Selasa, 17 Februari 2026

PENDATANG HARAM - MASALAH MASA DEPAN


TIBI DAH HAPUS

MUNCUL KEMBALI

DIBAWA OLEH

PENDATANG HARAM

AMIN

DATANG DENGAN

HALAL ADA SURAT KESIHATAN

AMIN

MASUK  HALAL

SEHAT BAIK

TAK KENA BURU

KHALAS

Cubaan larikan diri gagal, 41 warga asing diberkas

JOHOR BAHRU – Ops Sapu yang menggempur sebuah premis perniagaan dua tingkat di Skudai di sini malam tadi mengakibatkan beberapa pekerja warga asing bertempiaran menyelamatkan diri.

Menerusi serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor pukul 11 malam itu yang melibatkan 30 pegawai dari Bahagian Penguatkuasa Johor, semuanya berjaya diberkas.

Pengarah JIM Johor, Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi yang dilaksanakan secara mengejut itu menyaksikan anggota penguat kuasa memasuki premis perniagaan dua tingkat itu bagi menjalankan pemeriksaan menyeluruh.

“Ketika serbuan dijalankan pendatang asing tanpa izin (PATI) sedang berehat di tingkat atas premis perniagaan yang dijadikan sebagai tempat tinggal.

“Ada yang cuba mengelak daripada pemeriksaan dengan melarikan diri serta bersembunyi di dalam bilik namun berjaya diberkas,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, dalam operasi itu seramai 41 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

Katanya, mereka yang ditahan terdiri daripada tujuh lelaki dewasa warganegara Indonesia, 19 lelaki dewasa Myanmar, 11 wanita dewasa Myanmar dan empat wanita  dewasa Indonesia berumur antara 16 tahun hingga 49 tahun.

Hasil pemeriksaan mendapati warga asing tersebut tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah serta tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

Semua individu yang ditahan disyaki melakukan kesalahan bawah Akta Imigresen 1959/63 dan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika di sini untuk siasatan lanjut dan tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang, katanya.

“Operasi ini memfokuskan pemeriksaan ke atas premis perniagaan, kawasan tumpuan warga asing dan lokasi berisiko tinggi dan dilakukan hasil risikan dan pemantauan berterusan di kawasan tersebut,” ujarnya.

Selaras dengan aspirasi kerajaan Madani katnya, JIM  Johor tidak akan berkompromi sama sekali terhadap warga asing yang tinggal secara haram, tinggal lebih masa dan menyalah guna pas di negara ini.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi PATI,” tambahnya. – 




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Siapa bagi kerja? Siapa bagi tempat tinggal? Siapa agen? Siapa bagi masuk? Siapa untung? Siapa rugi? Akhirnya rakyat terpaksa terima segala natijah rasuah orang cemerlang kita, bangsa kita agama kita semuanya dilepaskan disucikan oleh orang-orang kita juga, apapun Madafaka banteras terus, dulu tak ada, Zahid Hamidi bagi masuk berpuluh-puluh ribu, untung ikut kepala woit, sebab itulah orang-orang jahat seperti dia tidak harus dilepaskan, membawa kerosakan membawa kemudaratan amin amin amin, tunggu nanti sumbat sekali kah kah kah bilik penjara Anwar Ibrahim masih kosong, lama tidak didiami lama berhabuk kah kah kah siapa akan menjadi peneraju utama nanti? Kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Setiap perbuatan kamu akan ada balasan, kamu sengaja membawa masuk, kamu biarkan sempadan dibolosi, kamu mengambil rasuah agen seludup masuk, kamu ambil duit rasuah dari tokan dadah, kamu makan haram setiap hari dengan duit rasuah, kamu nak anak beranak kamu jadi doktor? Nak jadi peguam? Kah kah kah hukum dunia lain won't kah kah kah