PAGI INI
PAGI INI
SENIN 1 JUN 2026
PERANG HARI KE 94
GENCATAN SENJATA MASIH BERJALAN
SELAT HORMUZ MASIH DI KAWAL OLEH IRAN
Iran telah beri amaran sapa ganggu gugat Selat Hormuz akan di bedil oleh soldadu Iran.
Amaran ini jelas. Hari ini Selat Hormuz akan menjadi punca DANA NEGARA UNTUK IRAN. Sapa nak lalu kena tol – jeng jeng jeng.
HARGA MINYAK DUNIA
Masih di tahap tinggi – 100 dolar satu tong. Kalau 3 bulan lagi keadaan tidak berubah maka ekonomi dunia akan meleset.
Banyak kilang akan di tutup. Dunia jadi huru hara.
Jika PERANG DUNIA PECAH ini BAIK SEKALI – Kita boleh ubah sistem yang wujud hari ini. Negara boleh berubah - sempadan baru akan muncul. Amin.
MINYAK KERETA DARI MINYAK SAWIT ?
Wow – ini menarik – apakah harga minyak untuk masak akan naik kerana semua dihantar ke kilang untuk jadi minyak kereta ? jeng jeng jeng
PRU BILA ?
Makin menarik - jika Najib bebas sebelum PRU16 adakah akan membantu UMNO ?
Ini pasti sedang di fikirkan oleh ... oleh sapa?... Jeng jeng jeng...
NURUL BIN IZZAH
KEMANA ILANG ? Kenapa tak bersuara?
HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk. Kemarin hujan petang. Matahari belum keluar. Langit berawan putih. KL & KL Sentral berkabus agak tebal.
Di Pintu Masuk Cengkerik bersimponi dan dalam belukar suara Tweet Tweet Tweet – tak tahu burung apa.
Dari jauh Siti dan keluarga dah berkejar. Mereka semua menunggu makan pagi. Pagi ini ramai datang. Puppy Itam yang takut itu dah berani masuk makan. Gua amat gumbira. Tiong juga turun makan.
Di hadapan Pokok Ara gua dengar suara Gagak – sedih mendayu dari wilayah Kwantung - bila Gagak bersuara bumi jadi sedih.
Semasa gua bersenam di Wakaf Tiga Murai berkicau – ha ha pagi jadi indah bila Murai berkicau.
Balik di Wakaf Satu hanya Siti yang menunggu – yang lain lesap – pasti dah kenyang. Ha ha .. Tiong Laki Bini pun datang sama makan dengan Siti. Buah dada Siti dah kelihatan - Siti bukan lagi Anak Dara.
Ari ini akan panas – harapan gua.
SENIN INI CUTI UMUM – HARI WESAK. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SENIN
Cari masa – bila hujan nak sampai dan angin bertiup kuat – perhatikan daun gugur. Nikmatilah keindahan alam kita.
BRO
LAKUkAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI


Tiada ulasan:
Catat Ulasan