Ahad, 31 Mei 2026

BALA PERANG DI IRAN MAKIN KITA RASA


LEPAS INI 

BAJA JIKA ADA

JADI MAHAL

AMIN

HARGA

SAYURAN PASTI

NAIK LAGI

AMIN

JIKA ADA

TANAH LAPANG

MULA BERTANAM

AMIN 



Harga sayur-sayuran di pasaran dikesan naik ketara

KUALA LUMPUR: Harga sayur-sayuran di pasaran dikesan naik ketara, dengan anggaran 80 hingga 90 peratus sayuran dari kawasan tanah tinggi mengalami kenaikan harga sehingga dua kali ganda.

Pengerusi Persatuan Pekebun Sayur Melayu Cameron Highlands, Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid, berkata beberapa sayuran asas mencatatkan kenaikan harga ketara pada peringkat ladang.

"Sekarang kubis mencecah RM1.50 sekilogram (kg) berbanding 60 sen sebelum ini, tomato melonjak daripada RM1 kepada RM3.50 sekilogram manakala cili mencatat daripada RM4 kepada RM5 sekilogram.

"Kenaikan ini disebabkan kos input seperti harga baja dan racun perosak dari luar negara.

"Sebelum ini baja fertigasi berharga RM7,000 hingga RM8,000 satu tan, sekarang meningkat RM25,000 hingga RM27,000 kerana nutrien baja diimport dan tiada pengeluaran dalam negara.

"Konflik Asia Barat memberi kesan kepada harga minyak global meningkatkan kos pengangkutan antarabangsa bagi membawa masuk barang input ini," katanya ketika dihubungi BH.

Beliau menjangkakan harga terus meningkat bagi tempoh dua minggu akan datang sebelum stabil atau menurun, bergantung kepada pasaran dan langkah kawalan import oleh kerajaan.

Syed Abd Rahman berkata, pengeluaran sayur di Cameron Highlands turut terjejas akibat faktor cuaca tidak menentu yang menyebabkan pengeluaran berkurangan di pasaran.

"Sekarang cuaca sudah mula baik. Sebagai petani, kami mengharapkan harga tidak turun terlalu rendah sehingga di bawah paras kos modal," katanya.

Beliau menghargai langkah kerajaan melaksanakan Keperluan Sijil Analisis (CoA) terhadap sayuran import bagi memastikan keadilan kepada pekebun tempatan.

Katanya, langkah itu diambil apabila pekebun memohon kerajaan mengenakan syarat sama ketat terhadap sayur import seperti yang dikenakan terhadap hasil eksport tempatan.

"Sebelum ini, sayur tempatan ke luar negara perlu dapat sijil yang menunjukkan ia bebas racun, tapi sayur masuk ke negara ini tanpa sebarang semakan.

"Sekarang situasinya lebih adil kepada kedua-dua pihak dan kami berharap negara kita tidak dibanjiri sayuran import supaya harga lebih stabil," katanya.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menguatkuasakan CoA bermula esok terhadap lima jenis sayur, iaitu cili merah, timun, tomato, sawi dan kubis bulat.

Ia bagi memperkukuh kawalan keselamatan makanan negara, khususnya dalam memastikan sayuran import yang memasuki pasaran tempatan mematuhi standard keselamatan dan kualiti ditetapkan.




HENTIKAN KERJA BODOH INI


KES RASUAH

KES SALAH

 GUNA KUASA

KES PROJEK

PELABUHAN GAGAL

DI MELAKA TAK

DI GEMPUR

AMIN

HANYA BERANI

TANGKAP KHALWAT

AMIN

MAKA ISLAM

BAITUL HIKMAH

KINI DI LIHAT

LEKEH KERANA

KERJA BODOH

MACAM INI

KHALAS 

Duda, janda disyaki berkhalwat dalam bas dicekup JAIM


MELAKA – Seorang pemandu bas berstatus duda dan seorang janda ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas disyaki berkhalwat di dalam sebuah bas yang diparkir di stesen minyak di Jalan Hang Tuah di sini awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1.50 pagi Sabtu, lelaki berusia 37 tahun dan wanita 46 tahun berkenaan ditemui sedang tidur bersebelahan di atas kerusi dalam bas terbabit.

Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat berkata, pemeriksaan dilakukan anggota penguat kuasa JAIM selepas menerima maklumat awam dan mendapati kedua-duanya gagal mengemukakan bukti hubungan mahram atau suami isteri.

“Ketika ditahan, pasangan itu yang berasal dari Melaka memberi alasan berdua-duaan dalam bas dalam keadaan mencurigakan untuk berehat selepas keluar makan bersama sebelum tertidur.

“Kedua-duanya gagal membuktikan mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan telah dibawa ke pejabat JAIM bagi tujuan dokumentasi serta siasatan lanjut,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana disyaki berkhalwat.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan yang dijalankan bukan bertujuan mengaibkan mana-mana pihak sebaliknya sebagai usaha mendidik masyarakat supaya mematuhi tuntutan agama dan mengelakkan perbuatan yang boleh menimbulkan fitnah.

“JAIM sentiasa menasihatkan orang ramai agar menjaga batas pergaulan serta mengelakkan hubungan serta keadaan yang boleh menimbulkan syak wasangka dan bertentangan dengan hukum syarak,” katanya. – MalaysiaGazette

KAJIAN WAJIB DI BUAT


INI MENARIK

APAKAH INI 

WATAK ASLI

SEPERTI SALMON

BALIK  KE TEMPAT

 LAHIR

ATAU WATAK

PERUBAHAN IKLIM

AMIN

INI TUGAS

JABATAN

 MAT SABU

BERSAMA

ILMUAN DARI

UNIVERSITI

UNTUK MENGKAJI

KHALAS

Musim 'ikan selar papan masuk muara' jadi tarikan

KUALA TERENGGANU: Selepas dilanda fenomena sotong jarum menghampiri pantai kini, tiba giliran ikan selar papan memasuki muara sejak akhir April lalu.

Kehadiran ikan berhampiran muara menjadi tarikan kepada kaki pancing yang berkumpul seawal pagi di sekitar muka kuala bagi merasai pengalaman bertarung untuk menaikkan spesies berkenaan.

Seawal jam 6.30 pagi, kawasan muara terutama di lokasi berhampiran Kampung Tanjung, di sini, dipenuhi pemancing yang datang dari pelbagai daerah untuk mencuba nasib mendapatkan ikan selar papan yang dikatakan aktif ketika arus pagi.

Terdahulu tular di media sosial mengenai aktiviti memancing ikan selar papan di muka muara Sungai Terengganu dengan pemancing setempat memperoleh tangkap memuaskan.

Presiden Tanjung Anglers Hunter, Wan Mohd Nazeri Wan Ngah, 48, berkata spesies terbabit kebiasaannya muncul akhir April hingga Julai dan bergerak mengikut perubahan arus.

Beliau berkata, fenomena ikan 'boiling' sering berlaku pada awal pagi apabila kumpulan ikan mula memasuki kawasan muka kuala.

"Biasanya selepas subuh kira-kira jam 6.30 pagi ikan mula 'ikut arus masuk' ke kuala dan waktu kemuncak kira-kira jam 7 pagi apabila spesies itu mula memakan umpan pemancing.

"Selepas jam 8 biasanya ikan dah mula kurang dan pada jam 9 pagi keadaan kembali sunyi kerana pemancing mula beredar dari kawasan muka kuala," katanya ketika ditemui di lokasi memancing.

Beliau berkata, lokasi di penghujung benteng berhampiran muka kuala menjadi antara lokasi utama kerana pertembungan arus sungai dan laut menghasilkan pusaran air yang menjadi laluan ikan bermain arus.

Sementara itu, kaki pancing, Mohamad Ariff Yusuff, 32, berkata dia mula aktif memancing sejak lima tahun lalu dan tidak melepaskan peluang turun ke muara setiap kali musim selar papan tiba.

"Suasana meriah di kawasan muara pada waktu pagi memberikan pengalaman tersendiri kepada komuniti kaki pancing. Bila musim ikan selar papan masuk muara memang meriah, tengok boiling dekat permukaan air pun dah boleh buat orang teruja," katanya.

