Sabtu, 7 November 2026
SARANAN MOLEK
SARANAN
MOLEK UNTUK
ELAK KRISIS
PERLEMBAGAAN
AMIN
SELAMATKAN
MALAAYSIA
DARI HURU HARA
KHALAS
Tahanan rumah Najib: KJ gesa Peguam Negara cuti sementara
ALOR GAJAH: Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar digesa mengambil cuti serta-merta sementara siasatan polis berhubung laporan terhadap beliau berkaitan isu pelaksanaan pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Najib Razak dijalankan.
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata langkah itu perlu bagi memastikan proses siasatan berlangsung secara telus dan berintegriti memandangkan Peguam Negara kini menjadi individu yang disiasat.
Katanya, beberapa laporan polis sudah dibuat terhadap Peguam Negara susulan kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung penangguhan sementara pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib.
"Beberapa laporan polis sudah dibuat termasuk daripada Pemuda UMNO Malaysia terhadap Peguam Negara.
"Prosesnya sekarang adalah Peguam Negara mesti mengambil cuti. Beliau sekarang ini adalah 'the subject of investigation' (subjek siasatan).
"Bila laporan polis dibuat, siasatan mesti dijalankan," katanya pada program sesi ramah mesra dengan penduduk bersama calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia Ahmad Norazril Abdul Aziz, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, beliau menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan menghormati hak berperlembagaan Seri Paduka Baginda melalui Lembaga Pengampunan untuk memberikan pengampunan.
Peguam Negara juga adalah anggota Lembaga Pengampunan dan mempersoalkan mengapa perkara yang dibangkitkan dalam kenyataan AGC tidak dibangkitkan ketika mesyuarat lembaga berkenaan sebelum keputusan pengampunan bersyarat diberikan kepada Najib.
"Tempoh antara keputusan itu dengan kenyataan daripada Peguam Negara semalam adalah agak lama, berminggu-minggu.
"Ia hanya dibuat apabila duit yang diminta atau syarat yang ditetapkan RM50 juta dah ditunaikan atau dah diselesaikan.
"Tiba-tiba pula dikeluarkan kenyataan (penangguhan)," katanya.
Khairy berkata, isu berkenaan bukan perkara kecil kerana sudah mencetuskan reaksi serius daripada Istana Negara sehingga membawa kepada laporan polis.
"Ini bukan isu kecil. Peguam Negara, kalau ikut apa yang saya rasa bahawa satu proses yang telus yang pegang kepada nilai integriti, mesti mengambil cuti serta-merta sehingga siasatan diselesai," katanya.
Hari ini, media melaporkan UMNO di peringkat negeri dan bahagian akan membuat laporan polis berhubung penangguhan pelaksanaan perintah pengampunan bersyarat ke atas Najib.
Ketua Pemuda, Dr Muhamad Akmal Saleh dilapor berkata, laporan polis itu bagi membolehkan pihak berkuasa meneliti sama ada terdapat sebarang pelanggaran undang-undang dalam pelaksanaan titah dan perintah mahkamah.
Semalam, AGC menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib, bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Dalam satu kenyataan, AGC memaklumkan penangguhan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan berhubung tafsiran perintah bertarikh 18 September 2026, khusus mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.
Semalam peguam Najib, Muhammad Farhan Shafee mengesahkan selesai menjelaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadap bekas pemimpin itu dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.
Pada 18 September lalu, Najib mendapat pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang membolehkannya menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
KONA BARING
BILA AGONG
MURKA
ANWAR BIN
IBRAHIM BUAT
KONA BARING
KAH KAH KAH
KHALAS
Kuasa pengampunan Agong tidak boleh dipertikaikan - Anwar
SHAH ALAM : Anwar bin Ibrahim menegaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung isu pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Najib Razak tidak boleh dipertikai.
Beliau berkata, ini kerana keputusan berkaitan pengampunan Najib bagi kes SRC International Sdn Bhd (SRC) sudah dibuat berdasarkan titah Yang di-Pertuan Agong dan segala persiapan bagi melaksanakannya juga sudah dibuat.
"Persoalan yang berbangkit sekarang ialah kes kedua (1MDB), sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak.
"Kes itu akan dimuktamad oleh Peguam Negara dan badan kehakiman," katanya.
HALANG NAJIB PROJEK SAPA?
ADA YANG
TAK KENA
AMIN
DENDA DAH
DIBAYAR
TAPI TAK BEBAS
JENG JENG JENG
PASTI ADA PROJEK
DI BELAKANG INI
KHALAS
NAJIB KAKI HURU HARA
NAJIB TERSU
HURU HARAKAN
POLITIK NEGARA
KHALAS
Jika masih ada halangan, kenapa terima bayaran RM50 juta itu, soal anak Najib
KUALA LUMPUR – Nooryana Najwa Najib menzahirkan rasa kecewa susulan kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang menangguhkan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bapanya, Najib Razak.
