Jumaat, 12 Jun 2026
ANAK MUDA YAHUDI TAK MAHU JADI ASKAR -
ANAK MUDA YAHUDI
TAK MAHU JADI
ASKAR ZIONIS
AMIN
SEKARANG ASKAR ISRAHELL MAKIN
KURANG
RAMAI CABUT LARI
KE LUAR NEGARA
KHALAS
SAPA TAK IKUT ADAT ADALAH SALAH
SAPA BENAR
SAPA SALAH
MUDAH SAJA
AMIN
YANG IKUT ADAT
BETUL
YANG LANGGAR
ADAT SALAH
AMIN
SAPA IKUT ANWAR
BIN IBRAHIM
SALAH KERANA
MADAFAKA INI
TAK TAHU ADAT
KHALAS
PEMUDA UMNO HANYA GARU TELO
UMNO MELAYU
KENAN HINA
OLEH
DAPSY CHINA
KAH KAH KAH
AMIN
APA JADI
DENGAN
CUCU CICIT
DATUK HARUN
KAH KAH KAH
HANYA BERANI
GARU TELO
KAH KAH KAH
KHALAS
DAPSY sifatkan UMNO hipokrit, angkuh
KUALA LUMPUR: Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menyifatkan UMNO sebagai hipokrit dan angkuh susulan pendirian UMNO Johor yang dilaporkan mahu bergerak secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang tanpa kerjasama dengan DAP.
Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) merangkap Ketua DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong, berkata tindakan UMNO Johor itu bercanggah dengan realiti politik semasa memandangkan parti terbabit masih menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.
"Mungkin UMNO Johor di Planet A dan UMNO Selangor di Planet B dan sebagainya, peliknya bila ada yang cuba katakan bahawa ini adalah keputusan UMNO negeri sahaja dan tidak menjejaskan hubungan di peringkat Persekutuan, siapakah yang menandatangani watikah pelantikan calon UMNO dalam pada itu?
"Oleh itu, adalah hipokrit untuk kekal berkuasa di peringkat persekutuan dan negeri-negeri lain dengan bergantung kepada DAP tapi pada masa yang sama pula bersikap angkuh dengan katakan tidak ingin duduk semeja dengan DAP di Johor, ini namanya hipokrit pro max," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, Kah Leong menggesa PH supaya mempertahankan identitinya sebagai gabungan reformasi dengan bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Beliau berkata, penyokong tegar PH sepatutnya diberikan pilihan untuk terus menyokong calon yang benar-benar mendukung agenda reformasi, bukannya terpaksa mengundi rakan politik yang didakwa tidak sehaluan dengan perjuangan berkenaan.
"Sebagai Ketua Pemuda PH, saya sarankan supaya PH bertanding di kesemua kerusi di peringkat Parlimen dan juga semua negeri dalam PRU yang akan datang lantaran tindakan tikam dari belakang daripada 14 ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) UMNO BN yang merangkumi Timbalan Presiden UMNO merangkap Menteri Kabinet.
"PH adalah identiti reformasi dan pembaharuan, oleh itu adalah tidak adil untuk pengundi PH untuk terus menyokong calon-calon parti lain yang lebih gemar budaya satu parti dominan atau terpalit dengan kes rasuah dan sebagainya," katanya.
Pada masa sama, beliau menegaskan DAPSY tidak pernah mendesak kuota khusus untuk calon sayap pemuda bertanding dalam pilihan raya, sebaliknya percaya calon terbaik ialah mereka yang mempunyai jiwa dan pemikiran anak muda.
"Berlainan dengan pemuda parti lain, DAPSY tidak cenderung untuk minta kuota calon DAPSY untuk bertanding di mana-mana PRU atau PRN.
"Saya percaya bahawa, lebih baik calon yang dihantar parti adalah berjiwa anak muda dan mempunyai mentaliti untuk menyelesaikan masalah anak muda seperti pekerjaan dan pengangguran ataupun bersemangat untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), oleh itu umur calon bukannya masalah, isunya adalah mentaliti calon.
"Saya percaya calon-calon DAP adalah jauh lebih baik daripada parti lain dalam segi ini," katanya.
KUKUH DAN PERTAHANKAN ADAT !!!
