IRAN WAJIB
TUTUP
SELAT HORMUZ
AMIN
RUNTUHKAN
EKONOMI DUNIA
AMIN
HARGA PETROL
MELEDAK NAIK
KHALAS
KUALA LUMPUR: Iran menutup seluruh ruang udaranya sehingga diberitahu kelak susulan laporan serangan Israel ke atas wilayahnya pada Sabtu.
Agensi berita Iran Mehr (MNA) melaporkan pengumuman itu dibuat oleh jurucakap Organisasi Penerbangan Awam Iran, berdasarkan Notice to Airmen (NOTAM) yang dikeluarkan.
Iraq juga menutup ruang udaranya sebagai tindak balas terhadap perkembangan terkini itu.
Jurucakap Kementerian Pengangkutan Mitham al-Safi memberitahu Agensi Berita Iraq (INA) bahawa "kementerian telah mengumumkan penutupan ruang udara Iraq," sambil menyatakan bahawa "penutupan itu didahului oleh pengosongan semua trafik udara dari ruang udara Iraq."
Beberapa letupan kuat menggegarkan Tehran, manakala letupan turut dilaporkan di beberapa bandar lain di Iran termasuk Isfahan, Qom, Karaj dan Kermamshah, menurut agensi berita IRNA.
Anadolu Ajansi melaporkan bahawa menteri pertahanan Israel berkata Tel Aviv telah melancarkan serangan awal ke atas Iran. – BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan