Ahad, 15 Februari 2026
PANDANGAN KADIR YASIN
BERSATU PECAH
KERANA
MUHYIDIN YASIN
NAK JADI PM
TAPI MALAS
MENYUSUN RAKYAT
MALAS SUSUN DEMO
AMIN
PRU16
PASTI KALAH
KHALAS
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), buat masa ini, lebih sesuai dipanggil parti pecah belah dan pecat ahli.
Pada hari Jumaat, 13 Februari, parti tiga puak itu, menurut pelbagai laporan media massa, telah memecat 17 orang ahli kanan, termasuk Timbalan Presiden, Hamzah Zainudin.
Tiga puak dalam parti itu adalah ahli asal diketuai Mahiaddin bin Md Yasin aka Muhyiddin Yassin, feksyen Hamzah dari Umno yang masuk selepas Pilihan Raya Umum 2018 dan feksyen PKR yang dipimpin oleh Mohd Azmin Ali yang masuk pada tahun 2020.
Selain Hamzah, yang dipecat termasuklah Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob; Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hasan; Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.
Hendak mudah cakap, mereka dibuang kerana tidak sebulu dengan Mahiaddin dan feksyennya. Mahiaddin masih disokong oleh puak Azmin.
Bekas Perdana Menteri tebuk atap itu menggunakan kaedah yang dipraktikkan oleh Mohd Najib Abdul Razak bagi menyingkirkan beliau (Mahiaddin) daripada Umno pada tahun 2016 kerana bertanya mengenai skandal 1MDB.
Sudahlah ahli BERSATU tidak banyak mana, sikit-sikit gantung dan pecat. Jadi apa yang tinggal?
Saya tidak terkejut dengan pembuangan besar-besaran ini. Mahiaddin nampak baik dan warak, tetapi hati beliau keras dan beliau ada angin.
Kalau ikut amalan parti itu, saya pun kena pecat juga. Dalam bulan Ogos 2020, setelah berjaya mengetui gerakan tebuk atap “Sheraton Move”, BERSATU membuang ratusan ahil yang tidak menyokong usul keluar Pakatan Harapan (PH).
Nama saya termasuk dalam senarai ahli yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia sebagai “terkeluar” daripada daftar ahli. Bagaimana pun, sebelum tersiar iklan itu, saya telah mengemukakan surat penarikan diri.
Saya kenal Mahiaddin lama juga dan agak rapat apabila beliau ditukar daripada Menteri Besar Johor kepada Menteri Belia dan Sukan tahun 1995. Jadi saya tidak terkejut sangat dengan “bloodbath” dalam BERSATU sekarang.
Dengan mengurangkan feksyen dalam BERSATU daripada tiga kepada dua, lebih mudahlah Mahiaddin mengukuhkan kepresidenannya. Tetapi pada masa yang sama, kurang jugalah peluang beliau memenuhi cita-cita tinggi kembali jadi Perdana Menteri.
Sebelum pemecatan Hamzah pun, Mahiaddin bukan lagi pilihan utama Perikatan Nasional (PN) sebagai calon Perdana Menteri. Hamzah dikatakan mendahului.
Tetapi dengan penecatan daripada BERSATU, Hamzah pun, rasanya, bukan “front runner” lagi.
Lebih masuk akal kalau kepimpinan PAS, sebagai rakan kongsi terbesar Perikatan Nasional (PN), memikirkan calon daripada parti mereka sendiri. PAS ada ramai ulama, ilmuan dan ahli profesional.
Hamzah dan bekas pemimpin BERSATU yang kena pecat boleh tubuh parti baru atau, berfikir secara serius, menyertai PAS seperti dilakukan oleh Shahidan Kassim dan Anuar Musa setelah dipecat daripada Umno pada tahun 2022.
Dalam jangka masa singkat, kalau hasrat perpaduan Melayu masih relaven, PAS, sebagai parti Melayu-Islam terbesar, wajar mencari rakan baru atau, lebih afdal, bertindak sebagai penyatu. Ia tidak boleh berharap dan bergantung kepada BERSATU lagi.
Sekian. Terima kasih.
A Kadir Jasin,
BEKAS Ketua Pengarang NST.
BERITA BAIK UNTUK MALAYSIA NOW !!!