KUKUH DAN
PERTAHAN
ADAT
AMIN
TANPA ADAT
TIDAK ADA
JATI DIRI
AMIN
TOLAK MADAFAKA
TAK TAHU ADAT
KHALAS
Peguam dakwa lantikan Tunku Panglima Besar bercanggah perlembagaan
Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz hari ini mendakwa pelantikan Tunku Zain Al-’Abidin sebagai Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan yang baru bercanggah dengan perlembagaan.
Melalui kenyataan di Facebook hari ini, aktivis itu - yang juga antara peguam bagi Undang Jelebu - mengemukakan hujahnya berdasarkan dakwaan tiada rundingan dengan pembesar-pembesar memerintah negeri seperti diperuntukkan bawah Perkara 26(a) Perlembagaan Negeri.
Peruntukan itu menyatakan Yang di-Pertuan Besar perlu terlebih dahulu berunding dengan pembesar-pembesar memerintah sebelum mengurniakan sebarang gelaran atau darjah kebesaran.
Khairul, yang dikenali sebagai Buzze Azam di media sosial, merujuk Perkara 34(1) dengan bersandarkan takrifan “ketua pemerintah” dalam bahagian kedua Perlembagaan Negeri sebagai merujuk kepada empat Undang Luak.
"Jika pun Undang Sungei Ujong dan Undang Rembau tidak di ambil kira oleh Yamtuan Besar N9, Baginda masih perlu berunding dengan Undang Jelebu, Undang Johol dan Tuanku Besar Tampin.
"Malangnya rundingan dengan Ruling Chief ini tidak di adakan sebelum Penganugerahan gelaran Tuanku Panglima Besar Negeri Sembilan yang baru di buat," dakwanya.
Semakan Malaysiakini terhadap perlembagaan berkenaan mendapati Perkara 14 dan 15 bawah Bab Lima, bertajuk “Pembesar-pembesar Memerintah”, bukan sahaja membabitkan empat Undang Luak, tetapi juga Tunku Besar Tampin dan Datuk Syahbandar.
Khairul menambah, dari segi undang-undang, kegagalan mematuhi syarat berkenaan dalam pelantikan Tunku Zain boleh dicabar di mahkamah atau Dewan Keadilan dan Undang, iaitu majlis keadilan dan adat Melayu yang ditubuhkan bawah Perkara 16 Perlembagaan Negeri.
Krisis diraja negeri berlarutan
Negeri Sembilan kini berdepan pertikaian berpanjangan membabitkan institusi diraja negeri dan pemerintah adat.
Semalam, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir memasyhurkan anak keduanya, Tunku Zain Al-’Abidin, sebagai Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan yang baru bagi menggantikan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar, yang dikatakan telah hilang hak terhadap gelaran warisan itu kerana cuba merampas kedudukan Yang di-Pertuan Besar baru-baru ini.
Pada 9 Jun, Pengelola Bijaya Diraja Negeri Sembilan Azizi Mohamad Ali berkata majlis pemasyhuran Tunku Nadzaruddin sebagai pemerintah negeri tidak sah kerana tidak diiktiraf bawah perlembagaan, undang-undang dan adat negeri.
Minggu lalu, majlis ringkas memasyhurkan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka, selepas berlaku kekecohan antara polis dan para Undang.
Majlis istiadat itu, yang dipercayai pada awalnya dijadual berlangsung di pejabat Tunku Besar Tampin, diadakan di ruang sebuah hotel selepas polis didakwa menghalang Tunku Nadzaruddin meninggalkan premis berkenaan.
Polis juga dikatakan cuba membawa Tunku Nadzaruddin ke Kuala Lumpur sebelum istiadat pemasyhuran itu dapat berlangsung.
Kemudian, bekas menteri besar Negeri Sembilan Rais Yatim, yang juga sarjana adat perpatih - undang-undang adat Minangkabau - menegaskan, berdasarkan Perlembagaan Negeri, peranan yang diperlukan bagi istiadat pemasyhuran itu telah dipenuhi secukupnya.
Isu itu mendapat perhatian umum pada April, apabila empat Undang mengumumkan Tunku Nadzaruddin sebagai pemerintah seterusnya, selepas pertikaian berhubung penyingkiran Mubarak Thahak sebagai Undang Sungai Ujong.