Menurut beliau selepas pembayaran denda RM50 juta dibuat pada 12 tengah hari tadi dan perintah mahkamah diserah kepada pihak Penjara Kajang, keluarga dimaklumkan bahawa Najib akan pulang ke rumah di Langgak Duta, Kuala Lumpur sekitar jam 5 petang.
Tiada asas untuk Jabatan Peguam Negara terkeliru – Hasnal Rezua
KUALA LUMPUR – Kenyataan media Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung pelaksanaan tahanan rumah Najib Razak didakwa bertujuan meneruskan ketidakadilan terhadap bekas Perdana Menteri itu.
Ketua UMNO Bahagian Selayang, Hasnal Rezua Merican berkata, kenyataan AGC semalam disifatkan sebagai satu usaha untuk terus memenjarakan Najib tanpa justifikasi undang-undang.
Beliau berkata, perintah pengampunan bertarikh 18 September 2026 yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong difahami sebagai membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.
Menurutnya, perkataan ‘tertakluk’ dalam perintah berkenaan difahami sebagai prasyarat pembayaran denda sebelum pelaksanaan tahanan di rumah.
Katanya, Jabatan Penjara Malaysia juga tidak pernah menunjukkan kekeliruan mengenai perkara itu apabila terus menahan Najib selagi denda berkenaan belum dijelaskan.
TOLAK BANGKAI - JADI VEGETERIAN
TAK MAHU
MAKAN BANGKAI
MASUK MAZHAB
MAYUR
AMIN
SUCI BERSIH
SEHAT SENTIASA
KHALAS
KUALA LUMPUR: Pemilik syarikat rumah sembelih perlu diwajibkan memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bagi mengatasi isu kekeliruan umat Islam mengenai status halal.
Sumber berkata, perkara itu amat mendesak pada masa ini berikutan pelbagai pendedahan media yang menyentuh mengenai makanan orang Islam.
Beliau berkata, mewajibkan sijil halal adalah satu-satunya penyelesaian bagi menyelamatkan umat Islam daripada terdedah kepada risiko termakan ayam 'bangkai' seperti yang berlaku baru-baru ini.
Katanya, masih ada rumah sembelih yang tidak mematuhi bukan sahaja kebersihan, tetapi lebih membimbangkan tidak mematuhi kaedah penyembelihan berasaskan syarak.
Katanya, usaha untuk mewajibkan SPHM membabitkan semua pengusaha rumah sembelih, restoran dan syarikat yang menghasilkan produk makanan pernah dikemukakan dengan usul itu dibawa ke Kabinet pada 2024.
Bagaimanapun, usaha itu tidak dapat direalisasikan kerana mendapat bantahan Jemaah Menteri. Antara alasan dikaitkan dengan keputusan itu adalah dasar mandatori halal akan memberi implikasi negatif kepada pengusaha bukan Islam, seolah-olah dipaksa untuk memohon sijil halal.
"Bukan tidak pernah ada usaha untuk wajibkan SPHM dalam kalangan pengusaha makanan daripada rumah sembelih, pemilik restoran dan syarikat yang mengeluarkan makanan, malah pernah dibawa ke Kabinet pada 2024.
"Namun, Kabinet tak setuju ketika itu kerana bimbang kecaman negatif daripada pihak yang membantah dasar itu. Sebab itu, akhirnya sehingga kini masih kekal dengan dasar sama, selepas 52 tahun sijil halal Malaysia diperkenalkan, kita pilih untuk mundur ke belakang," kata sumber berkenaan.
Timbul isu kekeliruan
Penetapan dasar halal secara sukarela ini menyebabkan timbul isu kekeliruan khususnya dalam kalangan orang Islam mengenai status halal sesebuah pengeluar makanan.
Semakan BH berdasarkan jawapan lisan yang dipaparkan dalam laman sesawang Parlimen bertarikh 14 Oktober 2024, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan dasar sedia ada berhubung pensijilan halal iaitu bersifat sukarela yang dilaksanakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Majlis Agama Islam Malaysia (MAIN).
Untuk rekod, dasar terbabit yang menetapkan permohonan halal secara sukarela dalam kalangan pengusaha tidak pernah dirombak sejak ia mula diperkenalkan pada 1974.
TONI LOKE TAK PERLU LETAK JAWATAN
TONI LOKE
TAK PERLU
LETAK JAWATAN
AMIN
DAP WAJIB
KELUAR KERAJAAN ADAKAN PRU16
KHALAS
Unknown commented on
"PASAI APA LOKE LETAK JAWATAN"
Bagi blah tak payah tanya tak payah sibuk, cari orang-orang kita yang terpaling bijak, boleh bercakap Inggeris tahap Sanusi mengemudi negara kah kah kah kah mampus dua kali nanti
Unknown commented on
"BERAMAL BUKAN CARI GADUH"
Orang-orang buka tanah, buka jalan buka jalan keretapi bina jambatan dahulu kala, sekarang memang dihak milik kepada syarikat syarikat kapitalis dengan kroni kerajaan agensi sebagai kah kah kah salah tetap salah, tetapi nak tanya selama ini agensi yang patut menjaga segala peraturan undang-undang pergi mana? Baru muncul dengan agenda halal haram atau taktik menang pilihanraya dengan perpecahan rakyat mengikut kategori bangsa agama? Kah kah kah kah
Unknown commented on
"KENAPA TONI LETAK JAWATAN ?"
