Rabu, 18 Februari 2026

TAHUN LALU IRAN DAH BERI AMARAN


SETAHUN DULU

IRAN DAH BERI

AMARAN

AMIN

PENCERAHAN SELAT HORMUZ


PENCERAHAN

SELAT HORMUZ

AMIN

AYATOLAH KHAMENEI TIDAK GENTAR


AYATOLLAH KHAMENEI

TIDAK GENTAR

KHALAS

HENTIKAN DESAK AZAM BIN BAKI LETAK JAWATAN


HENTIKAN DESAK

AZAM BIN BAKI

LETAK JAWATAN

KHALAS

MUHYIDDIN -- HAMZAH MENANG PRU16 DULU.


WOIT

KAH AH KAH

MUHYIDIN

BIJAK PUTAR

KAH KAH KAH

BUKAN GADUH

NAK LAWAN MADANI

KAH KAH KAH

PUNCANYA  SEBENAR

MUHYIDIN & HAMZAH

GADUH BEREBUT

NAK JADI PM

KAH KAH KAH

MUHYIDIN ADA KES

RASUAH

 TELO KENA PEGANG

AMIN

TAK NAK LAWAN

ANWAR

BIN IBRAHIM

AMIN

TOLAK MUHYIDIN

PN AKAN SELAMAT

KHALAS


Muhyiddin jelaskan sebab pemecatan pimpinan BERSATU

KUALA LUMPUR: BERSATU menegaskan pemecatan pemimpin kanan parti termasuk, Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin bukan diputuskan secara sewenang-wenangnya, kata Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya, beliau berkata pelbagai usaha sudah dilakukan untuk mencari perdamaian dan menyelamatkan parti menerusi siri pertemuan dan perbincangan dengan pihak terbabit.

Namun, katanya, usaha berkenaan tidak berhasil, malah ada segelintir pihak yang secara berterusan melakukan sabotaj terhadap parti, bertujuan memecah-belahkan BERSATU dan menggagalkan matlamat perjuangan parti.

"Sebagai Presiden dan pengasas parti BERSATU, saya bertanggungjawab memastikan parti terus kukuh dan berada di atas landasan perjuangan sebenar.

"Saya dan ramai lagi yang terbabit dalam perjuangan parti BERSATU sejak awal tidak rela melihat parti ini dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.

"Selama beberapa tahun saya mengambil sikap yang berhemah dalam menghadapi pelbagai bentuk sabotaj dalaman serta tekanan demi tekanan dari dalam parti sendiri.

"Saya juga sudah memberikan tempat dalam barisan kepimpinan parti kepada pihak yang saya tahu menentang saya," katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, tindakan disiplin adalah sebahagian daripada mekanisme yang ada di dalam perlembagaan parti untuk memastikan BERSATU terus stabil dan kukuh.

BERSATU semalam, dilaporkan memecat 17 ahlinya membabitkan beberapa pemimpin Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu, termasuk empat Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Mereka ialah Timbalan Presiden merangkap Ahli Parlimen Larut dan Ketua Pembangkan Parlimen, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad; Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hasan; Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob.

ADUN Sungai Manik merangkap Ahli MPT, Datuk Zainol Fadzi Paharudin; ADUN Bemban merangkap Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub dan Setiausaha BERSATU Sabah merangkap Ketua BERSATU Libaran, Yunus Nurdin.

Selain itu, Ketua BERSATU Teluk Intan Kamaruddin Majid; Ahmad Ishak (Gopeng); Mohd Hassundi Hamzah (Larut) dan Mhod Yunus Mhd Yusop (Tapah); Ahmad Nasir Mid (Selayang); Datuk Zulkifli Bujang (Johor Bahru); Ramlan Meon (Tangga Batu) dan Datuk Abdul Aziz Ismail (Dungun).

Turut dipecat ialah Ketua Srikandi Muda BERSATU Sabah, Nabila Norsahar dan Ketua Penerangan BERSATU Hulu Langat, Mohamad Shafiq Abdul Halim.

