Jumaat, 20 Februari 2026

PERANG RAMADAN SEKALI LAGI ?


PERANG RAMADAN

SEKALI LAGI?

AMIN 

BILA NAK BOM BOM TEL AVIV


BILA NAK

BOM BOM TEL AVIV

AMIN 

AZAM BIN BAKI TERUSKAN BERTUGAS


ADALAH SILAP

TUNTUT REHATKAN

AZAM BIN BAKI

KHALAS

HANYA ADA SATU JAWABAN

HANYA ADA

SATU JAWABAN

KHALAS




Skandal Azam: Gilirannya bila, soal bekas menteri selepas polis UK tangkap adik Raja Charles


Penahanan adik Raja Charles di United Kingdom semalam membangkitkan persoalan sejauh mana prinsip kedaulatan undang-undang memberi kesan kepada tokoh berpengaruh di Malaysia, ketika Perdana Menteri Anwar Ibrahim terus mempertahankan Azam Baki susulan pendedahan Bloomberg yang mengaitkan ketua badan anti-rasuah itu dengan sekumpulan penyangak dikenali sebagai "mafia korporat".

Seorang bekas menteri membuat perbandingan dengan ketiadaan siasatan serius melibatkan agensi penguatkuasaan terhadap Azam, yang kekal menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan sokongan Anwar.

Peguam dan bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim, memberikan reaksinya selepas berita penangkapan adik Raja Charles, Andrew Mountbatten-Windsor, antara bakal pewaris takhta Britain, susulan pendedahan mengenai kaitannya dengan pesalah seks Amerika Syarikat, Jeffrey Epstein.

Penangkapan salah seorang kerabat diraja paling kanan di Britain itu jarang berlaku dan disifatkan sebagai bukti kedaulatan undang-undang ditegakkan, ketika tindakan serupa gagal diambil terhadap pemimpin politik dan hartawan yang pernah rapat dengan pesalah pedofilia itu seperti didedahkan oleh fail Epstein baru-baru ini.

Zaid melahirkan harapan Malaysia juga akan ditadbir "suatu hari nanti" berlandaskan kedaulatan undang-undang.

"Ianya apabila anggota keluarga diraja boleh ditangkap dan disiasat kerana salah guna jawatan awam," katanya.

"Setakat ini, kita masih tertanya-tanya sama ada sebuah badan bebas boleh menyiasat ketua sebuah agensi penyiasatan yang paling berkuasa."

Minggu lalu, Bloomberg melaporkan dua pendedahan mengenai kekayaan luar biasa Azam di samping butiran mengejutkan yang mengaitkan beliau dengan sekumpulan individu penyangak.

Pada 12 Februari, ia menerbitkan laporan penyiasatan mengenai Azam, di mana saksi dan mangsa menceritakan bagaimana pegawai SPRM bersekongkol dengan "mafia korporat" untuk mengambil alih secara paksa pemilikan syarikat awam tersenarai.

Laporan itu menyusuli pendedahan sebelumnya bahawa Azam memiliki berjuta-juta saham syarikat tersenarai bernilai kira-kira RM800,000, sekaligus melanggar pekeliling kerajaan yang melarang penjawat awam daripada pegangan sedemikian.

Sehingga kini, Anwar dan Azam menolak gesaan supaya Azam melepaskan jawatannya dan disiasat melalui saluran biasa.

Sebaliknya, polis mengumumkan siasatan dibuka ke atas Bloomberg atas dakwaan fitnah.

Kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar untuk menyiasat dakwaan mengenai Azam – langkah yang hanya mengundang lebih banyak kritikan terhadap cara Anwar menguruskan isu tersebut.

'Maharaja dah bogel'

Semalam, seorang lagi bekas menteri melancarkan serangan tajam terhadap cara Anwar menangani skandal melibatkan Azam, selepas tular klip perdana menteri memarahi seorang wartawan yang bertanyakan mengenai jawatan Azam di SPRM susulan pendedahan Bloomberg.