Undang Yang Empat juga mengisytiharkan persetujuan sebulat suara mereka untuk menyingkirkan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar, selepas mereka memulakan siasatan terhadap baginda pada 5 Mac atas dakwaan pelanggaran tugas diraja.
Menteri Besar sementara Negeri Sembilan Aminuddin Harun memihak kepada Tuanku Muhriz dalam pertikaian dengan para Undang, sekali gus membawa kepada ketidaktentuan semasa berhubung institusi diraja negeri.
Perkara itu menyebabkan BN Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Aminuddin pada April.
Bagaimanapun, usaha membentuk kerajaan baru gagal, menyebabkan naib presiden PKR itu mengetuai kerajaan minoriti sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan pada 4 Jun.
PANDANGAN CHINA
PANDANGAN
MASYARAKAT
CHINA TERDAHAP
ANWAR
BIN IBRAHIM
AMIN
FB LIM HONG SIANG
Sudah tentu ada dalam kalangan komuniti Cina yang terkesan dengan nukilan ini, terutamanya generasi yang menyokong Reformasi. Satu sisi yang mungkin terlepas pandang oleh pimpinan PKR, mengapa anak muda Cina seperti Lee Chean Chung memilih PKR, dan bukannya DAP ketika mengambil keputusan untuk berkecimpung dalam politik?
Apa yang berlaku sejak kebelakangan ini seolah-olah memperlihatkan bahawa ruang untuk reformasi semakin sempit dalam PKR. Biasalah, jalan singkatnya, menyimpulkan kesemua ini sebagai "politicking", dan serang habis-habisan mereka yang tinggalkan PKR.
Cuma langkah ini tidak menoktahkan masalah. Langkah ini cuma menoktahkan riwayat sebuah perjuangan. Renung-renunglah.
FB LEE CHENG CHUNG
𝗦𝗲𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝟭𝟴 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝟴 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗽𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶, 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶 𝗺𝗲𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁. 𝗡𝗮𝗺𝘂𝗻 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗮𝗻𝗴𝗴𝗼𝘁𝗮 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶, 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗯𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻.
Dari tahun 2008 hingga 2011, saya berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidik di Pejabat Ketua Pembangkang Anwar bin Ibrahim, bertanggungjawab menyediakan analisis serta penyelidikan dasar dan strategi untuk kira-kira 30 orang Ahli Parlimen.
Pada tahun 2012, saya sekeluarga pulang ke Kuantan untuk memulakan perkhidmatan di akar umbi. Asalnya pilihan raya umum diramal akan diadakan dalam jangka pendek, namun akhirnya saya terpaksa bertahan selama 18 bulan dengan menggunakan simpanan sendiri. Pada 5 Mei 2013, saya berjaya memenangi kerusi DUN Semambu — satu kerusi yang tidak pernah ditembusi sejak tahun 2004.
PKR pada waktu itu tidak mengamalkan budaya di mana “pemimpin pusat turun sebagai calon payung terjun, menabur wang dengan sumber yang dikuasai” pada waktu itu. Pusat khidmat pertama yang saya cari ketika itu sebenarnya boleh digelar sebagai “ruang kongsi”, kerana saya tidak mampu menyewa keseluruhan premis, sebaliknyahanya mampu menyewa separuh ruang pejabat tingkat atas di Jalan Haji Ahmad, Kuantan. Rasa segan dan rasa bersalah berbaur apabila diimbau semula pengalaman ini, kerana pembantu pertama saya, Encik Pang, hanya mampu saya berikan elaun minyak sebanyak RM300 sebulan.
Hari ini, ramai VIP boleh terus memperoleh sumber yang besar untuk bergerak di akar umbi. Malah, Madani Mart pun sudah dibuka di Kuantan, sesuatu yang sukar dibayangkan pada ketika itu.
Perayaan Kuih Bulan menjalinkan hubungan antara masyarakat Tionghua dengan gerakan Reformasi ketika itu. Rakan-rakan seperjuangan lama PKR sudah tentu masih ingat perarakan tanglung, serta jualan kuih bulan yang dicetak dengan logo parti untuk kutipan dana. Ramai antara rakan Melayu saya mencuba Kuih Bulan halal buat kali pertama.
