Isnin, 1 Jun 2026

TARIK KERAKYATAAN


TARIK

KERAKYATAN KE ?

KAH KAH KAH

KALAU CHINA

KALAU INDIA

BOLEH HANTAR

KE NEGARA

NENEK MOYANG

KAH KAH KAH

KALAU MELAYU

NAK HANTAR 

KE MANA?

KAH KAH KAH

KHALAS 


Agong: Individu enggan ikut Rukun Negara tak layak jadi rakyat Malaysia

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini bertitah bahawa mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara, tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia.

Seri Paduka Baginda bertitah Rukun Negara yang diperkenalkan pada 31 Ogos 1970, merupakan aku janji dan ikrar setiap warga Malaysia bagi membina semula perpaduan kaum serta menjamin keharmonian masyarakat.

“Oleh itu, saya menyeru kepada semua pihak, agar menghayati setiap prinsip Rukun Negara dan menjadikannya amalan dan garis panduan hidup sebagai rakyat Malaysia.

“Oleh yang demikian, jika ada mana-mana rakyat malaysia yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tersebut, saya menasihati agar dia tidak layak di gelar sebagai warganegara Malaysia,” titah Sultan Ibrahim.

Seri Paduka Baginda bertitah pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Hadir sama Anwar bin  Ibrahim dan isteri Wan Azizah Wan Ismail,  Ahmad Zahid Hamidi dan anggota Jemaah Menteri termasuk Menteri Komunikasi  Fahmi Fadzil serta perwakilan asing.

Yang di-Pertuan Agong bertitah setiap rakyat harus bersatu hati, bertolak ansur dan saling hormat menghormati serta berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara.

Titah Seri Paduka Baginda perpaduan adalah asas kekuatan negara yang menjamin kemajuan ekonomi, keharmonian kaum dan kestabilan negara.

Sehubungan itu, Sultan Ibrahim bertitah semua pihak perlu mengambil iktibar daripada sejarah hitam negara, peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang tercetus apabila ada pihak yang bertindak keterlaluan, menghina orang lain, dan hilang rasa hormat kepada bangsa dan ketuanan negara ini.

“Peristiwa ini (13 Mei) telah meruntuhkan perpaduan rakyat danmenghancurkan kestabilan negara. Jangan sampai pisang berbuah dua kali,” titah Sultan Ibrahim.

Istiadat pengurniaan itu merupakan kali ketiga disempurnakan Sultan Ibrahim sejak Seri Paduka ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 20 Julai 2024.

Secara keseluruhan, sebanyak 161 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong tahun ini.- Bernama

Tiada ulasan: