG LAIN
AMIN
BUAT KERJA AMAL
SEPERTI BERI MAKAN WARGA MISKIN KOTA
KHALAS
Unknown commented on
"JABATAN AGAMA ISLAM
BUAT KERJA TAK BERFAEDAH"
Setengah atau majoriti memang minat kerja-kerja jaga kain orang, kain sendiri terselak nampak aurat kah kah kah, ini kerja berkebun ini sejak kemunculan Adam Hawa, tak payah risau, tak payah menjadi penjaga moral orang, jaga moral sendiri,
itulah masalahnya kalau terlalu ramai diambil bekerja dengan kerajaan, entah bagaimana semua kerja-kerja campur aduk tetapi kerja dakyah lupa buat kah kah kah
BATALKAN PERJANJIAN ANWAR-TRUMP
INI WATAK
BUDAK SURUHAN
AMERIKA YG SETIA
AMIN
INI PERANGAI
ZIONIS TEMPATAN
AMIN
KHALAS
'Mengapa terburu-buru?' Anwar bin Ibrahim tolak desakan batal perjanjian ANWAR-TRUMP selepas tarif Trump diisytihar haram
Anwar bin Ibrahim menolak desakan supaya menarik diri daripada Perjanjian ANWAR -TRUMP yang ditandatangani dengan Washington pada Oktober lalu, walaupun Mahkamah Agung Amerika Syarikat baru-baru ini mengisytiharkan langkah Presiden Donald Trump mengenakan tarif sebagai tidak sah.
Pendirian itu diambil ketika Trump mengeluarkan amaran baharu kepada negara yang mahu membatalkan perjanjian perdagangan mereka dengan AS, dengan mengancam akan mengenakan tarif lebih tinggi.
Berucap di Dewan Rakyat, Anwar berkata beliau mengambil pendekatan tunggu dan lihat, iaitu sikap yang berbeza daripada tindakan beberapa negara lain, termasuk Kesatuan Eropah dan India, yang sebelum ini mengumumkan untuk menggantung atau menangguhkan rancangan memuktamadkan perjanjian dengan Washington.
Anwar menganggap keputusan muktamad mengenai penguatkuasaan tarif terletak pada Kongres AS meskipun keputusan mahkamah tertinggi negara itu, sambil menambah beliau tidak akan bertindak "terburu-buru" dalam perkara tersebut.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, mengingatkan Anwar tentang konsep pengasingan kuasa yang diamalkan di AS, sambil menambah keputusan Mahkamah Agung itu dengan jelas menyatakan langkah Trump mengenakan tarif di seluruh dunia adalah tidak sah.
"Di Malaysia, kita ada undang-undang kontrak. Dalam undang-undang kontrak Malaysia yang dibuat oleh Parlimen ini, apabila perjanjian itu tidak sah dari segi undang-undang, maka ia dianggap tidak sah secara semula jadi," kata ahli Parlimen PKR itu, antara yang paling lantang mengkritik perjanjian perdagangan tersebut yang disifatkannya "menggadai kedaulatan" kerana komitmen Malaysia menawarkan pelbagai konsesi kepada AS yang mencecah nilai RM1 trilion.
Hassan mencabar Anwar dan kerajaan supaya menamatkan perjanjian itu untuk menyelamatkan negara.
Dalam jawapannya, Anwar berkata kerajaan tidak akan bertindak "terburu-buru", mengulangi pendiriannya bahawa isu itu masih belum muktamad walaupun dengan keputusan mahkamah tertinggi AS.
"Mengapa kita nak terburu-buru? Kerana Mahkamah Agung Amerika putuskan tiga hari lalu, hari ini kita kena putus ikut keputusan Mahkamah Agung? Saya tidak setuju," katanya.
"Kerana apa pun keputusan kita buat hari ini, mungkin boleh macam bunyi gegak gempita, hebat. Tetapi apa risikonya kepada ekonomi negara?"
Penasihat DAP, Lim Guan Eng, pula bangun memuji cara China berdepan tarif AS, sambil berkata Beijing "berani melawan pembuli".