Kah kah kah ini baru cakap serupa bikin, bukan wayang pendekar jerit silat bunga cakap berpusing berputar macam Abang Non, kita sudah tahu Jepun hara kiri, ada maruah kini kita tahu China Merah pun tembak mati perasuah tetapi apa kita ada? Bebaskan perasuah simpan di rumah ini baru kecemerlangan terluar biasa hebat kah kah kah kah
Unknown commented on
"KENAPA TONI LETAK JAWATAN ?"
ini orang suadah kalah dun.. masih ada muka pegang jawatan..
KERAJAAN TERBUKTI GAGAL
KERAJAAN
TERBUKTI
GAGAL GUNA
JARI
JOLOK RAKYAT
KHALAS
Unknown commented on
"KENAPA TONI LETAK JAWATAN ?"
Dalam sejarah negara berapa ramai bersedia letak jawatan selama ini? Ini masuk buku sejarah tak? Kah kah kah kalau pengkhianat negara masuk catatan sejarah adakah penjenayah perompak juga masuk nama dalam buku sejarah? Kah kah kah kah
Unknown commented on
"GUNA JARI"
Guna apa saja itu tak salah, tetapi jangan jolok kepada seseorang yang tidak rela, paksa atau ugutan. Ini salah kah kah kah sama macam orang-orang penguatkuasa undang-undang kita sekarang, setiap masa paksa jolok jari minta minta sampai rakyat meluat meludah muka kah kah kah kah
Unknown commented on
"LAGI KES YAM SENG"
Kah kah kah ini baru satu negeri, banyak negara yang dahulu bawah naungan feudal sudah tidak ada, adakah ini salah satu titik permulaan? Saja bertanya jangan marah-marah yea kah kah kah kah
Unknown commented on
"ROSMAH KENA SABOTAJ ?"
Betapa seluruh negara fokus kepada seorang penjenayah? Setiap masa setiap hari ada saja berita mengenai seorang penjenayah. Boleh buat buku, boleh buat wayang boleh buat wayang kulit? Hanya di negaraku terhad Sdn Bhd Produk.
Pasaran seluruh dunia kerana terkenal antara penjenayah terpaling hebat kah kah kah kah, tetapi berbanding dengan orang lain dia memang baik lembut berbudi bahasa lebih adil saksama kepada rakyat negara ini dahulu. Doakan jangan menganiaya orang sebegini amin
PAGI INI
PAGI INI
SABTU 7 NOVEMBER 2026
BANJIR
TERAM BUAT AUTA KELING
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
MAT TERAM BUAT AUTA KATA NAK SERANG IRAN TAPI eeeleeeeeek – kah kah kah
ISREAL
Dilapur 10 pesawat C150 mendarat di Israel – bawa apa?
SAHAM AI
Kah kah kah
Terus jatuh – pasai apa?
Pasai Mat Teram kalah –
Sapa menang ? YANG MENANG IRAN
HOKKIEN
Di pintu masuk dalam hutan belukar Cengkerik bersimponi – ramai AHLI orkestra pagi ini – semua gumbira bumi basah.
KL & KL Sentral berkabus nipis – awan putih di sana sini – langit biru – matahari dah keluar cahaya masih lemah.
Di Lorong masuk Jantan Baik atas tembok kubur menunggu rezeki. Siti datang bergurau dengan Tak Tak. Pagi ini Tim Jantan Putih tak ada – Mak dan Puppy ada sama datang makan.
Berjalan pulang di Wakaf Pertama – Tiong Laki Bini berlabuh makan – Puppy Itam muncul kemudian lari. Gua gumbira.
Pagi ini Minah berjalan di Gelanggang Tenis - dia kencing dan berak atas himpunan daun mati.
Hari ini akan panas – jap lagi gua nak ke Chow Kit – ESOK HARI DEEPAWALI – mungkin last minit shopping. Amin
BRO
SENYUM
SAMBUT PAGI SABTU
DENGAN SENYUMAN
BRO
Lu pokok tegak berdiri – rimbun dan subur – tapi takda bunga – takda buah – ertinya lu tak ada cinta dan kasih.
BRO
Bila lu bertandang – jangan lupa bawa buah tangan. Buah hanya bawa tangan.
BRO
Mulut lu wajib berbunga dan berbuah – untuk kegembiraan hidup. Amin
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BERCUTI
Langgan:
Catatan (Atom)