Tiada konsep “peruntukan” untuk pembangkang ketika itu. Untuk mengutip dana aktiviti, kami perlu turun sendiri ke kedai kopi, tapak ceramah, pasar pagi dan pasar malam sambil menjual akhbar Suara Keadilan (RM2 senaskhah). Saya juga pernah mengajak ramai penjaja membantu menganjurkan jualan amal; kupon pula dijual pada harga RM10, senaskah demi senaskah. Andainya diimbas, tidak terbayar saya hutang budi itu, dan sudah tentunya terpaksa dibawa mati.
Di samping dana, parti juga perlu menyediakan pelapis baharu dan membina jambatan komunikasi dengan masyarakat, untuk kita perkembangkan parti.
Ketika saya memegang jawatan Ketua Penerangan AMK, kami menganjurkan program #KenaliKeadilan bagi membolehkan ahli-ahli baharu memahami perjuangan parti dengan lebih mendalam. Program ini berjaya memberi peluang kepada anggota-anggota baharu yang mendaftar secara dalam talian untuk mengenali wadah politik baharu mereka ketika itu.
Memandangkan rakyat Pahang pada waktu itu sangat prihatin terhadap isu alam sekitar, saya turut menggerakkan penubuhan Biro Alam Sekitar. Saya beserta rakan-rakan sehaluan juga pernah ke Tasik Chini untuk membantah pencemaran air tasik yang bertukar merah akibat perlombongan bijih besi. Entah dari mana datangnya keberanian itu, saya pernah masuk ke pedalaman Baram, Sarawak secara bersendirian, selama hampir dua minggu untuk membantah pembinaan empangan yang bakal menenggelamkan tanah perkuburan nenek moyang masyarakat Orang Ulu. Ketika itu, tiada isyarat telefon dikesan dalam kawasan pedalaman, sehingga keluarga saya bimbang sama ada saya telah dibaham buaya.
Pada 9 Februari 2015, sehari sebelum Anwar bin Ibrahim dipenjarakan, saya bersama rakan-rakan seperjuangan menganjurkan majlis makan malam solidariti di Padang Timur, Petaling Jaya, yang dihadiri ribuan orang.
Selepas Anwar bin Ibrahim dipenjarakan, kami segera menggerakkan kempen #Kitalawan sepanjang tahun 2015 hingga 2016 untuk menuntut pembebasan Anwar, siasatan terhadap Najib, dan reformasi institusi. Ketika itu PAS sudah keluar dan Pakatan Rakyat telah berpecah. Saya menyaksikan sendiri bagaimana himpunan di Sogo yang pada awalnya kecil dan lengang, kemudian berkembang semakin besar seiring dengan perkembangan isu 1MDB dan pelbagai isu lain. Ia benar-benar satu keajaiban kuasa rakyat. Malangnya, saya dan beberapa rakan telah didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman. Kami berdepan dengan risiko kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat dan saya terpaksa berulang-alik banyak kali dari Kuantan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri prosiding mahkamah.
Pada masa itu juga, kami melancarkan kempen “Sejuta Tandatangan Bebaskan Anwar”. Tidak cukup dengan mencukur kepala sendiri, ramai lagi yang kami bawa ke hadapan bangunan Parlimen, sama ada ditarik mahupun ditolak, untuk mencukur kepala. Kesemua ini tidak lain tidak bukan untuk membangkitkan semangat orang ramai dalam suasana yang agak suram dan hambar sebermulanya.
Pada tahun 2018, akhirnya kerajaan persekutuan bertukar! Selepas pemilihan parti, saya dilantik sebagai Bendahari Agung. Ketika itu saya memperkenal Geran Impak Keadilan, bagi membiayai aktiviti akar umbi yang mempunyai tujuan dan nilai perjuangan yang jelas. Sehingga hari ini, masih ramai yang bertanya mengapa selepas PKR menjadi kerajaan, tiada lagi program tetap dengan kaedah permohonan yang jelas untuk membantu ahli parti menjalankan kerja-kerja di lapangan.
Pada tahun 2022, selepas ditugaskan sebagai Pengarah Komunikasi, bagi memperbaiki kerja penerangan parti dalam pelbagai bahasa, saya membawa masuk Chi Leong dan sekumpulan tenaga baharu ke ibu pejabat PKR untuk membentuk pasukan pelbagai bahasa yang baharu. Banyak kali kami menjelajah ke seluruh negara untuk berkongsi kemahiran media sosial dan TikTok.
Dalam manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-15, halaman ke-42, PH berjanji bahawa: PH akan menyediakan dana Pembangunan Kawasan Pilihan Raya (CDF) sama rata kepada semua wakil rakyat parlimen tanpa mengira parti kerana mereka mewakili kepentingan rakyat di kawasan itu. Peruntukan dana juga perlu disalurkan melalui Parlimen dan bukannya Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Kini, Pengerusi PH Anwar bin Ibrahim telah menjadi Perdana Menteri. Namun, pengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya yang saya wakili telah dihukum pada 29 Mei 2026 apabila akses kepada sistem MyKhas dibatalkan, menyebabkan kami tidak lagi dapat meneruskan urusan peruntukan kawasan dan Program Mesra Rakyat.
Tuntutan saya sangat mudah. Saya berharap parti dapat memberikan satu penjelasan yang munasabah. Sehingga kini, hanya seorang Timbalan Setiausaha Agung membuat kenyataan media menyatakan bahawa ini adalah akibat daripada pilihan politik, sedangkan PKR masih belum memberikan sebarang penjelasan rasmi kepada saya dan para pengundi.
𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐥𝐢𝐬 𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐞𝐛𝐚𝐫 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐮𝐦𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐳𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐝𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐤𝐢𝐭 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧-𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧. 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚, 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐦𝐚𝐧𝐚,𝐛𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐝𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐮𝐭𝐚𝐧𝐠, 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚. 𝐈𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐚𝐤𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐤𝐞 𝐬𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐢𝐧𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩. 𝐓𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚, 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐧𝐢 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢.
Sekiranya saya mengidamkan sumber dan kemudahan, saya tidak akan menyertai demonstrasi tanpa ragu-ragu sebaik Anwar Ibrahim dipenjarakan, sehingga hampir kehilangan kedudukan sebagai wakil rakyat dan pencen saya sendiri ketika itu. Begitu juga pada hari ini. Jikalau apa yang saya mahu hanyalah peruntukan, boleh sahaja saya memilih untuk berdiam diri seperti ramai yang berada dalam parti, agar semua berjalan lancar seperti biasa, seolah-olah tiada kesilapan yang perlu diperbetulkan.
Tetapi itu bukan perwatakan saya. Itu juga bukan Chean Chung yang dikenali orang ramai sehingga sudi untuk terlibat dalam aktiviti jualan amal, perarakan tanglung, dan jualan akhbar Suara Keadilan.
PKR hari ini bukan lagi PKR yang saya kenali dahulu. Barisan kepimpinan, demi mempertahankan kedudukan masing-masing, tidak sanggup tampil untuk membetulkan kesilapan parti. Saya sudah tidak mampu lagi untuk terus berada dalam kepimpinan dan bekerjasama dengan mereka.
Selepas meletakkan jawatan parti, saya akan terus menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen atas kapasiti ahli biasa parti, untuk menyemak imbang kerajaan dan memastikan beberapa rang undang-undang reformasi pada bulan Jun iaitu had tempoh jawatan Perdana Menteri, pemisahan kuasa Pendakwa Raya, dan Akta Kebebasan Maklumat akan dibentang dan diluluskan.
SELAT HORMUZ DI KAWAL OLEH IRAN
SAH TERBUKTI
SELAT HORMUZ
MASIH DIKAWAL
OLEH IRAN
KHALAS
Tentera Iran halang kapal tangki minyak masuk Selat Hormuz
ISTANBUL: Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran pada awal Jumaat memaklumkan bahawa letupan yang kedengaran di perairan luar pantai Sirik di selatan Iran sebelum ini dikaitkan dengan pemintasan sebuah kapal yang cuba memasuki Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Televisyen negara Iran, memetik Tentera Laut IRGC, melaporkan bahawa pihak berkuasa Iran menghalang sebuah kapal tangki minyak daripada memasuki laluan air strategik itu selepas kapal berkenaan cuba melaluinya tanpa penyelarasan.
Tentera Laut IRGC turut memaklumkan bahawa pihaknya terus memantau Selat Hormuz dan akan bertindak "dengan penuh ketegasan" terhadap mana-mana kapal yang cuba melaluinya.
Beberapa jam sebelum itu, televisyen Iran melaporkan letupan yang kedengaran berhampiran Sirik dan Bandar Abbas di selatan negara itu manakala pihak berkuasa pada peringkat awal memaklumkan punca kejadian masih belum jelas.