BILA TIK TOK
DI SEKAT
BILA BLOG
DITUTUP
INI AMAT BAIK
AMIN
INI TANDA
KERJA YANG DIBUAT
MENUSUK JANTUNG
MUSUH
AMIN
KALAU MUSUH
TAK AMBIL POT
ERTINYA APA
YANG DIBUAT
HAMPEH SIA SIA
KHALAS
MARI SOKONG GUAN ENG
GUAN ENG
TIBAI AZAM BAKI
JIKA TIDAK DAP
MACAM PKR
AKAN HILANG
SOKONGAN
KHALAS
EPSTEIN IALAH AGEN MOSSAD
EPSTEIN IALAH
AGEN MOSSAD
AMIN
NAMA-NAMA PEMIMPIN
DUNIA YG TERSENARAI DALAM
FAIL EPSTEIN ADALAH
ZIONIS ATAU
PRO ISRAEL
KHALAS
BLOOMBERG LANCAR PROJEK REGIME CHANGE
BLOOMBERG
LANCAR PROJEK
REGIME CHANGE
KHALAS
MUSUH UTAMA KITA ANWAR BIN IBRAHIM
MUSUH UTAMA
ANWAR
BIN IBRAHIM
AMIN
DUIT MEDIUM
UNTUK
BELI KUASA
KHALAS
PETANG INI DI SOGO DEMO TIBAI ANWAR BIN IBRAHIM
PETANG INI
DI SOGO
DEMO TIBAI
MADAFAKA
ANWAR
BIN IBRAHIM
KHALAS
Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberikan sokongan padu terhadap Azam Baki susulan skandal kedua melibatkan pegangan saham ketua pesuruhjaya SPRM itu - malah tidak membuat keputusan sama ada dia perlu direhatkan atau tidak.
Keadaan ini berbeza empat tahun lalu.
Pada 12 Januari 2022, Anwar, Lim Guan Eng (DAP), Mohamad Sabu (Amanah) dan Wilfred Mangius Tanggau (Upko) mengeluarkan kenyataan bersama yang menuntut Azam dan dua individu lain digantung bagi membolehkan siasatan bebas dilakukan berikutan skandal pemilikan saham.
Dua individu itu ialah Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM, Abu Zahar Ujang dan Borhan Dolah, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan, Borhan Dolah.
Ini kerana Abu Zahar mempertahankan Azam dalam skandal tersebut, manakala Borhan dilaporkan enggan mengambil sebarang tindakan.
Pada penghujung 2021, Ketua Pesuruhjaya SPRM itu menjadi tumpuan berikutan pemilikan 1,930,000 saham dalam Gets Global Berhad (sebelumnya KBES Berhad) pada 30 April 2015, bernilai kira-kira RM772,000 pada waktu itu.
Pegangan sahamnya dalam Gets Global Berhad menurun kepada 1,029,500 pada 31 Mac 2016, bernilai kira-kira RM340,000. Dia juga memegang 2,156,000 waran dalam Excel Force MSC Berhad pada Mac 2016.
Pengisytiharan itu mencetuskan siasatan Suruhanjaya Sekuriti yang akhirnya mendapati tiada bukti perdagangan proksi kerana Azam mempunyai “kawalan” terhadap akaun dagangannya sendiri.
Anwar dan tiga pemimpin PH lain ketika itu berkata dalam kenyataan mereka bahawa jelas SPRM atau badan penasihat SPRM tidak boleh menyiasat Ketua Pesuruhjaya sendiri, dan siasatan oleh badan bebas yang tiada kaitan dengan SPRM amat diperlukan.
Mereka juga menuntut satu sesi khas Parlimen diadakan untuk membahaskan perkara itu.
Kini, Azam kembali menjadi tumpuan selepas Bloomberg dan Malaysiakini melaporkan secara berasingan bahawa ketua badan antirasuah itu memiliki saham besar dalam dua syarikat yang didakwa melebihi had yang dibenarkan bagi penjawat awam.
Saham Velocity Capital Partner dipercayai dibeli sekitar RM1.5 juta, manakala saham Awanbiru dianggarkan bernilai antara RM1.24 juta hingga RM1.38 juta pada suatu ketika.
Walaupun perdagangan saham oleh penjawat awam tidak menyalahi undang-undang, Pekeliling Pengurusan Tatakelakuan dan Disiplin Pegawai Awam 2024 menetapkan penjawat awam tidak dibenarkan membeli saham melebihi lima peratus daripada modal berbayar atau RM100,000 pada nilai semasa.
Selain itu, laporan Bloomberg mendakwa SPRM bersekongkol dengan ahli perniagaan — tindakan yang didakwa diketahui oleh Azam dan disokong olehnya.
Kabinet Anwar bertindak menubuhkan jawatankuasa khas tiga anggota — diketuai oleh Peguam Negara Dusuki Mokhtar untuk menyiasat isu pegangan saham tersebut.
Ahli Parlimen dari PKR, DAP dan PAS mengkritik jawatankuasa itu kerana dikatakan kurang bebas, sambil menekankan potensi konflik kepentingan apabila Peguam Negara juga menjadi penyiasat.
Kerajaan juga digesa memperluas skop siasatan untuk merangkumi dakwaan pakatan sulit pihak terlibat.
Sementara itu, pada jam 4 petang hari ini, satu perhimpunan akan diadakan di Sogo, Kuala Lumpur bagi mendesak kerajaan bertindak berhubung skandal membabitkan Azam.






