Khamis, 26 Februari 2026

ANWAR BIN IBRAHIM TAKUT PECAT RAFIZI


ANWAR 

BIN IBRAHIM

TAKUT PECAT RIFIZI

KAH KAH KAH

KHALAS

DEMI NEGARA RAFIZI WAJIB PIMPIN PKR


RAFIZI RAMLY

WAJIB PEMIMPIN PKR

DEMI NEGARA

AMIN

PIJAK QURAN UNTUK KONTENT ?


HANYA SATU

NAK TANYA

AMIN

APAKAH INI

NAK BUAT KONTEN

ATAU 

PROJEK

DAULAH 

TERPENDAM

UNTUK PRU 16

AMIN

DUIT MASJID

PUN KENA CURI

AMIN

INI MACAM

KES TAHUN 2024

BUANG BANGKAI

BABI DALAM

KAWASAN MASJID

KHALAS



Waytha Moorthy kecam remaja muat naik gambar pijak al-Quran

Presiden Parti Kemajuan Malaysia (MAP) P Waytha Moorthy memandang serius insiden tular melibatkan seorang remaja yang memuat naik gambar memijak al-Quran baru-baru ini. 

Dia menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak beradab, tidak bermoral, dan memerlukan tindakan tegas daripada pihak berkuasa.

Menurut Waytha, tindakan menghina kitab suci mana-mana agama bukan sahaja melukakan hati penganutnya, malah bertentangan dengan nilai kemanusiaan sejagat yang menekankan aspek hormat-menghormati dan kasih sayang.

"MAP dan Hindraf ingin menegaskan bahawa semua agama mengajar umatnya supaya menghormati kepercayaan orang lain dan menjauhi perbuatan yang boleh menimbulkan kebencian atau perpecahan.

"Oleh itu, perbuatan menghina kitab suci al-Quran adalah sesuatu yang harus ditolak oleh seluruh masyarakat," katanya yang juga pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf).

Terdahulu seorang penuntut sebuah universiti tempatan di Pahang direman empat hari bagi membantu siasatan susulan kes muat naik gambar kontroversi itu.

Dia dilapor ditahan selepas bapa suspek membuat laporan polis berkaitan tindakan anaknya yang berusia 21 tahun, selepas mereka datang ke balai untuk memohon maaf.

Kes disiasat bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan atas melukakan perasaan agama, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga setahun dan didenda atau kedua-dua sekali.

Sementara itu, remaja itu juga memohon maaf secara terbuka di media sosial susulan tindakannya itu dan mengakui ia kesilapan besar, tidak beradab dan tidak menghormati kesucian agama Islam.

Dalam kenyataan hari ini, Waytha Moorthy berkata seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama perlu memahami kepentingan bulan Ramadan kepada umat Islam yang sedang menunaikan ibadah puasa.

Dia menyeru masyarakat agar terus memupuk semangat saling menghormati serta menjaga tutur kata dan tindakan bagi mengekalkan suasana aman dan damai.

"Dengan menghormati agama dan kepercayaan antara satu sama lain, kita dapat terus memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian yang menjadi asas kekuatan negara kita," kata bekas menteri perpaduan itu.

DEMO TURUN TURUN TURUN


TURUN TURUN

SEMUA DI JEMPUT

TURUN

AMIN

DEMO DAKWA

AZAM BIN BAKI

KHALAS


'Cukup-cukuplah' - Persatuan Teoh Beng Hock seru sertai demo bantah Azam

Pemimpin Persatuan Teoh Beng Hock Untuk Kemajuan Demokrasi akan menyertai demonstrasi pada esok hari bagi membantah Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki di luar ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.

Merujuk kematian Teoh, bekas pembantu politik DAP, serta penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed, pengerusi persatuan itu Koong Hui Yein mendakwa kini golongan ahli perniagaan pula menjadi sasaran SPRM.

Ini susulan laporan Bloomberg yang mendakwa SPRM, termasuk pegawai kanan, bersekongkol dengan tokoh perniagaan tertentu bagi menyingkirkan pesaing dan merancang pengambilalihan korporat.