Keahlian mereka dipecat kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan BERSATU, selain berhak mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat berkenaan dikemukakan.

Muhyiddin ketika mengulas pelantikan pemimpin tidak memihak kepadanya menjelaskan, pihaknya bersangka baik demi memastikan BERSATU terus bersatu-padu, kukuh dan dapat menjayakan tujuan dan matlamat perjuangan parti.

Malangnya, Ahli Parlimen Pagoh itu menegaskan, usaha berkenaan tidak dihargai kelompok terbabit, selain tindakan bercanggah perlembagaan dan disiplin parti dilakukan secara berterusan.

Keadaan itu, katanya, akan merosakkan BERSATU dan mengecewakan ahli yang setia dengan perjuangan parti, jika perbuatan kelompok terbabit dibiarkan berterusan berlaku.

"Justeru, saya dan rakan dalam barisan kepimpinan BERSATU bertekad, sudah tiba masanya proses disiplin parti yang termaktub dalam perlembagaan BERSATU hendaklah diambil untuk menyelamatkan parti.

"Ini adalah antara tindakan perlu diambil dan pilihan terbaik ketika ini dalam usaha memulihkan perpaduan dan menyelamatkan parti," katanya.



ZIONIS KAWAL MAKANAN DUNIA


ZIONIS JAHAT

HENRY KESSINGER

PERNAH BERKATA :

SAPA DAPAT KAWAL

MAKANAN AKAN

KAWAL DUNIA

AMIN


UPM perlu tingkatkan program pengembangan demi keterjaminan makanan negara

KETERJAMINAN makanan semakin menjadi isu kritikal di Malaysia. Krisis bekalan beras, manipulasi kartel, tekanan daripada negara pengeksport, serta cabaran teknologi baharu dalam pertanian menuntut tindakan segera. Dalam konteks ini, Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai universiti penyelidikan utama dalam bidang pertanian mesti kembali memperkasakan program pengembangan yang pernah menjadi tonggak sejarahnya. Tumpuan khusus kepada bidang keterjaminan makanan mesti jelas dengan kepakaran, teknologi dan tindakan yang sistematik.

Krisis Beras dan Cabaran Teknologi

Malaysia berdepan masalah bekalan beras yang tidak menentu. Kawasan jelapang padi utama seperti Lembah Muda (Kedah/Perlis), Dataran Kelantan (Kemubu), Kerian (Perak), dan Barat Laut Selangor (termasuk Sekincan) perlu diberi perhatian menyeluruh dari aspek teknologi, ekonomi, dan budaya. Kawasan ini sudah dilengkapi sistem pengairan sistematik, namun pengeluaran mesti terus diperkasakan.

Isu manipulasi kartel beras tempatan dan import, had pengeluaran oleh negara pengeksport, serta tekanan harga global menjejaskan kestabilan bekalan beras negara. Pada masa sama, sektor pertanian berdepan cabaran teknologi baharu: penyediaan tapak lestari, benih yang berkualiti dan tahan penyakit, pengurusan air, pencemaran alam sekitar, serta kemunculan perosak yang semakin sukar dikawal. Semua ini menuntut penyelesaian segera dan bersepadu.

Peranan Sejarah UPM

UPM mempunyai sejarah panjang dalam melahirkan pakar pengembangan pertanian yang menjadi tulang belakang pembangunan desa. Pada era 1970-an hingga 1990-an, graduan UPM memainkan peranan penting dalam program MADA, KADA dan FELDA. Mereka membantu petani meningkatkan hasil padi dan kelapa sawit melalui latihan lapangan, teknologi benih, serta sistem pengairan moden.

UPM tidak sekadar melakar pelan induk, tetapi turun ke lapangan untuk menjayakan pelan tersebut. Kini, apabila negara berdepan kemelut keterjaminan makanan, sudah tiba masanya UPM mengaktifkan semula program pengembangan lama dengan pendekatan baharu. Program pengembangan bukan sekadar penyelidikan di makmal, tetapi melibatkan turun padang bersama petani. Latihan lapangan yang melibatkan pelajar bersama petani selama satu semester boleh dijadikan model baharu. Dengan bimbingan pakar, pelajar memperoleh pengalaman praktikal sambil membantu petani secara langsung.