"Orang yang buat kerja, nak pecah pasal apa? Ini satu penyakit. Orang buat kerja, you (awak) maki pasal apa? Salah," kata Anwar, yang telah melanjutkan tempoh perkhidmatan Azam sebanyak tiga kali.

"Apakah jenis respons itu?" kata Khairy Jamaluddin dalam episod terbaru podcast Keluar Sekejap.

"Seorang perdana menteri tak boleh jawab begitu. Isu ini, sama ada betul atau tidak, tuduhannya adalah serius. Tuduhannya berkaitan integriti agensi yang menjaga integriti negara. Jadi kamu tak boleh tolak macam itu."

Khairy berkata ia seolah-olah perdana menteri mencadangkan seseorang bebas melakukan jenayah asalkan "rajin buat kerja".

Beliau turut bersetuju dengan cadangan rakannya Shahril Hamdan yang mengingatkan perdana menteri dan penyokongnya supaya tidak terus membutakan mata terhadap pengkritik, menyifatkannya seperti apa yang berlaku dalam kisah maharaja tanpa pakaian.

"Dalam hal ini, dia beginilah, 'maharaja dah bogel'. Maharaja dah bogel, tetapi pengampu di sekeliling maharaja terlalu takut untuk sebut bahawa 'tuanku sedang bogel'," kata Khairy.

Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail mempersoalkan sama ada wujud "konflik kepentingan atau jaringan pengaruh korporat" melibatkan mereka yang berkuasa seperti dilaporkan Bloomberg.

"Isu ini bukan soal politik. Ini soal maruah institusi dan integriti negara. Rakyat Malaysia mengetahui kebenaran," tambahnya

SPRM BUAT LAWAK BERDIRI



SPRM BUAT

LAWAK BERDIRI

KAH KAH KAH

PELIK MELIK

SAPA YANG

BUAT LAWAK INI

KAH KAH KAH

TAK ADA NAMA

TAKDA PANGKAT

AMIN

AZAM BIN BAKI

ILANG DIMANA?

KAH KAH KAH

KHALAS 

SPRM beri tumpuan buru ejen, pelobi selain penguat kuasa korup

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan tahun ini siasatan akan lebih memberi tumpuan kepada ejen berbanding memburu penguat kuasa yang korup.

Ia termasuklah orang tengah dan juga pelobi-pelobi yang dikenal pasti memberi rasuah kepada pegawai penguat kuasa.

Golongan berkenaan akan ditahan dan pastinya tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka.

“Ejen yang bertindak sebagai perantara bagi mengatur atau menyamarkan transaksi menggunakan akaun keldai iaitu akaun bank milik individu lain yang dipinjam atau dijual bagi tujuan memindahkan wang suapan sering kali menggunakan modus operandi ini bagi mengaburi pihak berkuasa,” kata SPRM dalam kenyataan.

Begitupun penglibatan individu sebagai perantara atau pemilik akaun yang membenarkan akaunnya digunakan bagi tujuan rasuah juga merupakan satu kesalahan serius di sisi undang-undang.

Baru-baru ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut menzahirkan amaran tegas lebih ramai individu berada dalam ‘radar’ baginda dalam misi memerangi rasuah tanpa kompromi di semua jabatan dan agensi kerajaan.

Tambah baginda, memerangi rasuah tidak hanya bertumpu pada segelintir jabatan atau mereka yang memberi dan menerima, malah turut meliputi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pelbagai lagi.