“Cukup-cukuplah. Rakyat Malaysia mesti bersatu untuk berkata ‘tidak’ kepada SPRM yang beroperasi mengatasi undang-undang tanpa akauntabiliti.

“Kita mesti beritahu Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa pelanggar undang-undang perlu berdepan tindakan perundangan dan reformasi SPRM tidak boleh ditangguh lagi,” tambah Koong dalam kenyataan.

Dia menggesa orang ramai menyertai himpunan bagi menyampaikan mesej tegas kepada kerajaan.

“Kami menuntut penamatan penyeksaan terhadap rakyat Malaysia yang tidak bersalah dan mematuhi undang-undang atas alasan siasatan,” katanya lagi.

Walaupun SPRM berulang kali menafikan dakwaan “mafia korporat”, pelbagai pihak termasuk DAP mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat perkara itu.

Kerajaan turut menubuhkan pasukan petugas berasingan diketuai Peguam Negara Dusuki Mokhtar bagi menyiasat pegangan saham Azam.

Ketua pesuruhjaya SPRM itu menafikan sebarang salah laku manakala suruhanjaya berkenaan menegaskan ia menjadi sasaran kempen memburukkan reputasi yang disengajakan.

Himpunan esok diterajui ahli perniagaan Albert Tei yang mendedahkan skandal perlombongan di Sabah serta aktivis Lee Wai Hong.

Ketika PH pimpinan Anwar berada di blok pembangkang, mereka turut menyertai himpunan serupa menentang Azam berhubung skandal pegangan saham terdahulu.

Namun, selepas menjadi perdana menteri, Anwar memperbaharui tempoh perkhidmatan Azam sebanyak tiga kali dengan alasan ketua SPRM itu berani menangani kes rasuah berprofil tinggi.

Pengkritik pula menuduh perdana menteri mengikut jejak langkah pendahulunya, dengan SPRM didakwa diperalat terhadap seteru politik manakala sekutu dilindungi.


RUU AKAN BUNGKUS JIKA TIDAK DI BAIKI


UNDANG-UNDANG

INI PASTI TAK

LULUS JIKA

TAK DI BAIKI

AMIN

10 YB PKR

TAK SOKONG

AMIN

CAMPUR  YB PN

PASTI  BUNGKUS

KHALAS


𝐑𝐔𝐔 𝐏𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚

𝐀𝐆-𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐰𝐚 𝐑𝐚𝐲𝐚, 𝐏𝐍

𝐃𝐞𝐬𝐚𝐤 𝐑𝐔𝐔 𝐃𝐢𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐁𝐚𝐥𝐢𝐤

𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧

PARLIMEN | 26 Feb 26 – Rang Undang-Undang (RUU) pemisahan Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang digembar-gemburkan sebagai langkah reformasi institusi kini dipersoalkan apabila didakwa tidak menghapuskan kuasa mutlak, sebaliknya hanya memindahkannya kepada jawatan baharu.

Dalam sidang media Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), mendedahkan bahawa pindaan terhadap Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan bukanlah reformasi substantif.

“Tapi dengan pindaan yang dibuat, ianya hanya merupakan satu perkara yang disebut sekarang ini, copy and paste. Kata YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Ketua Whip Ahli Parlimen PN.

Tambah Takiyuddin, sebelum ini di bawah Perkara 145(3), Peguam Negara mempunyai budi bicara mutlak untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan sesuatu prosiding jenayah. Kuasa itu lama menjadi kritikan masyarakat sivil kerana terlalu luas dan tidak tertakluk kepada semak dan imbang yang jelas.

“Kalau kita lihat dalam rang undang-undang ini, perkara yang saya sebutkan tadi, Ada dalam perkara 145 (3) ini, telah dipotong (deleted) 145 ini. Jadi kita ingat telah selesailah potong kuasa AG ini, tetapi ianya digantikan dengan word by word, kalau sebelum ini kuasa peguam negara, sekarang ini kuasa pendakwa raya. Ujarnya.

Namun menurutnya, walaupun peruntukan asal dipotong, kandungan kuasa yang sama dimasukkan semula dalam peruntukan baharu, yang kini diberikan kepada Pendakwa Raya. Teksnya didakwa hampir seratus peratus sama, sekaligus ia menimbulkan persoalan.

