Khamis, 25 Jun 2026

PAGI INI


PAGI INI



PAGI INI

KHAMIS 25 JUN   2026

PERANG HARI KE 113

RUNDING HARI KE 5


RUNDINGAN BERJALAN DI GENEVA
Mat TeraM cakap lain
Iran cakap lain

Mat Teram torak kerana harga minyak makin mahal di Amerika – Mat Teram kata  SELAT HORMUZ TERBUKAN – Mat Teram klim Iran tak akan ada nuklear sampai bila-bila

Iran kata  perkara nuklear belum bincang. Sekarang masih bincang HAL SEKATAN EKONOMI.

ZIONIS ISRAHELL  terus  serang Lebanon – Ini cara Setanyahu nak sabotaj Mat Teram.

Iran dapat bilion bilion Israhell tak puas hati. Pasti Iran akan baiki ekonomi dan bantu Gaza , Hamas dan Hizbullah. AMIN

PRN JOHOR
Semua Parti dah tunjuk calon – jeng jeng jeng. PRN Johor adalah tanda Anwar bin Ibrahim akan bungkus.

Jelas di lihat UMNO telah buat keputusan akan tinggalkan Anwar bin Ibrahim.

Sebagai jawapan Anwar bin Ibrahim arah SPRM KOREK semula semua kes-kes – Ismail Sabri, Zahid, Tengku Fraud,  Saravanan – semua   ada kes – kah kah kah.

SAMAN JANGAN TAK SAMAN
Perjanjian Anwar bin Ibrahim dengan Teram akan di bawa ke mahkamah – Kita tunggu dan lihat. Amin.

HOKKIEN
Pagi ini sejuk basah – kemarin hujan petang.   Langit pucat berawan putih. Matahari belum muncul. KL & KL Sentral berkabus. 

Terkukur   masih berlagu di atas bukit. Tiong bercekak atas kubur – bising – entah apa yang di rebut.

Di jalan Siti berlari menuju Tak Tak kemudian tiga ekor lagi ikut gua bersenam di Wakaf Tiga. Berjalan pulang gua beri makan – tapi tim ini tak minat sangat.

Sampai di Wakaf Pertama – Geng Ibu Garang dah menunggu. Tiong Laki Bini pun dah berlabuh. Puppy Itam pun muncul pagi ini. Ramai makan – gua gumbira.

Berjalan pulang di belukar pagar gua terdengar Jantan Muda berkokok. Pagi jadi indah.

Gua yakin hari ini akan panas tapi tak sepanas  KOTA LONDON.  Jika petang hujan malam sejuk santai. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT PAGI
KHAMIS  SEPERTI BIASA

BRO
Kurangkan  bercakap banyak mendengar adalah baik. Tapi lu wajib bercakap bila lihat   tidak adil berlaku.

BRO
Lu wajib bercakap bila haiwan di seksa – ini tanda lu manusia ada kemanusiaan.

BRO
Bercakap dan bersuara bila  kawan  - keluarga dan kenalan lu di perlakukan dengan cara yang tidak baik. Amin

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT PAKAI BAJU BATIK


Tiada ulasan: