SELAMAT SAMPAI
AMERIKA
KAH KAH KAH
AH LAN WAH
SAH LAN
AMIN
SOLDADU IRAN
DAH LAMA TUNGGU
KHALAS
Trump ikrar musnahkan kekuatan tentera Tehran
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengesahkan tentera AS telah memulakan 'operasi tempur besar-besaran' di Iran, sejurus selepas Israel mengumumkan pelancaran serangan peluru berpandu ke atas Iran.
Beberapa siri letupan kuat dilaporkan menggegarkan ibu kota Iran, Tehran, manakala letupan turut dilaporkan berlaku di beberapa lokasi lain di seluruh negara berkenaan.
Trump juga berikrar untuk 'memusnahkan' tentera laut dan tapak peluru berpandu Iran dan memberitahu rakyat Iran bahawa 'masa kebebasan' mereka daripada republik Islam itu telah tiba.
Dalam ucapan video, beliau menegaskan bahawa sasaran serangan kali ini adalah luas iaitu menjatuhkan republik Islam yang memerintah sejak revolusi 1979.
"Kami akan memusnahkan peluru berpandu mereka dan meruntuhkan industri peluru berpandu mereka hingga ke akar umbi.
"Ia akan dimusnahkan sepenuhnya – sekali lagi – musnah sama sekali. Kami akan memusnahkan tentera laut mereka.
"Kepada rakyat Iran yang bangga dan besar hati, saya katakan malam ini bahawa masa kebebasan anda sudah tiba. Duduklah di tempat selamat. Jangan keluar dari rumah. Bahaya di luar amat tinggi. Bom akan jatuh di mana-mana.
"Apabila kami selesai, ambillah alih kerajaan anda. Ia akan menjadi milik anda," kata Trump dalam ucapan yang dimuat naik di platform Truth Social miliknya.
Trump menggesa pasukan Iran untuk menyerah, termasuk Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) yang ditugaskan melindungi kerajaan pimpinan ulama.
"Kepada anggota IRGC, angkatan tentera dan semua polis, saya katakan malam ini bahawa anda mesti menurunkan senjata dan diberi imuniti sepenuhnya atau, sebagai alternatif, menghadapi kematian yang pasti," katanya.
Orang ramai berlindung di bawah jambatan apabila siren dilaungkan berhampiran Tel Aviv, Israel. – Foto AFP
Orang ramai berlindung di bawah jambatan apabila siren dilaungkan berhampiran Tel Aviv, Israel. – Foto AFP
Serangan ini dijangka meluas selepas Trump mengarahkan penempatan ketenteraan terbesar ke Asia Barat dalam beberapa tahun.
Setakat ini, belum ada sebarang reaksi rasmi daripada kerajaan Iran berhubung skala serangan itu. Bagaimanapun, media kerajaan melaporkan bahawa Presiden Masoud Pezeshkian berada dalam keadaan selamat dan tidak tercedera.
Agensi berita Al Jazeera melaporkan, serangan bukan sahaja menyasarkan Tehran, tetapi turut membabitkan beberapa bandar lain termasuk Qom yang terletak tidak jauh dari ibu kota, serta Isfahan yang juga pusat wilayah negara itu.
Laporan itu turut menyebut mengenai serangan ke atas salah satu lapangan terbang paling penting di Iran serta daerah Pasteur, lokasi terletaknya istana presiden.
Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada sebarang pengesahan atau maklumat rasmi mengenai kematian membabitkan pegawai tinggi kerajaan dalam serangan itu, walaupun terdapat laporan mangsa cedera di kawasan Pasteur sedang dipindahkan ke hospital. - AGENSI

Tiada ulasan:
Catat Ulasan