Sultan Ibrahim bertitah, usaha membanteras rasuah tidak boleh bersifat kosmetik atau sekadar retorik kerana tiada sesiapa yang boleh terlepas daripada undang-undang.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM,  Ahmad Khusairi Yahaya berkata, SPRM komited untuk terus mempergiatkan usaha penguatkuasaan dan pencegahan secara bersepadu bagi memastikan budaya integriti terus diperkukuh serta mesej jelas disampaikan rasuah dalam apa jua bentuk termasuk melalui orang tengah tidak akan sesekali ditoleransi. – 

SAMAN SAMPAI BUNTING


SAMAN JANGAN

TAK SAMAN

AMIN

SAMAN SAMPAI

BUNTING MINUM

AIR MAHKAMAH

KHALAS


Rafizi nafi terbabit kes rasuah RM2.5 bilion


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi,  Rafizi Ramli, menafikan beliau terbabit dalam kes rasuah berjumlah RM2.5 bilion membabitkan penganugerahan kontrak kepada sebuah syarikat yang berkaitan dirinya.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan, berkata tuduhan itu adalah fitnah yang dijaja oleh pempengaruh Ariz Ramli, lebih dikenali sebagai Caprice.

Beliau dipercayai merujuk kepada projek Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) membabitkan pelaburan RM2.5 bilion oleh UEM Lestra.

"Saya dituduh menganugerahkan kontrak kepada sebuah syarikat yang kononnya berkait dengan saya...ini jadi satu lagi bahan fitnah dijaja oleh Caprice dan diulang oleh ceplos-ceplos kononnya Rafizi terbabit kes rasuah RM2.5 bilion," katanya.

Klip video penjelasan bekas Timbalan Presiden PKR itu dimuatnaik semula oleh Caprice di laman sosial Instagramnya, hari ini.

Sebelum ini, Rafizi memperincikan bahawa pelaburan RM2.5 bilion oleh UEM Lestra dalam projek NETR adalah inisiatif pihak swasta sepenuhnya dan tidak membabitkan dana awam atau perolehan kerajaan.

Beliau dilaporkan turut menafikan dakwaan pembabitan kepentingan peribadi dalam projek tersebut dan menyifatkan serangan pempengaruh media sosial sebagai fitnah terancang.

Ahli Parlimen Pandan itu juga menuduh Caprice, menghasilkan kandungan yang mendakwa bahawa beliau telah menganugerahkan projek UEM Lestra kepada sebuah syarikat yang mana Rafizi mempunyai kepentingan.

Dalam pada itu, Rafizi dijadual akan menjawab secara terperinci dua tuduhan salah laku yang dikaitkan dengan dirinya itu dalam program audio siar 'Yang Berhenti Menteri' (YBM) 10 malam ini.

Sementara itu, Caprice melalui komen dalam video yang dimuatnaik semula itu mempersoalkan semula tuduhan yang dibuat Rafizi terhadap dirinya.

"Salam Ramadan Rafizi, kalau nak 'twist' tunggu lah selepas bulan puasa... sejak bila cap tuduh Raf terbabit kes rasuah RM2.5 billion?? tuduhan berat ni," katanya.

Caprice dijadual mengadakan sidang akhbar jam 4 petang ini untuk menjawab dakwaan Rafizi itu.

SINGAPURA IALAH ISRAEL DI BUMI MELAYU


WARGA SINGAPURA

JADI SOLDADU

ISRAEL

AMIN

INI TIDAK PELIK

KERANA 

SINGAPURA

IALAH ISRAEL

DI BUMI MELAYU

KHALAS 


Pihak berkuasa Singapura tiada maklumat rakyatnya bertempur untuk IDF di Gaza

SINGAPURA: Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura menyatakan bahawa ia tidak mempunyai maklumat berhubung dakwaan bahawa dua rakyat Singapura terbabit dalam pertempuran sebagai sebahagian daripada Pasukan Pertahanan Israel (IDF), lapor media tempatan.

Kementerian itu mengambil maklum mengenai laporan media asing yang mendakwa dua rakyat Singapura adalah antara individu yang bertempur untuk IDF di Gaza.

"MHA tidak mempunyai sebarang maklumat berasas ketika ini bahawa mana-mana rakyat Singapura sedang atau pernah bertempur sebagai sebahagian daripada IDF," kata kementerian itu seperti yang dilaporkan oleh The Straits Times (ST) pada Khamis.

MHA berkata demikian bagi menjawab pertanyaan daripada ST berhubung laporan pada 11 Februari yang diterbitkan oleh saluran kewartawanan penyiasatan British, Declassified UK.

Laporan itu menyatakan bahawa dua pemegang pasport Singapura antara mereka yang dikenal pasti - seorang dilaporkan warganegara Singapura yang turut memegang kerakyatan Israel, manakala seorang lagi dikatakan memiliki pelbagai kewarganegaraaan.

Bagaimanapun, laporan itu tidak memperincikan peranan yang didakwa dipikul oleh rakyat Singapura berkenaan atau tempoh penglibatan mereka.



PERJUANGAN


PERJUANGAN


BERAT BADAN DI RAKAM
RABU  18 FEBUARI 2026
SEHARI SEBELUM PUASA
AMIN
SEBULAN  PUASA
AKAN  BERJUANG
UNTUK BUANG 5 KILO
AMIN

LANGKAH TEPAT DARI RAFIZI


BILA DI FITNAH

SAMAN JANGAN 

TAK SAMAN

AMIN

JANGAN JADI

AZAM BIN BAKI

MINTA DUIT DARI

BLOOMBERG 

TAPI TAK SAMAN

KHALAS

PKR DAH JADI PARTI KELUARGA RASUAH



PKR

DAH JADI

PARTI KELUARGA

RASUAH

AMIN


Unknown commented on 
"KAPAL PERANG AMERIKA 
TIDAK SELAMAT"

Kah kah kah sudah ada Board Of Peace anjuran Donald Trump, warga Palestin dah minta macam-macam, nak bina perumahan, nak bina sekolah, nak bina hospital, semuanya bawah naungan Amerika, projek Madafaka Madani nak masuk bina semua hancur belaka, isu kalau selesai kurang juga isu cuma tinggal gaduh-gaduh antara kaum sendiri, 

berebut kuasa berebut kerusi berebut jawatan berebut harta, itulah agenda utama sekarang, siapa lebih siapa kurang semuanya ditentukan kepada pemegang kuasa kah kah kah carilah kalau ada stokin, carilah kandang babi, carilah kuil, carilah tokong untuk modal isu, nak bersatu padu kena ikhlas, 

bukan mencari kesalahan orang lain, bukan teropong lubang nikmat Kak Rosmah, kah kah kah hancur demi kebaculan sampai kepada kebodohan yang dibelai selama ini, hampir keseluruhan akan masuk mahkamah kerana rasuah kah kah kah termasuk kayangan jangan lupa SPRM juga kah kah kah mampoos





 

GENG LAMA SEMUA NAK HUMBANKAN ANWAR BIN IBRAHIM


TIM LAMA

SEMUA NAK

HUMBANKAN

ANWAR

BIN IBRAHIM 

AMIN 

Unknown commented on
 "RAFIZI BANGUN MELAWAN"

Orang-orang ini mana pernah susah, asyik bercakap-cakap tetapi tiada tindakan, cakap memang nombor satu, kupasan ayat hujah hebat dalam TikTok saja, nak suruh turun jalanraya mati tak mahu, ingat lagi Tian Chua berguling atas jalan, kena gas pemedih mata, kena air kimia FRU? 

Ada seekor lagi Gopalakrishnan sampai gigit polis, inilah otai otai reformasi yang dilupakan, sekarang geng cium tangan pulak senang lenang woit inilah dunia syukur alhamdulillah kah kah kah

PROJEK TURUN ANWAR MAKIN MEREBAK




PROJEK 

TURUN ANWAR

MAKIN MEREBAK

AMIN 

BLOOMBERG : PROJEK TUMBANGKAN ANWAR


BLOOMBERG:

PROJEK 

TUMBANKAN

ANWAR IBRAHIM


Satu minggu sebelum puasa tahun 2026  negara kita heboh dengan berita rasuah dan salah guna kuasa  Azam bin   Baki. Sosok ini  ialah   Ketua Suruhanjaya Pencacahan Rasuah Malaysia (SPRM ). Malaysia heboh bagai nak rak.  Semuanya berpunca kerana ada laporan berita dari akhbar Bloomberg mengenai Azam bin Baki.