“Adakah ini benar-benar reformasi, atau sekadar pertukaran nama pemegang kuasa? Ujarnya.

Lebih membimbangkan, pembangkang menegaskan bahawa kuasa tersebut masih bersifat mutlak tanpa akauntabiliti yang jelas kepada Parlimen atau mana-mana badan pengawasan. Berbeza dengan menteri kabinet yang bertanggungjawab kepada Parlimen, Pendakwa Raya tidak tertakluk kepada mekanisme pertanggungjawaban yang setara.

Keputusan untuk mendakwa atau memberhentikan kes juga didakwa tidak boleh dicabar melalui semakan kehakiman, menjadikannya bersifat tidak boleh dipersoalkan di mahkamah.

Sehubungan itu, pembangkang menuntut agar RUU tersebut dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang baharu dan bersifat rentas parti, melibatkan kerajaan, pembangkang serta pihak berkepentingan termasuk NGO dan pakar perundangan.

“Jadi oleh sebab itulah kita mencadangkan supaya isu berkaitan dengan pemisahan mewujudkan jawatan pendakwa raya ini dirujuk kepada jatuh kuasa pilihan khas parlimen rentas parti.

“Rentas parti, bukan yang biasa. Yang melibatkan perkara yang besar ini, yang melibatkan pembangkang, melibatkan pihak kerajaan, mungkin melibatkan pihak-pihak luar, NGO-NGO dan sebagainya dipanggil. Katanya.

PN juga mencadangkan supaya kuasa Pendakwa Raya dibuka kepada semakan kehakiman sebagai satu mekanisme semak dan imbang yang lebih kukuh.

“Dan kita juga mahu kalau boleh sebagai satu check and balance, semak dan imbang, kuasa pendakwa raya ini boleh disemak oleh mahkamah melalui semakan kehakiman ataupun judicial review.

“Sekarang ini apa saja yang dibuat oleh pendakwa raya tidak boleh dicabar di mahkamah. Tambah beliau.

Sehubungan itu, pembangkang menggesa agar RUU ini ditarik daripada bacaan kali kedua dan diteliti semula secara menyeluruh, bagi memastikan reformasi institusi yang dijanjikan benar-benar membawa perubahan struktur, bukan sekadar perubahan kosmetik. @politiko.my

PETANG INI


PETANG INI

PUASA HARI INI
DIBANTU OLEH ALAM

PAGI REDUP MENDUNG
TENGAH HARI PANAS MANJA
PETANG HUJAN LARI

BUMI SEJUK DAN SANTAI
PASTI PENIAGA BAZAR RAMADAN
MENUAI LUMAYAN PETANG INI

GUA BERBUKA
SEPERTI BIASA
ORANG BELGIUM KATA
RIEN SPECIALE

MALAM INI  GUA NAK MAKAN
TOSEH  DAN TELOR MATA
 DI MAMAK CAFE
BRICKFEILD

SELAMAT BERBUKA 

SCAM BULAN PUASA


KETIKA BERAMAL

BERI SEDEKAH

HATI HATI

AMIN

JANGAN KENA

SCAM BULAN PUASA

KHALAS


Berhati-hati, penipuan dalam talian semakin banyak ketika Ramadan - Lam Thye


KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan lebih berwaspada terhadap peningkatan kes penipuan dalam talian sepanjang Ramadan terutama membabitkan jual beli barangan Aidilfitri serta kutipan derma palsu.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Lee Lam Thye, berkata peningkatan aktiviti pembelian menjelang Aidilfitri sekali gus membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan terhadap pengguna.

"Pelbagai jenis penipuan wujud khususnya ketika Ramadan dengan menyasarkan individu tidak mempunyai pengetahuan mengenai jenayah dalam talian.

"Apatah lagi Ramadan bulan simbolik persiapan baju raya, biskut dan sebagainya mendorong orang ramai untuk berbelanja sewenang-wenangnya.

"Kesempatan ini boleh membuka ruang perlakuan jenayah dalam talian yang mana pesanan dibuat tetapi barang tidak sampai kepada pembeli," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Lam Thye berkata, orang ramai juga perlu berhati-hati dengan promosi yang dilakukan atas nama jualan raya yang sering mengaburi mata pembeli sehingga terperangkap dalam jenayah penipuan dalam talian.