Integrasi Teknologi Baharu

UPM mempunyai kepakaran pelbagai disiplin: sains asas, pendidikan, kemanusiaan, pertanian, kecerdasan buatan (AI), dan Internet of Things (IoT). Integrasi teknologi ini boleh menghasilkan sistem pintar untuk pertanian, seperti sensor IoT bagi memantau kelembapan tanah, AI untuk ramalan hasil tanaman dan pengesanan awal perosak, serta teknologi benih baharu yang tahan iklim dan penyakit.

Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuh penyelidikan, tetapi juga memberi latihan pendidikan yang lebih efektif kepada petani. Kajian agresif mesti dilakukan dengan cepat. Malaysia tidak boleh bergantung kepada kajian jangka panjang semata-mata kerana cabaran keterjaminan makanan semakin mendesak. UPM perlu merekrut kepakaran baharu, memperkukuh jaringan dengan agensi kerajaan, dan menggerakkan program pengembangan secara sistematik.

Bangkit Semula Demi Negara

Keterjaminan makanan adalah isu keselamatan negara. UPM sebagai universiti pertanian terkemuka mesti kembali ke akar sejarahnya dengan memperkasakan program pengembangan melibatkan seluruh tenaga akademik dan pelajar. Dengan kepakaran pelbagai disiplin dan integrasi teknologi moden, UPM mampu menjadi peneraju dalam memastikan bekalan beras negara yang cukup, berkualiti, dan mampu milik.

Program pengembangan yang aktif bukan sahaja membantu petani, tetapi juga melahirkan graduan yang memahami realiti lapangan. Sejarah kejayaan UPM bersama MADA, KADA dan FELDA membuktikan bahawa pendekatan pengembangan mampu mengubah landskap pertanian negara. Kini, tiba masanya UPM bangkit semula, demi menjamin keterjaminan makanan dan masa depan Malaysia.— BebasNews

KITA DI ASEAN SESAMA BERPUASA KHAMIS ESOK !!!


PUASA DI ASEAN

TAHUN

INI SERENTAK

AMIN

TAK HURU

HARA MACAM 

DULU DULU

AMIN

PUASA SAMA

RAYA PUN

WAJIB SAMA

AMIN

Singapura, Indonesia, Kemboja berpuasa mulai esok


SINGAPURA: Umat Islam di Singapura, Indonesia dan Kemboja akan mula berpuasa mulai esok.

Mufti Singapura, Dr Nazirudin Mohd Nasir, berkata mengikut kiraan hisab, anak bulan Ramadan tidak berada di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang Selasa kerana bulan telah terbenam 4 minit lebih awal daripada matahari.

Nazirudin berkata Rabu melengkapkan bulan Syaaban selama 30 hari.

"Sehubungan itu, sukacita saya mengisytiharkan bahawa awal bulan Ramadan bagi tahun 1447H jatuh pada lusa, Khamis, bersamaan 19 Februari 2026," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mufti itu turut mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh masyarakat Islam di Singapura.

"Marilah kita merebut peluang ini untuk menjadi Muslim yang lebih cemerlang dengan ketekunan beribadah dan juga dengan kesyukuran, keihsanan, kesopanan dan kesantunan dalam urusan sesama kita," tambah beliau.

Di INDONESIA, Menteri Hal Ehwal Agama Nasaruddin Umar mengumumkan bahawa keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Isbat yang diadakan pada Selasa (17 Februari) bagi menentukan tarikh permulaan Ramadan.

Ia dilakukan dengan mengambil kira perhitungan astronomi (hisab) dan cerapan anak bulan yang disahkan pegawai di 96 lokasi cerapan di seluruh negara.

"Justeru, berdasarkan perhitungan astronomi dan tiada laporan nampak anak bulan, 1 Ramadan jatuh pada Khamis, 19 Februari," katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi akaun YouTube Kementerian Hal Ehwal Agama.