Perkembangan itu berlaku beberapa jam selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata beliau membatalkan serangan yang dirancang ke atas Iran dan perbincangan mengenai satu kemungkinan perjanjian hampir dimuktamadkan. – BERNAMA-ANADOLU
TERAM BUAT LAWAK BERDIRI SEKALI LAGI
TERAM
BUAT
LAWAK BERDIRI
SEKALI LAGI
AMIN
🇺🇸⚡🇮🇷 Centcom: Selat Hormuz terbuka untuk semua orang kecuali Iran!
Iran: Selat Hormuz tertutup untuk semua orang.
https://chat.whatsapp.com/BT9Wi3WhTR02Y3gg93FtIT?mode=gi_t
Iran berkata masih belum meluluskan sebarang teks dengan Amerika.
Selepas Presiden Donald Trump berkata beliau membatalkan serangan ke atas Iran pada Khamis, memetik kemajuan dalam rundingan, Tehran telah menafikan meluluskan sebarang teks untuk memorandum persefahaman awal dengan AS, lapor agensi berita separuh rasmi Fars.
YUSOFF AKAN SELAMAT
YUSOFF
AKAN SELAMAT
DI UK DARI
MADAFAKA
AMIN
GUA DULU PUN
SELAMAT DI UK
DARI
MAHAFIRAUN
AMIN
Pelir commented on
"YUSOFF RAWTHER
SUAKA POLITIK DI LONDON"
Ke mana pun USop lari, pelir lembik Anwar akan terus mengejarnya .
Unknown commented on
"YUSOFF RAWTHER
SUAKA POLITIK DI LONDON"
Pi mampos Yusof Routher. Kalau TT ikut lagi bagus. Biar dua2 mampos di UK
AMERIKA TAKUT KALAH - BUAT HELAH HENTIKAN PERANG
AMERIKA TAKUT
KALAH
AMIN
BUAT HELAH
HENTIKAN PERANG
AMIN
PERANG DAN EKONOMI DUNIA
PERANG
DAN EKONOMI
DUNIA
Ketika tulisan ini di garap dunia sedang heboh dengan dua perang yang sedang berjalan. Satu : Perang Amerika dan Israel dengan Iran. Dua : Perang Ukraine - antara Rusia dengan Ukraine.
Perang Gaza dan Perang Sudan masih berjalan. Tetapi dua perang ini tidak lagi menjadi berita induk untuk media dunia. Malah Perang Rusia-Ukraine tidak lagi setiap hari menjadi laporan muka hadapan akhbar dunia seperti dua tahun dulu.
Perbualan warga dunia hari ini ialah Perang Amerika, Israel dan Iran atau di kenali sebagai Perang Selat Hormuz atau Perang Iran.
Sebelum pecah Perang Iran telah wujud perang kecilan seperi Perang Houthi dengan Israel, Perang Saudi dengan Yaman, Perang Kurdish di Syria. Termasuk juga Perang Saudara di Sudan. Dan Perang Israel-Palestin di Gaza.
Perang-perang di Timur Tengah ini semuanya menjuruskan dan mengarah dan menuju kepada Perang Iran yang sekarang sedang di pentaskan.
Amerika disenaraikan sebagai negara nombor satu di dunia dalam hal kekuatan ketenteraan dan keupayaan peperangan secara keseluruhan. Kuasa Amerika ini sebahagian besarnya disebabkan oleh perbelanjaan pertahanan yang tidak dapat ditandingi, keunggulan teknologi dan sumber strategik yang luas.
Amerika membelanjakan lebih 1 trilion dolar setiap tahun untuk bujet pertahanan negara. Jika dimasukan tambahan lain seperti faedah veteran bersara dan lain lain lagi bajet ketenteraan Amerika sebenar melebihi 1.5 trilion dolar.
Amerika ada kira-kira 750 hingga 800 tapak pangkalan tentera yang dipasang kira-kira dalam 80 negara dalam dunia kita ini. Ada juga pangkalan rahsia yang kita tidak tahu di mana. Hampir 180 ribu soldadu Amerika kini sedang berkeliaran di serata dunia.
Contohnya : ada 54,900 soldadu Amerika di Jepun. Ada 37,000 di German, ada 23,400 di Korea Selatan , ada 12,800 di Itali dan ada 10,400 di UK. Soldadu rahsia dan pasukan bawah tanah tidak akan kita ketahui jumlahnya.