"Pendekatan ke depan, adakah kita tidak akan menandatangani sebarang persetujuan dengan AS kerana keadaan yang amat kabur sekarang?
"Dan adakah Malaysia akan mengambil pendekatan di mana kita tidak akan dibuli atau ditekan dan dihimpit oleh taktik-taktik yang kurang munasabah oleh AS?" soal Lim.
Anwar berkata keputusan tarif oleh Mahkamah Agung AS lebih ditujukan kepada kebimbangan syarikat di negara itu, sambil menambah ia tidak memberikan kesan besar kepada syarikat Malaysia.
Lebih 300 laporan polis
Dalam keputusan majoriti 6-3 pada Jumaat, Mahkamah Agung AS mendapati Trump telah melanggar undang-undang persekutuan apabila menggunakan kuasa daruratnya untuk secara unilateral mengenakan tarif di seluruh dunia.
Susulan itu, Trump menyerang barisan hakim, malah sekali lagi menggunakan kuasa darurat yang sama untuk memperkenalkan tarif baharu 15% ke atas semua rakan dagang.
Kes yang dibicarakan mahkamah itu berkisar cukai import diumumkan Trump tahun lalu ke atas barangan dari hampir setiap negara yang menjadi rakan dagangnya.
Trump kemudian menawarkan akan menurunkan kadar tarif sekiranya negara-negara terbabit bersetuju menandatangani perjanjian dagang yang berat sebelah dan menguntungkan Washington, sama seperti yang ditandatangani Anwar.
Anwar sebelum ini tegas mempertahankan perjanjian tersebut sebagai kaedah memujuk Washington mengurangkan tarif perdagangan Trump, daripada 25% yang diumumkan tahun lalu kepada 19%, susulan persetujuan Malaysia untuk memberikan pelbagai konsesi.
Anwar_Trump_graphic_MnowButiran perjanjian AS-Malaysia itu hanya diketahui umum selepas ia diterbitkan di laman web rasmi White House beberapa jam selepas ditandatangani Anwar dan Trump ketika hadir di Sidang Kemuncak Asean pada 26 Oktober.
Pelbagai pihak menyifatkan perjanjian itu sebagai sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin sebelum ini, di mana seorang pakar ekonomi tempatan menggelarnya "langkah ke belakang yang mengejutkan" yang menyerahkan autonomi perdagangan Malaysia "sebagai pertukaran mendapatkan konsesi yang tidak seberapa".
Pelbagai pihak menyifatkan perjanjian itu sebagai sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin sebelum ini, dengan seorang pakar ekonomi tempatan menggelarnya sebagai "langkah ke belakang yang mengejutkan" yang menyerahkan autonomi perdagangan Malaysia "sebagai pertukaran mendapatkan konsesi yang tidak seberapa".
Mereka berkata perjanjian itu sarat dengan klausa yang mewajibkan Malaysia mematuhi kepentingan geopolitik AS, selain syarat yang berat sebelah dan menguntungkan ekonomi Washington.
Perjanjian tersebut mencetuskan lebih 300 laporan polis di seluruh negara, termasuk yang difailkan oleh Dr Mahathir Mohamad pada 2 Disember, yang menggesa pihak berkuasa menyiasat Anwar dan semua yang terlibat dalam rundingan sehingga menyebabkan sabotaj ekonomi dan menjejaskan kedaulatan negara.
Antara yang membantah keras perjanjian itu termasuk bekas peguam negara Tommy Thomas, yang baru-baru ini mengulangi gesaan supaya Putrajaya membatalkan perjanjian tersebut.
Thomas turut menyelar semua pihak yang terlibat dalam rundingan berkenaan perjanjian itu – dari Pejabat Perdana Menteri hingga Jabatan Peguam Negara – "langsung tidak berunding".
"AS menunjukkan drafnya. Kemudian, ia ditandatangani tanpa soal oleh Anwar, yang memperagakan pen Trump dan menaiki kereta Trump," katanya, merujuk kepada hadiah pen Rumah Putih daripada Trump kepada Anwar sejurus selepas menandatangani perjanjian itu.
Langgan:
Ulasan (Atom)








.jpeg)