Isbat ialah forum rasmi kerajaan bagi mengesahkan permulaan bulan-bulan Islam. Sesi itu diadakan di Auditorium Rasjidi, bangunan Kementerian Hal Ehwal Agama dan dipengerusikan oleh Nasaruddin.

Peserta termasuk wakil pertubuhan Islam, kedutaan negara majoriti Islam, Majlis Ulama Indonesia, Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), pakar falak, anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) serta wakil Mahkamah Agung.

Sementara itu, Majlis Tertinggi Hal Ehwal Agama Islam Kemboja turut mengumumkan pada Selasa bahawa umat Islam di negara itu akan mula berpuasa pada Khamis.

Terdapat lebih 800,000 umat Islam atau kira-kira lima peratus daripada 17 juta penduduk Kemboja yang majoritinya beragama Buddha.

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA BANGLADESH


SELAMAT MAJU

JAYA KEPADA

BANGLADESH

AMIN

BANGLADESH

BANTU 

MALAYSIA DENGAN

TENAGA KERJA

AMIN

BANGLA BERJAYA

KITA IKUT SAMA

GUMBIRA

KHALAS


Tarique Rahman angkat sumpah Perdana Menteri Bangladesh


DHAKA: Pemimpin Parti Nasionalis Bangladesh  (BNP), Tarique Rahman, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada Selasa, sekali gus menandakan perubahan politik penting di negara Asia Selatan itu.

Rahman, 60, yang juga anak bekas Perdana Menteri, Khaleda Zia dan Presiden Ziaur Rahman yang dibunuh, mengambil alih jawatan selepas parti beliau mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya Parlimen.

Beliau menghadapi pelbagai cabaran termasuk memulihkan kestabilan politik, membina semula keyakinan pelabur dan menghidupkan semula industri utama seperti sektor pakaian.

Negara Asia Selatan itu kini perlu bangkit kembali selepas selepas kekacauan susulan pemberontakan ditunjangi generasi Z yang menumbangkan kerajaan dikuasai Liga Awami pimpinan Sheikh Hasina pada 2024.

Pentadbiran sementara di bawah pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Muhammad Yunus, kemudian mentadbir negara sepanjang tempoh peralihan sehingga pilihan raya umum (PRU).

Berbeza daripada tradisi, majlis angkat sumpah terbuka diadakan di South Plaza, Parlimen Bangladesh, bukan di Bangabhaban, kediaman rasmi presiden.

Presiden Mohammed Shahabuddin menyempurnakan majlis ketika Rahman dan 49 anggota majlis menteri mengangkat sumpah di hadapan tokoh politik kanan, diplomat, pegawai awam dan tentera serta wakil beberapa negara termasuk China, India dan Pakistan.

Kerajaan baharu itu merangkumi menteri kanan dan junior, gabungan pemimpin berpengalaman BNP dan muka baharu, mencerminkan usaha untuk mengimbangi pengalaman politik dengan kepakaran teknokrat.

Kerajaan baharu itu kini menumpukan kepada pemulihan ekonomi, undang-undang dan ketenteraman, serta reformasi tadbir urus.

Bekas Menteri Perdagangan, Amir Khasru Mahmud Chowdhury dilantik sebagai Menteri Kewangan, manakala Khalilur Rahman, yang sebelum ini menjadi penasihat keselamatan negara dalam kerajaan sementara, dilantik sebagai Menteri Luar.

BNP pimpinan Rahman memperoleh majoriti dua pertiga yang kukuh, kembali berkuasa selepas hampir dua dekad.

Parti Islam, Jamaat-e-Islami, yang menyertai pilihan raya buat pertama kali sejak larangan ke atas mereka ditarik balik pada 2013 selepas kejatuhan Hasina, memenangi 68 kerusi. Ia rekod tertinggi kerusi pernah dimenangi parti terbabit.