Dari 29 – 31 Mei 2026 Dialog Shangri-La - secara rasmi dikenali sebagai Dialog Shangri-La IISS telah berlangsung. Dialog ini ialah sidang kemuncak pertahanan dan keselamatan utama Asia. Dianjurkan setiap tahun oleh Institut Kajian Strategik Antarabangsa (IISS) di Hotel Shangri-La di Singapura.
Dialog ini akan menghimpunkan menteri-menteri pertahanan, ketua tentera dan pakar keselamatan dari lebih 40 negara untuk membincangkan geopolitik dan keselamatan yang paling mendesak di rantau ini.
Saban tahun Menteri Pertahanan kita akan hadir. Tahun 2026 Khaled Nordin mewakili Malaysia. Hadir sama tahun ini ialah Setiausaha Perang Amerika Pete Hegseth.
Menteri Perang Amerika ini menegaskan semula strategi Amerika yang memfokuskan pada "keamanan melalui kekuatan", yang menimbulkan perbezaan yang ketara dengan China mengenai pengembangan serantau dan senjata nuklear di Pasifik.
Pete Hegseth telah mendesak sekutu Asia untuk meningkatkan perbelanjaan ketenteraan mereka kepada 3.5% daripada KDNK – Keluaran Dalam Negara Kasar. Ini untuk mengatasi peningkatan ketenteraan China yang pesat. Beliau dengan jelas menyatakan: "kurang Dialog Shangri-La, lebih banyak kapal dan lebih banyak kapal selam" untuk membina kuasa tempur langsung
Jelas dasar dan strategi Amerika ialah menanggap t China Merah sebagai musuh.
Malah saranan yang sama juga telah disampaikan oleh Amerika kepada anggota NATO – sekutu Amerika di Eropah.
Pada sidang kemuncak NATO di bandar The Hague pada 24-25 Jun 2025, negara anggota NATO telah berjanji untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan kepada dari 2 peratus 5 peratus daripada KDNK menjelang 2035.
Justeru hari ini kita terbaca bagaimana kilang kereta Volkswagen kini menjadi kilang membuat kereta kebal.
Volkswagen pada ketika ini belum lagi membina kereta kebal tentera. Tapi syarikat itu sedang berbincang untuk menggunakan semula kilang kereta untuk pembuatan alat berkaitan pertahanan. Ini kerana permintaan kereta yang merosot.
Syarikat Volkswagen telah mengadakan perbincangan dengan firma pertahanan—termasuk Sistem Pertahanan Termaju Rafael Israel—untuk menghasilkan komponen sistem pertahanan udara di tapak kilang kereta.
Jepun satelah Perang Dunia Kedua di larang membuat senjata. Ini perjanjian dengan Amerika satelah Jepun kalah dalam perang. Kini semua berubah.
Kabinet Jepun meluluskan rekod belanjawan pertahanan 58 bilion dolar atau 9.04 trilion yen. untuk tahun fiskal bermula April 2026. Ini peningkatan 3.8% daripada tahun sebelumnya. Perbelanjaan bersejarah ini, yang menandakan kenaikan tahunan ke-12 berturut-turut. Dulu belanja pertahanan hanya 2% daripada KDNK. Kini menjadikan Jepun pembelanja pertahanan ketiga terbesar di dunia.
Bajet tentera persekutuan Rusia yang dirancang untuk 2026 ialah kira-kira 14.9 trilion rubel bersamaan 208.4 bilion dolar. Ini mewakili kira-kira 6.3% daripada KDNK.
Walau bagaimanapun, gabungan perbelanjaan pertahanan dan keselamatan dalaman kerap menyumbang angka yang lebih tinggi—sehingga 40% daripada semua perbelanjaan persekutuan—dengan anggaran 84% daripada peruntukan pertahanan yang menjadi rahsia negara.
Manakala bajet pertahanan rasmi China ditetapkan pada 1.91 trilion yuan atau 276.9 bilion dolar. Ini mewakili peningkatan 7% daripada tahun sebelumnya. China negara ke dua terbesar dalam perbelanjaan tentera di belakang Amerika. Yang tersorok dan di rahsiakan Guruh Nanak pun tidak akan mengetahui.