Kutipan derma haram turut meningkat pada Ramadan

"Selain daripada jenayah penipuan jualan dalam talian, antara jenayah lain yang sering kali disasarkan dalam Ramadan ialah membuat kutipan derma yang kemudiannya diselewengkan.

"Akaun-akaun yang meminta derma atas nama bulan Ramadan tetapi sebenarnya ialah akaun yang menipu dan cuba mengambil kesempatan atas kebaikan hati orang Islam.

"Pelbagai cara lagi boleh dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memperdayakan orang yang gemar menderma," katanya.

Orang ramai perlu sentiasa berwaspada dan mempercayai naluri sekiranya timbul sebarang keraguan dalam sesuatu urusan.

"Jika terdapat unsur mencurigakan, jangan teruskan transaksi. Sikap berhati-hati mampu mengelakkan kita menjadi mangsa penipuan," katanya.

Katanya, Ramadan seharusnya menjadi bulan yang mendidik umat Islam supaya lebih sabar, berhemah dan bijak membuat keputusan termasuk dalam urusan digital.

"Hanya dengan meningkatkan kesedaran dan kewaspadaan, kita dapat menutup ruang kepada penipu maya untuk melaksanakan modus operandi mereka," katanya

PRU 16 TAHUN INI - TUNTUTAN DAP


DAP MAHU PRU16

SERENTAK 

TAHUN INI

 IKUT

PRN MELAKA

AMIN

BURU BEDIL MAFIA KORPORAT


BURU BEDIL

MAFIA KORPORAT

KHALAS



NILAI DIRI SENDIRI DULU


BRO

LU BETUL

NILAI 

DIRI SENDIRI DULU

KHALAS

Unknown commented on 
"TANGKAP AZAM BIN BAKI"

Setiap hari sembahyang, setiap masa mencari syurga, setiap ketika laksanakan amanah agama tetapi pelik juga asyik mengumpat, keji orang, fitnah, hasut orang semuanya dikira halal atau haram TT?

Sebab itulah orang-orang kita tidak pernah dihormati pun oleh sesiapa, lama kelamaan orang lain mengetahui sifat-sifat perangai buruk pada kita semua, malah yang bergelar ustaz, bergelar bijak pandai pun sama dua kali lima jugak kah kah kah, 

kalau banding dengan orang lain mereka lebih suka berdiam diri, walaupun macam-macam alasan dikenakan terhadap mereka, sebagai rahmat bulan Ramadan ini sama-sama kita melakukan perubahan pada diri sendiri dahulu amin amin amin

CALON PM-11


CALON 

PERDANA MENTERI

AMIN



BURU BEDIL MAFIA KORPORAT


BURU BEDIL

MAFIA KORPORAT

KHALAS

Unknown commented on 
"TANGKAP AZAM BIN BAKI"

Yang buat, yang siasat, yang dakwa yang menghukum semua boleh dipercayai tak? RCI ini satu bentuk kelewatan, kah kah kah, dilewatkan dilambatkan dipanjangkan semuanya mencari masa tambahan, boleh berubah-ubah? Lihat saja kes Bossku dan isteri tercinta? Berapa tahun dah? 

Proses mahkamah digunakan untuk melambangkan semua,pakai kopiah, pakai jubah, terpaling hebat pakai kerusi roda, tetiba jatuh, tetiba patah kaki, tetiba jatuh sakit kah kah kah semuanya plot cerita Tamil, diketahui pun dibiarkan, lama-lama hanya menjadi kenangan lama, 

dan orang-orang kita bijak, berduit ramai peguam, sengaja dolak dalik sampai nak tukar hakim, nak tukar pendakwa, semuanya nak tukar ikut kesesuaian sendiri kah kah kah, kalau curi roti susu makanan maggie terus penjara 6 bulan kah kah kah syukur alhamdulillah TT masih ada untuk menghasut

PROJEK HUMBANKAN ANWAR BIN IBRAHIM


HUMBANKAN

ANWAR 

BIN IBRAHIM INI

PROJEK INDUK 

BARISAN BERSATU

KHALAS