Parti Awami League pimpinan Hasina diharamkan daripada bertanding selepas pendaftarannya dibatalkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Jamaat dan sekutunya termasuk National Citizen Party (NCP), diketuai aktivis belia yang memainkan peranan penting dalam gerakan menumbangkan Hasina, akan membentuk kumpulan pembangkang.

Bagaimanapun, parti Jamaat dan NCP tidak menghadiri majlis berkenaan sebagai protes selepas parti ditunjangi Rahman menolak permintaan kerajaan sementara supaya ahli Parlimennya mengangkat sumpah tambahan di bawah cadangan 'Majlis Reformasi Perlembagaan'.

Majlis itu bertujuan meminda Perlembagaan selepas referendum yang diadakan serentak dengan PRU.

Pelantikan Rahman menandakan penghujung perjalanan politik panjang dan bergelora.

Beliau kembali ke Bangladesh tahun lalu selepas 17 tahun mengasingkan diri di London, namun kembali pulang ke tanah air sebelum ibunya meninggal dunia.

Dalam kenyataan pertamanya selepas pilihan raya, Rahman menggesa ketenangan dan kawalan diri.

"Keamanan, undang-undang dan ketenteraman mesti dikekalkan dalam apa jua keadaan ... Kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang kekacauan," katanya. - REUTERS

IRAN MENANGKAP AGEN MOSSAD


OPERASI TANGKAP

GEMPUR MUSNAH

AGEN MOSSAD

KHALAS

ISHAM RAIS MEREDAH SEMUA LORONG


PENGHASUT

ISHAM RAIS

ADA YOUTUBE

ADA INSTA

ADA TIK TOK

ADA PODCAST

SILA TEROKA

KHALAS


Unknown commented on
 "BLOG MENGHASUT"

mustahi pakai cokian boleh buat blog.. boleh tengok utube, boleh main tiktok, boleh buat podkas...

ini semua propa...

kah kah kah

TAK NAMPAK ANAK BULAN

ANAK BULAN

TIDAK DILIHAT

AMIN

PUASA ESOK

KHALAS


Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Khamis ini
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Khamis, 19 Feb, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Syed Danial berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Pada 12 Feb lepas, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerusi satu kenyataan menetapkan hari ini bersamaan dengan 29 Syaaban 1447 Hijrah untuk melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa buat umat Islam di Malaysia.

Proses melihat anak bulan Ramadan pada petang hari ini melibatkan 29 lokasi di seluruh negara antaranya di Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka; Menara Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Turut menjadi tempat cerapan anak bulan ialah Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan, serta Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor. Bernama


IRAN SIAP MENUNGGU


IRAN TAK TAKUT

SEDANG MENUNGGU

AMIN

AGONG TERUS MENYERANG !!!


AGONG TERUS

MENYERANG

 RASUAH

AMIN

 SEBAGAI PM

ANWAR 

BIN IBRAHIM

WAJIB 

PERTAHANKAN

AZAM BIN BAKI

AMIN

JIKA TIDAK

INI ADALAH

HARI HARI

AKHIR UNTUK

AZAM BIN BAKI

KHALAS





Usaha perangi rasuah perlu dilaksana tanpa kompromi – Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan usaha memerangi rasuah perlu dilaksanakan tanpa kompromi di semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Johor.

Seri Paduka Baginda bertitah bahawa integriti dan ketelusan pentadbiran merupakan asas penting dalam memastikan kesejahteraan serta kemakmuran negeri terus terpelihara.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, amanat berkenaan disampaikan ketika Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir di Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini.

Turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang Datin Paduka Hazlina Jalil dan Pengarah Tanah dan Galian Johor Mohammed Shakib Ali.

Dalam pertemuan selama hampir dua jam itu, Sultan Ibrahim turut dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa serta kemajuan pesat dicapai Johor oleh Onn Hafiz. – BERNAMA

TOLONG JANGAN GANGGU AZAM BAKI


JANGAN GANGGU

AZAM BIN BAKI

AMIN

DIA  GIGIH 

MELAWAN RASUAH

KHALAS