Akhbar Bloomberg  keluaran  syarikat Bloomberg L.P.  Ini  sebuah    syarikat persendirian milik Micheal Bloomberg yang berpusat di New York Amerika.

Syarikat Bloomberg ini  memberi  khidmat kepada pelabur dan ahli  perniagaan di seluruh dunia. Bloomberg  menyediakan laporan yang mendalam melalui Bloomberg.com, Televisyen Bloomberg, Radio Bloomberg dan penerbitan seperti Bloomberg Businessweek.

Hakikatnya bila kita menyebut Bloomberg maka ianya bersangkut paut dengan modal, dolar, ringgit,  untung rugi pelaburan atau  suasana  pelaburan di seluruh dunia.

Untuk kaum pemodal, kaum kapitalis  dan syarikat multinasional Bloomberg ini wajib untuk di baca , di dengar  dan dituntun untuk di jadikan rujukan.

Penganut agama Kristian merujuk kepada kitab Injil. Penganut Hindu merujuk  kepada Bhagavad Gita. Umat Islam merujuk kepada Quran. Manakala kaum kapitalis akan merujuk kepada  pandangan, tulisan dan komentar Bloomberg L.P.

Bila  media kita mengutip dan melaporkan kembali berita Azam bin  Baki dari Bloomberg   ramai bertanya : Betul ke berita ini ... Sahih ke... Fitnah ke  ... berita dari Bloomberg ini.

Pertanyaan  seperti ini tidak betul dan tidak salah. Pada hemat saya pertanyaan yang lebih tepat dan lebih benar ialah : Kenapa Bloomberg melaporkan berita Azam bin Baki Ketua SPRM.

Untuk saya adalah  lebih penting kita menyelongkar dan mengkaji untuk  mengetahui apa latar yang memangkin Bloomberg untuk mengeluarkan laporan  berita Azam bin Baki ini.  

Tujuan akhir ialah saya mahu tahu apa berita di belakang berita. Apa udang di sebalik batu. Buah apa ada  tersorok di dalam guni Bloomberg.

Saya melakukan ini kerana saya telah melihat apa yang telah berlaku hasil  laporan berita Najib bin Razak pada 21 September 2015 oleh akhbar New York Times. Ini ketika Najib masih lagi Perdana Menteri.

Laporan New York Times  tentang Najib dan 1MDB meledak.  Berita awal dari New York Times ini telah menjemput pelbagai  media  dunia  untuk tidak tercicir dalam melaporkan Najib dan 1MDB. Kes 1MDB ini menjadi panas menggelegak satu dunia.

Di Malaysia berita New York Times di bincang bagai nak rak. Pembangkang meloncat mengambur menggunakan berita ini sebagai rujukan sahih bahawa Najib bin Razak telah mencuri duit negara melalui syarikat 1MDB.

Louise Story wartawan  New York Times lebih sebulan tinggal di Malaysia.  Wartawan wanita bernama Louise ini telah menjalankan penyelidikan – menemu bual pelbagai sosok. Malah Louise telah beberapa kali singgah di Old Town Cafe di Brickfeilds bertemu dengan Hishamuddin Rais.

‘ We run the story ...sometime in the fall...’ Ini kata-kata Louise bila saya tanya bila berita ini akan disiar. Maknanya saya wajib menunggu antara empat ke lima bulan sebelum berita ini meledak.

‘ Ada berita bigger than big ... kau  perlu bersedia tentang 1MDB...’ Ini  permintaan saya kepada Sidikin Omar wartawan  Suara Keadilan akhbar resmi Parti Keadilan Rakyat. Saya mahu Suara Keadilan tidak tertinggal.

Pada awalnya saya tidak faham kenapa New York Time menghantar wartawan  berbulan-bulan untuk menyediakan  satu berita. Pikir punya pikir saya merumuskan bahawa  ini adalah Projek Regime Change atau Projek Tukar Kerajaan  dari Amerika.

Kali ini bukan New York Times tapi Bloomberg yang meledakkan berita tentang Azam bin Baki.  Dengan cepat tanpa berfikir panjang saya merumuskan dan menulis dalam Blok Tukar Tiub bahawa ini satu lagi Projek Regime Change. 

Mudah amat mudah untuk saya merumuskan perkara   Azam bin Baki ini.   Azam bin Baki dilaporkan terlibat dengan pembelian saham dan salah guna kuasa.  Dari berita Bloomberg ini dapat di bayangkan Ketua SPRM yang melawan rasuah ini terlibat dalam rasuah.

Malah berita Azam bin Baki ini terlibat dalam aktiviti salah guna kuasa dan  rasuah telah lama berkumandang. Pada  20 Januari 2022 telah diadakan satu tunjuk perasaan menuntut Azam bin Baki meletak jawatan. Demo  di hadapan Parlimen telah  mendengar ucapan Ketua Pembangkang Anwar bin Ibrahim.

Hakikatnya kes rasuah Azam bin Baki ini bukan sesuatu yang baru.

Amat mudah saya merumuskan  bahawa Bloomberg ini sedang menjalankan Projek  Tukar Kerajaan. Saya yakin akhbar  Bloomberg bukan  berkempen melawan rasuah.  Bukan kerana pelanggaran hak asasi manusia. Bloomberg bukan ada sangkut paut dengan Amnesty Internasional. Bukan kerana  demokrasi. Bukan. Bukan. Bukan.

Kalau Bloomberg betul mahu berkempen menentang rasuah atau salah guna  kuasa atau  demokrasi  atau hak asasi manusia : Kenapa Bloomberg tidak melaporkan tentang Muhamad bin Salman dari Saudi  Arabia. MBS ini bukan sahaja  rasuah malah terlibat kes pembunuhan. 

Atau kenapa Bloomberg tidak menulis tentang  rasuah  Presiden Marcos di Filipina   atau  Presiden Prabowo di Jakarta. Kenapa  Bloomberg pilih Azam bin Baki jika tidak kerana ada udang dalam guni.

‘ Ini hujah saya Yang Arif....’

Regime change ialah tukar kerajaan. Azam bin Baki bukan Perdana Menteri.  Regime Change bermakna menukar kerajaan Anwar bin Ibrahim. Walhal  Azam bin Baki hanya pegawai besar dalam kerajaan. Jatuh Azam bin Baki tidak jatuh kerajaan.  


Sabar dulu biar saya  beri pencerahan dengan cahaya yang terang.

Kempen   tukar kerajaan bukan dijalankan dalam seminggu dua. Tidak. Projek ini telah lama di atur. Hanya kita kurang arif dan kurang sedar.

Banyak berita telah muncul dalam Bloomberg sebelum ini. Semuanya menjurus untuk melahirkan naratif bahawa  Anwar bin Ibrahim wajib di ganti.

Anwar bin Ibrahim ini klim sebagai pemimpin berjiwa Islam tetapi untuk Bloomberg ini hanya teater. Maka pada 25 April 2024 meledak berita dari Bloomberg bagaimana  Anwar bin Ibrahim telah bersetuju untuk mendirikan Kasino di  Forest City Johor.  Bloomberg klim mendapat maklumat bahawa persetujuan telah tercapai antara syarikat judi dengan kerajaan Anwar bin Ibrahim. Amin

Bloomberg juga secara konsisten telah menerbitkan berbapa kali tentang ‘perniagaan  jual beli manusia’  - ini bersangkutan dengan  buruh import dari luar negara.

Berita buruh dari Bangladesh ini memperlihatkan  Bloomberg sebagai pejuang buruh. Poodah. Syarikat  Bloomberg L.P ini  penyokong sistem ekonomi kapitalis.  Adalah mustahil  Bloomberg mula berahi menentang  penindasan kaum buruh.