AMARAN DARI IRAN


AMARAN IRAN

UNTUK AMERIKA

UNTUK UK

UNTUK FRANCE

AMIN

SELAT HORMUZ

MILIK IRAN 

AMIN 

JIKA BUAT KACAU

AKAN JADI

 SASARAN 

TENTERA IRAN

KHALAS


Kapal tentera asing campur tangan di Selat Hormuz akan jadi sasaran Iran


ISTANBUL: Iran memberi amaran bahawa mana-mana kapal tentera yang cuba campur tangan dalam pengurusan Selat Hormuz atau mengganggu trafik maritim akan menjadi sasaran angkatan tentera negara itu, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut penyiar rasmi Iran, IRIB, kenyataan itu dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Pusat Khatam al-Anbiya Iran, markas tentera bersama tertinggi negara itu yang menyelaras operasi antara angkatan tentera dan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC).

Ibu pejabat itu menyatakan pengurusan laluan air strategik berkenaan sedang dijalankan dengan kuasa penuh oleh angkatan tentera Republik Islam Iran.

Menurut kenyataan itu, semua kapal dagang, kapal dan kapal tangki minyak dikehendaki melalui laluan yang ditetapkan serta mendapatkan kebenaran daripada Tentera Laut IRGC.

Ia memberi amaran bahawa sebarang pelanggaran terhadap peraturan itu boleh meletakkan keselamatan kapal dalam risiko serius.

Kenyataan itu turut memberi amaran kepada kapal tentera asing supaya tidak campur tangan dalam pengurusan Selat Hormuz oleh Iran atau mengganggu pelayaran di laluan air berkenaan.

"Sebarang percubaan oleh kapal tentera untuk campur tangan dalam pengurusan Selat Hormuz atau mengganggu pelayaran akan menjadi sasaran angkatan tentera Republik Islam Iran," menurut kenyataan itu.

Selat Hormuz, yang terletak di antara Iran dan Oman menjadi antara laluan maritim paling penting di dunia dan menjadi laluan bagi sebahagian besar penghantaran minyak global serta gas asli cecair (LNG).

Terdahulu pada Sabtu, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Pete Hegseth menolak dakwaan Iran bahawa negara itu menguasai Selat Hormuz dengan berkata: "Mereka mahu mengatakan bahawa mereka mengawal selat itu, tetapi kamilah yang mengawalnya."

Beliau berkata, perkembangan di sebalik tabir dan perjalanan rundingan menunjukkan bahawa AS kekal menguasai laluan air strategik itu.

Ketegangan serantau meningkat sejak AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada Februari lalu. Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan yang menyasarkan Israel serta sekutu AS di Teluk, selain menutup Selat Hormuz.

Gencatan senjata berkuat kuasa pada 8 April menerusi pengantaraan Pakistan sebelum dilanjutkan tanpa had masa oleh Donald Trump.

Susulan rundingan yang menemui jalan buntu di bawah pengantaraan Islamabad, AS mengenakan sekatan ke atas pelabuhan Iran sejak 13 April, termasuk yang terletak di sepanjang Selat Hormuz yang strategik.

Usaha pengantaraan masih diteruskan bagi menamatkan konflik itu.



KENAPA JANTAN BERKOKOK DI HOKKIEN


SEKARANG BARU

GUA TAHU KENAPA

PAGI PAGI GUA

DENGAR JANTAN

BERKOKOK DI HOKKIEN

AMIN 

JEM - BUKAN TANDA SOKONG MADANI


JEM TU TANDA

SISTEM ANGKUT

ORANG RAMAI

MASIH LEMAH

AMIN

BUKAN TANDA

SOKONG MADANI

KHALAS

politikgilababi commented on 
"RAKYAT NAIK MINYAK"

Rakyat naik minyak 'kepala butoh'! Semua border negara jem. Highway, jln kampong, lorong juai pukee pun jem! Lagi naik minyak ka?? Engkau kira nak membongak ja ya..??

LAKUKAN SEKARANG !


BUAT HARI INI

LAKUKAN

 SEKARANG

AMIN



SCAMMER GENG AZAM BIN BAKI ?


SCAMMER INI

GENG

AZAM BIN BAKI KE?

AMIN 

HARGA MINYAK MAKAN ?


SEKALI IMBAS

AMAT MENARIK

AMIN

TAPI APA

IMPLIKASI PADA

HARGA MINYAK

MAKAN

AMIN



Biodiesel B15 bermula esok: Langkah strategik perkukuh keselamatan tenaga, sokong industri sawit


KUALA LUMPUR: Malaysia bakal melangkah ke satu lagi fasa penting dalam perjalanan peralihan tenaga di tengah-tengah krisis bekalan global, apabila kadar adunan biodiesel dinaikkan secara berperingkat daripada B10 kepada B15 di seluruh Semenanjung Malaysia bermula esok, 1 Jun.

Langkah Kerajaan MADANI susulan ketidaktentuan pasaran tenaga global ini bukan sekadar usaha mengurangkan kebergantungan terhadap diesel fosil import, malah dilihat sebagai strategi serampang dua mata memperkukuh keselamatan tenaga negara sambil meningkatkan permintaan terhadap minyak sawit tempatan.

Menerusi pelaksanaan ini, B15 akan mengandungi 15 peratus biodiesel berasaskan minyak sawit atau Palm Methyl Ester (PME) dan 85 peratus diesel petroleum, berbanding campuran 10 peratus PME di bawah mandat B10 yang digunakan ketika ini tanpa perlu pengubahsuaian enjin bagi kebanyakan kenderaan diesel.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini, berkata kerajaan menyasarkan pengeluaran biodiesel secara berperingkat sebagai langkah permulaan sebelum kadar campuran ditingkatkan mengikut kesesuaian pasaran dan kemampuan industri.

Beliau berkata, penggunaan bahan sampingan industri sawit termasuk enap cemar daripada pengeluaran minyak sawit mentah berpotensi dimanfaatkan bagi menghasilkan biodiesel dan bahan api penerbangan, sekali gus mewujudkan rantaian nilai baharu dalam sektor komoditi negara.

Ahmad Zahid turut melihat biodiesel sebagai pemangkin baharu kepada ekonomi luar bandar melalui pembabitan agensi pembangunan seperti Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Kerajaan memberi jaminan bahawa pelaksanaan berkenaan dibuat secara terancang selepas mengambil kira kapasiti bekalan minyak sawit negara, kesiapsiagaan industri serta infrastruktur sedia ada.

Menteri Perladangan dan Komoditi,  Noraini Ahmad, berkata penggunaan minyak sawit bagi pelaksanaan B15 dianggarkan sekitar 0.8 juta tan metrik setahun, jauh lebih rendah berbanding lebihan bekalan domestik yang mencecah kira-kira empat juta tan metrik setahun.

Justeru, beliau berkata, pelaksanaan itu tidak akan menjejaskan eksport minyak sawit negara yang kini mencecah kira-kira 16 juta tan metrik setahun.

Sementara itu, Ketua Kompleks Biorefineri UPM Prof Dr Hidayah Ariffin berkata penggunaan biodiesel yang lebih tinggi mampu memanjangkan tempoh simpanan stok diesel negara dan membantu memastikan kestabilan bekalan sekiranya konflik Asia Barat berpanjangan.

Kebimbangan mengenai kesesuaian penggunaan biodiesel dalam kenderaan turut cuba ditangani kerajaan, dengan Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir memberi jaminan bahawa tiada isu berkaitan spesifikasi enjin memandangkan piawaian kenderaan di Malaysia telah mengambil kira penggunaan biodiesel sehingga B20 sejak 2020.

Malah, penggunaan B20 dilaksanakan di beberapa kawasan termasuk Langkawi, Labuan dan Sarawak tanpa laporan masalah besar yang boleh dijadikan rujukan terhadap dakwaan kerosakan enjin.

Program Biodiesel Negara bermula dengan B5 pada 2011 sebelum diperluaskan kepada B7 pada 2014 dan seterusnya B10 serta B20 secara berperingkat antara 2019 hingga 2020.

Kini, Malaysia mempunyai 19 loji biodiesel berlesen yang mampu menyokong pelaksanaan B15 serta perancangan jangka panjang kerajaan untuk meningkatkan kadar campuran kepada B20, B30 dan berpotensi sehingga B50 pada masa hadapan selari dengan agenda hijau negara.

Selain itu, penggunaan biodiesel yang dihasilkan daripada sumber boleh diperbaharui dijangka membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau serta menyokong komitmen Malaysia terhadap pembangunan rendah karbon dan peralihan tenaga yang lebih lestari.



 

ANWAR BIN IBRAHIM DBKL


ZAFRUL WAJIB

SEDAR

ANWAR BIN

IBRAHIM INI DBKL

KAH KAH KAH 

SEBELUM MEMINANG MERISEK DULU


LEPAS MERISEK

BARU BERTUNANG

AMIN

LEPAS BERTUNANG

BARU KAHWIN

AMIN

MASA KAHWIN

ADA BERSANDING

AMIN

LEPAS BERSANDING 

BARU NGENTOT

KAH KAH KAH

KHALAS


BERSAMA dakwa 'dirisik' wakil rakyat PH, UMNO


KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, mendakwa Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) dirisik beberapa ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) dan UMNO yang menyatakan minat menyertai perjuangan bersama Datuk Seri Rafizi Ramli.

Bagaimanapun, Nik Nazmi yang juga bekas Ahli Parlimen Setiawangsa menasihati mereka menunggu sehingga pembubaran Parlimen bagi mengelak implikasi, termasuk kestabilan kerajaan.

"Kita ada terima (risikan) daripada wakil rakyat PH dan parti lain yang menyatakan minat untuk masuk BERSAMA, cuma kita kata buat masa ini kekal dulu.

"Kami fikir mengenai kesesuaian masa dan sebagainya. Bukan orang (ahli Parlimen) PKR yang empat lima orang itu sahaja, ramai juga daripada PH dan beberapa parti lain tanya.

"Cuma kami kata tunggu dulu sebab banyak perkiraannya termasuk aspek kestabilan kerajaan, bukan kami tidak fikir benda itu," katanya kepada BH, di sini.

Nik Nazmi dan Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR, mengambil alih BERSAMA pada 17 Mei lalu.

Sehari selepas itu, mereka mengumumkan pengosongan kerusi Parlimen masing-masing.

Ketika majlis pengumuman pengambilalihan BERSAMA, lima ahli Parlimen PKR turut hadir iaitu Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Wong Chen (Subang), Rodziah Ismail (Ampang), M Kesavan (Sungai Siput) dan Zahir Hassan (Wangsa Maju).

Nik Nazmi yang juga bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata, beliau dan Rafizi perlu bergerak terlebih dahulu walaupun terpaksa mengorbankan kerusi Parlimen masing-masing bagi persediaan menuju pilihan raya.

46 peratus pengundi atas pagar

Daripada 20,000 keahlian baharu BERSAMA, katanya, 46 peratus adalah pengundi atas pagar atau kali pertama menyertai parti politik.

Nik Nazmi berkata, 29 peratus adalah daripada PKR; 6.3 peratus (UMNO); 5.2 peratus (PAS); masing-masing 2.5 peratus (AMANAH dan BERSATU); 2.2 peratus (MUDA) dan 1.3 peratus (DAP).

"Kalau kira ahli daripada parti Melayu sahaja iaitu UMNO, PAS, BERSATU dan AMANAH, kira-kira 15 peratus kita terima penyertaan daripada segmen terbabit.

"Dari segi pecahan kaum, kira-kira 62 peratus keahlian kita terima adalah orang Melayu, 16 peratus India dan 15 peratus, kaum Cina," katanya.

Beliau berkata, peratusan tinggi keahlian pengundi atas pagar menunjukkan golongan terbabit mencari kuasa ketiga kerana sudah tidak boleh mengharapkan parti sedia ada mewakili mereka.

MARI SOKONG BERSAMA


BERSAMA PERLU

SOKONGAN UNTUK

BUAT PERUBAHAN

SISTEM

KHALAS 

Unknown commented on
 "PAKAT PAKAT KITA
 GULINGKAN ANWAR BIN IBRAHIM"

Adakah Rafizi ini akan menjadi Vijay Tamil Nadu? Adakah situasi mampu berubah atau sekadar cakap kosong? Ataupun sementara mendapat kuasa pelbagai formula format kaedah akan diperkenalkan tetapi tidak akan dilaksanakan? Bagaimana nak menanggung sebahagian besar free loader di negara sekarang? Kah kah kah

PERANG IALAH PROJEK JUAL SENJATA


PERANG IALAH

PROJEK 

JUAL SENJATA

KHALAS

Unknown commented on 
"AMERIKA DAH KALAH !!!"

Nampak sangat wayang teater baru dipentaskan sekarang? Adakah perang sekejap-sekejap kemudian berehat bersantai berunding kah kah kah, nampak sangat semuanya wayang belaka kah kah kah kah siapa percaya cerita Avatar mungkin percaya cerita kartun skrin mereka kah kah kah kah