Jelas dunia sekarang dalam landasan menuju ke arah perang. Dari apa yang sedang berlaku di Iran. Apa yang sedang berlaku di Gaza. Apa yang berlaku di Cuba kelihatan semua negara sedang membuat persediaan perang.
Perang ini perniagaan. Perang ini satu industri. Kalau German satu dekad dulu bangga dengan industri pembuatan kereta kini beralih kepada industri buat senjata.
Pada tahun 1935 keluar sebuah buku kecil bernama War Is a Racket atau dalam Bahasa Melayu Perang ialah Perniagaan Gelap. Buku ini di tulis oleh Mejer Jeneral Smedley D Butler dari Kor Marin Amerika.
Sosok ini telah bersara dari menjadi soldadu. Dia telah dua kali menerima Medal of Honor atau Pingat Kehormatan tentera. Buku ini berasakan pengalaman kerjaya ketenteraannya.
Butler membincangkan bagaimana kepentingan perniagaan mendapat manfaat secara komersial daripada peperangan. Beliau telah dilantik sebagai pegawai pemerintah Gendarmerie semasa Haiti menjadi koloni Amerika 1915–1934.
Dalam buku ini Butler menunjuk pelbagai contoh, kebanyakannya dari Perang Dunia Pertama. Di perlihatkan bagaimana para industrialis yang operasinya mendapat subsidi dari kerajaan telah mengaut keuntungan yang besar, menjana wang daripada penderitaan umat manusia.
Kata-kata Butler dalam buku ini terus rujukan ke hari ini : ‘ ...Saya membantu menjadikan Mexico, terutamanya Tampico, selamat untuk kepentingan minyak Amerika pada tahun 1914. Saya membantu menjadikan Haiti dan Cuba tempat yang baik untuk pekerja National City Bank mengumpul untung.. Saya membantu dalam merogol setengah dozen republik Amerika Tengah untuk faedah Wall Street. Rekod raket adalah panjang. Saya membantu membersihkan Nicaragua untuk bank antarabangsa milik Brown Brothers pada 1909–1912.....”
Nama Brown Brothers yang sebelum ini tidak pernah di dengar oleh Butler.
“.. Saya membawa cahaya ke Republik Dominican untuk kepentingan gula Amerika pada tahun 1916. Di China saya membantu memastikan bahawa Standard Oil berjalan lancar tanpa gangguan....”
“...Mengimbas kembali, saya mungkin telah memberi Al Capone beberapa petunjuk. Perkara terbaik yang boleh dia lakukan ialah mengendalikan raketnya di tiga daerah. Saya beroperasi di tiga benua...”
Hakikatnya askar dan soldadu Amerika ini diupah untuk menjaga kepentingan kaum pemodal. Dalam istilah ekonomi-politik inilah cara imperialisma bergerak.
Mengikut hujah Lenin pemimpin Revolusi Bolsheviks 1917 : Imperialisma ini adalah tahap paling tinggi dalam sistem ekonomi kapitalis.
Menjarah dan mencari koloni adalah hukum ekonomi kapitalis. Untuk memastikan keuntungan tidak diganggu gugat maka soldadu dan askar di perlukan.
Kita tidak perlu pergi jauh. Satu masa dulu ada soldadu Inggeris di Terendak Camp Melaka. Ada askar Inggeris dan Australia di Butterworth. Malah di Kuala Klawang Jelebu ada soldadu Ghurkha dari Nepal.
Perang kini amat jelas – ianya bukan lagi perniagaan gelap. Kini perang telah menjadi industri. Malah apabila German dan Jepun menaikkan bajet pertahanan ini bermakna industri perang sedang membantu menjana ekonomi negara.
Ketika ini ekonomi dunia di lihat sedang dalam keadaan amat kacau. Perang di Iran berterusan. Selat Hormuz kini dikawal oleh Iran. Rundingan damai yang di hebohkan oleh Trump masih jauh dari kenyataan.
Jika perang ini industri dan perniagaan kenapa belum dilihat laba masuk ke kantung Donald J Trump. Apakah ada perancangan yang lebih besar dalam Perang Iran ini ? Sila tunggu minggu depan. Amin. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSAI KINI . COM
Langgan:
Catatan (Atom)



