Berita Kasino dan berita pekerja asing  ini adalah  naratif yang di  sebarkan untuk meyakinkan bahawa  projek tukar kerajaan wajib dilakukan.

Bagaimana pula berita Kapal Gelap yang membawa minyak dari  Rusia. Kapal Gelap tanpa tuan ini kemudian menyedut minyak dari kapal Rusia. Minyak ini beralih tangan dan tidak lagi menjadi minyak Rusia yang di sekat penjualannya oleh Amerika.

Ini bukan seludup minyak – tapi alih asal usul minyak. Dikatakan minyak Rusia ini mungkin perjalanan akhir ke India. Dari India minyak ini  beralih tuan untuk di eksport ke Eropah.

Bloomberg telah melaporkan berita Kapal Gelap ini. Malah Anwar bin Ibrahim pernah di tanya wartawan tentang Kapal Gelap ini.  Jawapan mudah dari Anwar bin Ibrahim: Perkara ini berlaku  bukan di perairan Malaysia tapi di laut antarabangsa. 

Berita Kapal Gelap, minyak Rusia dan India ini bukan satu yang baru. India adalah pembeli besar minyak Rusia kerana harga yang murah.

Trump telah menunjukkan rasa marah terhadap perkara ini. Trump telah memberi amaran kepada Perdana Menteri India  jika  pembelian minyak Rusia ini tidak di hentikan maka India akan di kenakan 100% tarif oleh Amerika.

Tup Tup Modi Perdana Menteri India datang mengejut melawat  Kuala Lumpur. Apa perbincangan  empat mata antara Modi dan Anwar bin Ibrahim hanya Guru Nanak yang mengetahui. Atau Bloomberg juga tahu.
Paling menarik ialah berita awal tentang Azam bin Baki ini telah menjemput wartawan tempatan untuk bertanya kepada Anwar bin Ibrahim  - apakah Azam bin Baki akan direhatkan.

‘ Orang buat kerja, you maki buat apa..’ Ini jawapan   Anwar bin Ibrahim  yang di lapor oleh Berita Harian pada 12 Februari 2026.

Jelas Anwar bin Ibrahim terus mempertahankan Azam bin Baki.  Sebenarnya berita awal ialah pancing. Bila Anwar bin Ibrahim mula menangkis maka Bloomberg menerbitkan lagi berita Azam bin Baki.

Kali ini Bloomberg membocorkan  berjela-jela tulisan  dan berita Azam bin Baki dan SPRM. Untuk memberahikan lagi berita ada diselitkan  kesah Mafia Koprat dan pistol di pinggang.

Bila berita ini keluar  Satu Malaysia menjadi gempar sekali lagi.  Labun orang ramai  di kedai  Mamak semakin kuat dan jelas. Orang ramai mula bertanya kenapa Anwar bin Ibrahim terus mempertahankan Azam bin Baki .

Ada apa hubungan sulit Anwar bin Ibrahim dengan sosok yang memiliki hubungan dengan kongsi gelap. Jeng jeng jeng.

Tidak memadai dengan berita pistol dan kongsi gelap. Bloomberg juga  telah menyediakan dokumentari 24 minit : Corruption as Cancer.

Dokumentari ini pasti telah di rancang  berbulan-bualan  lebih awal. Semua di rancang dan di atur dengan teliti untuk melahirkan naratif bahawa Anwar bin Ibrahim perlu di turunkan.

Saya yakin pasti ada banyak lagi udang tersorok dan buntil dan guni Bloomberg. Pasti pendedahan  baru akan keluar terutama jika Azam bin Baki menyaman Bloomberg. Atau Anwar bin Ibrahim membawa Bloomberg ke mahkamah. Kita tunggu dan lihat. Amin. (TT)


TULISAN INI
DISIARKAN JUGA DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI . COM
https://www.malaysiakini.com/columns/768455



 

BURIT DAN KOTAE BUKAN MILIK KERAJAAN


BURIT DAN KOTE

BUKAN MILIK

KERAJAAN

AMIN